Assalammualaikum w.b.t...Saya da lama mau tulis post ni tapi baru ada kesempatan mahu tulis...Sebelum ni ada juga masa mahu buat tapi entah la...Saya tulis post ni sebab saya ada terima satu komen dari seorang individu bernama "Anonymous" yang tidak berpuas hati dengan post saya sebelum ni yang bertajuk "Bersih 3.0?"
Pertama sekali saya mau cakap memang saya rasa geram la dengan komen individu tersebut kerana kata2nya yang agak kurang ajar dan tidak mempunyai adab...Saya mau cakap la k Anonymous ini blog saya jadi terpulang la dekat saya mahu tulis apa pun yang saya mahu tulis...Sampai cakap fikiran saya sempit kenapa?Fikiran awak luas sangat ke?Pada fikiran saya kerana fikiran saya tak sempit la saya tulis post tersebut...Ini kerana sekurang2nya saya dapat memikirkan benda tu baik atau buruk...Saya tau awak menyokong "Keadilan Tanggungjawab Bersama" tu sebab tu awak memanas sangat kan dengan apa yang saya cakap...Ini Malaysia la Anonymous...Setiap orang mempunyai hak bersuara asal tidak melampaui batas tertentu...Sekurang2nya bersyukur la saya guna ayat yang berlapis dan tidak kasar sangat...Memang saya ada cakap bodoh tapi untuk pengetahuan Anonymous perkataan yang saya selalu cakap kalau saya stress atau geram adalah bodoh dan gila je...Saya tidak suka cakap perkataan yang lain yang lebih teruk...
Seterusnya saya mahu tanya Anonymous la...Terasa ke?Kalau Anonymous terasa jangan la baca post saya kerana kebanyakan orang yang baca post saya suka dengan blog dan post saya...Jadi lebih baik awak baca post yang fahamannya sama dengan awak...Daripada awak komen yang menyakitkan hati kan menambah dosa tu...Niat saya buat blog ni saya mahu luahkan apa yang saya rasa di hati...Kalau Anonymous tidak suka jangan la rajin kan diri baca post saya...Macam yang saya cakap saya tak lah menyebelahi sesiapa pun...Tetapi selagi seseorang itu menjadi pemimpin kita kena lah hormat walaupun kita tak suka...Sebagai contoh la kejadian yang menjadi isu hangat baru2 ni bila ada individu yang menayangkan punggung dekat gambar Perdana Menteri dan model yang memijak gambar Perdana Menteri...Kebanyakan mereka tu masih mudadan seumur dengan saya lagi tu...Ish3...Yang tak logiknya bila individu yang menayangkan punggung dekat gambar Perdana Menteri tu cakap dia tak sedar apa yang dia buat...Logik kah tu?Npa plak tidak sedar?Kalau dia minum atau apa logik la dia tak sedar tapi ini dia sedar bah...Akhirnya ibu bapa juga malu dan meminta maaf bagi pihak individu2 tersebut termasuk model tu...Satu la nasihat saya dekat individu yang terlibat tu...Bertaubat la...Banyak rakyat Malaysia mahu individu2 tersebut dihantar ke negara bergolak...Saya dari dulu memang setuju sangat...Generasi muda sekarang ni tak menghayati erti kemerdekaan dan cara terbaik supaya mereka menghargai kemerdekaan ialah dengan menghantar mereka ke Iraq,Palestin dan Myanmar...Baru la lepas tu mereka menangis2 mahu kembali ke Malaysia...Tapi pemimpin Malaysia yang mereka benci ni "Baik Sangat" sebab mereka dimaafkan...Memang la kita digalakkan memaafkan kesalahan orang tapi kalau saya jadi Perdana Menteri,rakyat yang kurang ajar begitu saya hantar ke negara yang berperang...Baru tau rasa...
