BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 23, 2012

Adil kah?

     Assalammualaikum w.b.t...Pada hari ini saya ingin membuat post yang bertajuk "Adil kah?"...Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat post ini kerana saya ingin meluahkan apa yang saya rasa berkenaan tajuk post saya ini iaitu "Adil kah?"...

   Mak saya adalah seorang ustazah sandaran atau yang dikenali sebagai GSTT yang bermaksud Guru Sandaran Tidak Terlatih...GSTT ini mengajar berdasarkan kontrak dengan Federal atau Jabatan Pelajaran Sabah...Mak saya merupakan seorang ustazah yang sangat tegas di sekolah tetapi disayangi oleh murid-muridnya...Anak murid yang selama ini kurang pandai mak saya akan cubit sampai la anak murid tersebut dapat menghafal surah-surah...Jadi niat mak