Saya mahu terus-terang la k...Dulu masa kanak2 saya memang suka Anwar Ibrahim...Saya tertanya2 kenapa dia kena penjara...Kenapa isteri dia di mahkamah...Saya masa tu memang tak faham...Anwar Ibrahim nampak baik...Tapi bila saya da besar ni secara jujur saya memang tak suka Anwar Ibrahim...Walau beribu orang suka dia,menyambut kedatangan dia saya memang tak suka walaupun baru2 ni dia datang ke Sabah...Mahu mengaut undi la tu...Saya tahu mungkin masa dia ditangkap tu dengan ketidakadilan...Tapi tak percaya ke dengan balasan Allah?Ini tak...Segala apa yang parti dia dan pakatan pembangkang tu buat saya bertambah tak suka dengan dia dan pakatan pembangkang tu...Kalau mereka mahu kan keadilan tunjuk la contoh yang baik...Bersaing secara adil...Ini tidak...Masing-masing berlumba2 memburukkan kerajaan la...Pembangkang la...Saya tak suka pembangkang juga sebab mereka mengistilahkan orang yang menyokong kerajaan sebagai lembu...Bukan ke macam menghina ciptaan Allah juga tu...Yang saya lagi tak suka ialah kebanyakan pemimpin pembangkang tu speaking je...Padahal bangsa Melayu tu...Apa lagi yang bukan bangsa Melayu...Kalau boleh cakap Inggeris je...Tak tahu la apa akan jadi kalau mereka ni memerintah negara ni...Bila lihat situasi ni sedar tak sedar kita da mengulangi sejarah...Memang betul la kalau kita melupakan sejarah kita pasti akan mengulanginya...Rakyat Malaysia kebanyakannya memang tak minat sejarah dan tentulah melupakannya kan?Saya cakap macam ni sebab cuba ingat balik dulu kenapa British tak mahu orang Melayu berpendidikan tinggi?Sebab mereka tahu kalau orang Melayu berpendidikan tinggi mereka akan menentang pemerintahan British...Tapi akhirnya individu yang berpendidikan Barat menentang mereka...Cuba ingat sejarah Thailand...Raja Mongkut mahu megekalkan keamanan dengan menerapkan pendidikan barat dan sebagainya...Tapi tengok apa jadi...Akhirnya rakyatnya sendiri menentang pemerintahan beraja...Sama juga la situasinya macam sekarang...Kebanyakan individu yang menentang kerajaan berpendidikan tinggi kan?Buktinya ada yang menentang tu peguam la,pelajar kolej la dan macam2 lagi...Tapi sayang walaupun berpendidikan tinggi tapi bodoh dan tidak mempunyai akhlak yang baik...Lepas tu mahu menubuhkan kerajaan republik dan memansuhkan institusi beraja lagi tu...Apa mahu jadi oh?Walaupun saya ni Melayu Brunei tapi Raja-raja Melayu adalah tunggak kepada bangsa Melayu...Kalau raja tak de sapa la yang akan jadi ketua kerajaan,ketua agama dan sebagainya?Perdana Menteri?Presiden?Sebab tu saya cakap tak salah kalau ada fahaman sendiri tapi jangan sampai raja pun mahu dihapuskan...
Selain tu Anonymous tu juga cakap shut on...Shut on?Bukan shut up ke?Apa la...Saya rasa lebih baik Anonymous tengok Oh My English! sebab memang Oh My English! la sangat...Suruh orang diam tapi bahasa Inggeris tak betul...Baik la Anonymous perbetulkan dulu bahasa tu sebelum mahu cakap orang lain berfikiran sempit...Gunakan la bahasa Melayu...Jangan nak temberang cakap bahasa Inggeris...Lepas tu dia kaitkan pula dengan blog saya yang berciri Islam tu dengan post saya...Tolong la Anonymous...Saya ni manusia..Setiap manusia pernah melakukan kesilapan kecuali Rasulullah S.A.W...Jangan kaitkan agama dengan ayat yang saya tulis...Setiap orang ada fahaman masing-masing...
Saya cuma mahu cakap kalau ada yang tak suka dengan post saya jangan la baca...Saya hanya la seorang manusia yang memperjuangkan bahasa Melayu,Sejarah dan Alam Sekitar...
Friday, September 21, 2012
Terasa ke?
Posted by Lah93 at 6:29 AM 0 comments
Saturday, April 28, 2012
Bersih 3.0???
Assalammualaikum w.b.t... Saya da lama tak tulis post baru...Malam ni saya tgk berita dan saya rasa sangat2 geram dengan berita yang saya tengok...Perhimpunan haram Bersih 3.0...Kesimpulan yang saya boleh buat ialah ianya sangat-sangat memalukan...Mereka ni tak ada otak ke?Bodoh???Yang peliknya yang ikut perhimpunan haram 2 yang bertudung labuh pun ada...Berkopiah pun ada...Memalukan orang Islam je...Ada ke Nabi Muhammad pernah menggalakkan tunjuk perasaan???Saya rasa kan orang yang bertudung labuh,memakai purdah dan berkopiah 2 patut perbaiki iman mereka...Fahami Islam yang sebenarnya...Yang buat tambah mengecewakan ialah ada anak-anak yang dibawa juga...Astaghfirullahalazim...Kalau ibu bapa pun perangai teruk macam ni tak mustahil la anak-anak 2 nanti ikut perangai ibu bapak yang "Bijak" sangat 2...Masa 2 jangan pula disalahkan orang lain ek...Da perangai orang Malaysia suka memberi seribu alasan dengan menyalahkan orang lain...Diri sendiri je dirasakan betul..Sebab apa saya cakap mcm 2???Yela...Ada yg menyalahkan BN la...Ada yang menyalahkan PKR la dan lain2...Ada juga yang cakap polis yg salah...Menyamar la apa la...Hahaha...Semua nya salah...Diri sendiri je betul kan...Bagi saya la...POLITIK tetap POLITIK...Banyak taktik...Tak kira la BN kah PEMBANGKANG kah...Semua sama...Bagi AMBIGA 2 pula saya rasa dia 2 patut di hantar ke negara asal nenek moyang dia la...Sebab apa saya cakap mcm 2???Saya bukan apa...tapi bagi saya kalau AMBIGA 2 merasakan MALAYSIA ni tanah air dia patutnya dia syg la..Ini tidak...Mcm2 perhimpunan dia buat...Sebab apa saya rasa baik dia dihantar balik ke negara asal nenek moyang dia???Sebab supaya dia rasa mcm mana rasanya bila dia tinggal di negara lain yang bukan tanah air dia walaupun negara 2 adalah negara asal nenek moyang dia...Hargailah sikit jasa moyang2 yang susah payah kerja di sini sehingga berjaya...Kadang2 saya bangga lagi tengok bangsa negara luar yang suka belajar bahasa Malaysia...Bukan macam rakyat negara sendiri yang mengabaikan bahasa dan tulisan jawi...
Selain 2 yang buat saya sangat-sangat geram ialah bila mereka ni membuat ganas dalam perhimpunan tersebut...Saya rasa macam Indonesia da...Ini kah rakyat Malaysia yang peramah,berbudi pekerti kononnya...Mana pergi rukun negara ke 5???Kesopanan Dan Kesusilaan...Memang betul-betul memalukan kan la...Malaysia bukan lagi negara yang aman!Itu yang pasti...Gara-gara apa???Gara-gara rakyat Malaysia sendiri yang mudah terpengaruh oleh PROVOKASI!Tolong la...Tolong jangan jadi BODOH dengan membuat perkara-perkara BODOH yang tak berfaedah!Cuba jadikan negara jiran seperti Indonesia yang rakyat nya suka buat tunjuk perasaan kerana mudah diprovokasi...Ada kebaikan ke dari semua 2???Tidak ada kan???Jadi jangan jadi BODOH la k!Kalau tak pun jadikan contoh negara Thailand yang tak pernah dijajah 2...Apa jadi dengan negara mereka???Oleh kerana rakyat tak pernah merasa kesusahan peperangan tengok lah apa jadi???Rakyat menentang KERAJAAN...Siapa yang kena akibat perbuatan sesetengah kumpulan rakyat di negara tersebut???Orang yang TIDAK BERDOSA!Selain 2 cuba ambil contoh dari negara Mesir...Akibat tunjuk perasaan yang mereka buat banyak masalah terjadi...Tidakkah menyusahkan 2???Takkan la kita sebagai rakyat Malaysia yang punya otak dan kebanyakkannya berpendidikan tinggi tak tahu nak berfikir???
Betullah cakap cikgu di kelas saya...Malaysia ni dijajah lebih dari 400 tahun...Mungkin sebab 2 minda kita masih dijajah dengan budaya-budaya barat...1 malaysia 2 belum ada dalam minda rakyat Malaysia...Mengaku ada tapi cuba tengok ada ke rakyat Malaysia berbilang bangsa bercakap dalam 1 bahasa iaitu bahasa Malaysia???Mungkin ada tapi jarang...Rakyat Malaysia lebih mengutamakan bahasa Inggeris...Sebab 2 saya cakap minda kita masih dijajah...
Apa yang memalukan dalam perhimpunan haram ni ialah ada orang Inggeris juga ambil gambar keganasan tersebut...Apa akan jadi lepas 2???Tersiar la dalam berita luar negara Malaysia bukan lagi negara yang aman...Pelancong tak berani lagi datang sini...Tak kesian ke dengan orang lain yang nak cari rezeki???Mungkin orang yang buat rusuhan ni kaya betul kali kan...Sebab 2 la PTPTN pun nak dimansuhkan kan???Memang la guru-guru saya pun tak menggalakkan pinjam PTPTN tapi cuba fikir nasib orang yang miskin yang ingin melanjutkan pelajaran???Apa akan jadi kalau PTPTN dimansuhkan???
Dalam perhimpunan haram tersebut juga mereka menterbalikkan kereta Polis...Astaghfirullahalazim...Memang tak bertamadun la...Kalau mereka ni bertamadun mereka tak akan buat macam 2...Sampai pijak-pijak kereta...Memang BODOH la saya rasa...Kalau mereka marah sangat dengan polis dan mau jadikan pembangkang kerajaan yang akan mentadbir negara Malaysia undilah pembangkang k dalam pilihanraya...Tengok la apa akan jadi...Jangan je menyesal nanti...Saya bukan menyokong kerajaan tapi saya rasa kerajaan lebih baik dari pembangkang...Sebab apa???Sebab saya rasa kalau pembangkang ni betul mereka patut tunjuk contoh yang baik...Ini tak..Mana PAS nya...Mana PKR nya..Memaki parti lain la apa la...Saya pernah baca akhbar KEADILAN...Saya rasa mereka ni RADIKAL la...Sebab apa???Kadang-kadang apa yang mereka tulis dalam surat khabar tersebut terlalu sangat...Contohnya mereka ingin menawan Putrajaya...Saya anggap Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah sebagai perasan...Saya tak suka perangai-perangai pembangkang...Bagi saya pembangkang tetap pembangkang...
Apa-apa pun saya cuma mau cakap ialah apabila buat sesuatu berfikir la masak-masak dulu k...Jangan ikut emosi kerana sesiapa yang bijak bukan kerana dia pandai tetapi seseorang bijak jika dia dapat mengawal emosi...
Posted by Lah93 at 6:50 AM 0 comments
Wednesday, February 22, 2012
Apa Yang Saya Dapat?
Assalammualaikum w.b.t...Da lama saya tak buat post baru...Kali ni saya nak cerita apa yang saya dapat sepanjang saya belajar di Tingkatan 6 ini atau sekarang di sekolah saya dikenali sebagai Kelas Persediaan Universiti (KPU).
Saya tak pernah terfikir akan memasuki tingkatan 6 kerana banyak sebab...Terlalu berharap dapat masuk U,cikgu tidak galakkan masuk tingkatan 6 dan sebagainya...Tapi akhirnya saya kena terima hakikat bahawa walau macam mana sekali pun itu adalah pilihan yang saya ada jadi saya kena la terima...
Banyak orang cakap tingkatan 6 ni susah...Kebanyakan yang cakap 2 yang tak pernah masuk pun tingkatan 6...Mungkin betul la apa mereka cakap...Sebab pelajaran tingkatan 6 meliputi semua yang pernah kita belajar semasa tingkatan 1 hingga 5...
Semakin lama berada di tingkatan 6 saya rasa memang susah...Mana mahu fikir Pengajian Am lagi,Bahasa Melayu,Geografi,Sejarah,PSV dan MUET...Walaupun masa SPM ada 10 subjek tapi STPM memang susah... Banyak kali saya rasa mahu berhenti sebab subjek nya susah sangat...
Tapi bila saya belajar subjek seperti Sejarah saya rasa seronok sangat sebab saya dapat belajar apa yang saya tidak belajar di tingkatan 4 dan 5...Memang saya ada belajar tapi di tingkatan 6 pelajarannya lebih mendalam...Begitu juga Geografi...Saya cuma belajar asasnya semasa tingkatan 1 hingga 3 sahaja...Di tingkatan 6 ni saya belajar macam-macam...Contohnya baru-baru ni tentang litupan awan...Cuaca sejak akhir-akhir ni sangat panas...Balik-balik la kita akan menyalahkan projek Petronas di Kimanis kerana mereka banyak meneroka hutan...Logik juga kan?Em...Cikgu cakap kawasan khatulistiwa menerima 100% cahaya matahari tetapi awan kumulonimbus memerangkap 70% bahangan matahari tetapi kita masih merasa panas kan?Cuba perhati kan awan di langit...Awan nya makin kurang jadi jangan la hairan kenapa panas sangat...Kita seharusnya bersyukur kerana kawasan khatulistiwa masih mempunyai awan kumulonimbus yang dapat memerangkap 70% bahangan matahari...Cikgu juga pernah cakap tentang aktiviti penggondolan hutan...Selama ni saya tak pernah perhatikan sekeliling...Pernah tapi tak la perhatikan betul-betul...Betul apa yang cikgu cakap...Banyak kawasan hutan yang digondolkan...Kalau saya tidak masuk tingkatan 6 mungkin saya tidak tahu dan tidak ambil tahu perkara ini...Saya mula sedar tentang kepentingan hutan kepada kita...Cuba fikirkan...Kalau sekarang masih banyak hutan pun da panas apatah lagi kalau tidak ada hutan da?Betul tidak?
Posted by Lah93 at 10:01 PM 0 comments
Thursday, September 29, 2011
Wajib lulus BI SPM??
Assalammualaikum w.b.t...Baru2 ni d berita d umum kan wajib lulus BI SPM...Em..Saya tak setuju sgt perkara ni....Sebab nya saya tgk kebanyakan orang yang saya kenal tak minat BI dan ada juga yang cakap mereka tidak faham...
Bagi orang yang pandai BI senang je la bagi mereka kan...Tapi mcm mana pula dengan yang tak berminat langsung?Napa tak fikirkan langsung tentang golongan ni?Apa akan jadi kalau peratus lulus BI menurun?Da la peratus lulus BI dinaikkan...Mcm mana mau lulus kalau mcm 2?Org yang selalu dapat A pun boleh turun gred nya apatah lagi mereka yang kurang minat BI ni...Ini lagi satu perkara yang saya geram kadang2...Selalunya bila je keputusan UPSR,PMR,SPM dan STPM keluar yang akan di fokus ialah PELAJAR CEMERLANG yang dapat A semua...Yang dapat A beberapa pelajaran mcm tak berbaloi dapat A...Yang gagal pula hanya ini je ucapan yang saya selalu dengar bila pemberita cakap di akhir berita "Yang berjaya tahniah...Yang tidak berjaya jangan kecewa...Boleh berusaha lagi..." Lpas 2 yang bekerja di Kementerian Pelajaran selalunya akan mengumumkan terdapat peningkatan dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM...Itu keputusan di bandar je kali kan...Cuba tgk keputusan di sekolah2 luar bandar...Banyak gagal..Kenapa itu tak diambil kira??Perkara ni sgt membimbangkan la sebab kalau asyik dicakap ada peningkatan padahal masih banyak gagal mcm mana mau lulus semua???
Sekarang BI pula wajib lulus..BM wajib lulus pun susah apatah lagi BI..Bagi orang yang biasa cakap BI boleh la tapi mcm mana pula dengan yang tak biasa?Fikir kan la dulu hal ni baik2..Jangan la fikir kan sesetangah pelajar je..Fikir la juga masalah pelajar luar bandar yang kebanyakannya mempunyai masalah dengan subjek BI ni...Saya harap kerajaan jangan la buat keputusan terburu2 tanpa memikirkan kebaikan dan keburukannya..Mungkin akan bawa kebaikan kepada org yg pandai BI tapi mcm mana pula dengan yg kurang pandai BI?
Posted by Lah93 at 10:49 PM 0 comments
Saturday, July 9, 2011
Tingkatan 6 Rendah 2
Assalammualaikum w.b.t..Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya belajar tingkatan 6 ni..Em..Memang dulu tak pernah terfikir pun masuk form 6 sebab ada cikgu yang cakap lebih baik masuk kolej komuniti,spa atau U..Em..Tapi tak apa la..Bukan rezeki..Ada juga yang cakap Form 6 ni susah,buang masa la..Em..Memang susah tapi belum cuba belum tahu kan..
Hampir 3 bulan rasa nya da saya tingkatan 6 ni..Alhamdulillah kawan pun baik2..Kawan2 dulu yang kenal mcm 2 je kini saya boleh kenali lebih rapat..Lucu betul la sebab kawan lelaki yang saya pernah minat dulu pun da jadi kawan saya sekarang..Tapi tak la kawan rapat sgt..Cuma biasa da la..Mula2 macam takut je mereka ni dengan saya..Entah la napa..Dari dulu lagi lelaki macam takut mahu rapat dengan saya..Macam la saya ni ganas sgt..
Kawan2 yang saya biasa da sekarang ni ialah Marinus,Fabian,Cyril,Herwan,Firdaus dan Clementina..Kawan lama saya iaitu Amalina pun saya da biasa balik..Em..Kawan2 yg lain saya biasa juga tapi tak la biasa sgt..Subjek2 pula agak menarik tetapi cara mahu jawab yg susah..Tapi cuba je la dulu kan.."Bersusah2 dahulu,Bersenang2 kemudian.."
Subjek Bahasa Melayu 1 diajar oleh Cikgu Teresa..Senior2 cakap ckgu ni penyayang..Betul la jgk tapi ckgu ni tegas juga..Tapi saya ni nakal la..Pernah saya hafal PSV masa kelas Bahasa Melayu 1,rupa2 nya ckgu Teresa dgr..Dia tegur..Nasib juga tak kena marah..Tapi saya rasa bersalah la kan..Kesian ckgu baik mcm 2 saya main2 plak..Em..Subjek Bahasa Melayu pula Cikgu Syarifah yang ajar..Cikgu masa form 4 dan form 5..Kawin da ckgu 2..Tahniah la ah..Em..PAM pula di ajar oleh 3 ckgu..PAM 1 diajar oleh Cikgu Awang Ghazali..PAM 2 diajar oleh Cikgu Ahmad Saat dan PAM 3 diajar oleh cikgu baru menggantikan Cikgu Sobah...PSV diajar oleh Cikgu Zuraidah..Siok la kalau melukis..Tak sangka ada bakat melukis sikit..Hehe..Sejarah pula ada 4 tajuk..Sejarah Malaysia dan Tamadun Dunia diajar oleh Cikgu Ahmad..Sejarah Asia dan Tamadun Islam diajar oleh Cikgu Bahri..Tambah minta la dekat Sejarah..Huhu..Tapi sayang Cikgu Asmah tak mengajar lagi..Dia mahu fokus tingkatan 5..Geografi pula ada dua iaitu Geografi Alam Sekitar Fizikal dan Geografi Alam Sekitar Manusia..Pening oh..Tiada asas masa Form 4 dan Form 5..Tapi tak apa la..Cuba je..Yang saya pelik,makin cikgu 2 denda itu denda ini,makin suka pula saya dekat cikgu 2..Hehe..Sebenrnya saya da kata dalam hati saya yang saya mesti suka cikgu 2..Cikgu yang mengajar Geografi Alam Sekitar Fizikal ialah Cikgu Tew Soo Lian..Cikgu ni suka mencubit..Saya da kena..Hehe..Sakit oh..Huhu..Tapi dari saya kena cubit 2 saya sedar saya tak boleh main2..Cikgu yang mengajar Geografi Alam Sekitar Manusia ialah Cikgu Rosnah..Cikgu ni suka mendenda..Tapi saya fikir positif..Apa yg dia suruh buat 2 ialah supaya kami ingat..Cikgu ni la yang saya suka 2 sebab apa yang dia cakap logik..Walaupun tegas tapi kadang2 apa yang dia cakap lucu..Em..Oh ya..MUET pula diajar oleh Teacher Betty dan Sir Najib..Em..Tengah mahu kembalikan keyakinan dekat BI..Amin..
Itu sahaja la yang saya nak ceritakan..Doakan saya dan kawan2 saya berjaya..Amin..
Posted by Lah93 at 6:57 AM 0 comments
Saturday, June 4, 2011
Salah Kah?
Assalammualaikum w.b.t..Ingin tau apa yg salah kah?Em..Saya ingin cerita kan tentang bagaimana sikap manusia yg masih tidak berubah sehingga sekarang..
Saya pernah mempunyai ex yg rambut nya kerinting..Saya tak kisah pun tentang 2..Tapi yg saya pelik org lain plak yg kisah..Antara contoh ayat nya ialah "Rambut bf ko 2 memang mcm 2 kah?" sambil tersenyum sinis..Ada kah salah utk berkapel dgn org yg rambut kerinting?Salah kah?Saya akui masa saya kanak-kanak rasanya saya pernah cakap mcm ni masa nampak om.."Kalau lalat masuk rambutnya 2 boleh keluar kah 2?"..Em..Jd saya rasa mungkin apa yg saya cakap berbalik dekat saya..Lepas 2 sekarang saya kapel dengan seorang lelaki yg bagi saya cukup baik utk saya..Yg menyayangi saya betul2..Lebih baik dari ex saya sebelum2 ni yg harap muka je boleh tahan tapi perangai??Em..Tapi masih ada lagi yg tegur.."Napa kepala dia botak 2?"..Salah kah rambut bf saya botak?Salah kah?Ada lagi yg cakap dekat saya.."Napa bf ko hitam 2?Mesti b!@#s 2 kan?Ko plak putih..Adil lah"...Astaghfirullahalazim..Salah kah kalau berlainan kulit?Salah?Dia bukan b!@#s...Dia Brunei-Jawa ok!...Em..Memang la kan manusia tak pandai jaga mulut..Tak fikir pun apa yg mereka cakap boleh buat org tersinggung atau tak...
Pernah dulu ada saya dan kawan2 saya bercerita..Sapa kawan saya 2 biar la rahsia..Tengah bercerita tiba2 ada mereka nampak perempuan kaki nya besar..Terus mereka mcm ketawa2..Saya tnya "Napa?"..Mereka tunjuk kakai perempuan 2..Saya mcm senyum2 la sikit mula2..Tapi saya terus ckp "Ish..Kmu ni..Berbalik nanti apa yg kamu ckp..."..Tapi mereka masih senyum2 dan ketawa..
Ada pernah org kawin tapi saya tak pergi rasanya..Saya pun tak ingat..Ada org cerita dekat saya,dia cakap masa perempuan 2 bersanding ada perempaun yg dekat2 dengan org yg bercerita dekat saya tu cakap "Pengantin perempuannya putih,pengantin lelaki nya plak hitam..Sayang eh.."..Astaghfirullahalazim..Napa la manusia ni ah?Da jodoh...Terima je la kan..Yg penting hati..Kalau muka hensem dan cantik tapi perangai bide(Tak ok),apa guna kan?
Kita jangan la suka mengkritik ciptaan Allah kerana setiap kejadian ada hikmahnya..Tgk la diri sendiri dulu sebelum tgk diri org lain..Ubah lah diri sendiri dulu sebelum mau mengubah diri org lain..Iman yg perlu kita tambah..Bukan kurangkan..Tidak ada manusia yg sempurna..
Posted by Lah93 at 9:11 AM 0 comments
Tuesday, May 31, 2011
Kini Ku Sedar...
Assalammualaikum w.b.t...Da lama tak update blog ni...Yela..Bkannya ada org komen pun..Em..Saya ingin cerita tentang tajuk Kini Aku Sedar..Napa saya mau cerita tentang kini aku sedar ni?Hahaha...Tiada idea bha ni sebenarnya tapi terfikir pula tentang perkara yg berlaku beberapa mggu ni..
Saya mengaku mmg saya ada perasaan jeles dgn org2 yg ada dapat tawaran pergi masuk mana2 U dan kolej sbb saya langsung tak dapat..Dapat pun 1 je..PTPL..Sbb mcm rasa rendah diri bha bila tgk org lain dapat tawaran itu..Tawaran ini..Rasa sedih oh..
Posted by Lah93 at 7:29 AM 0 comments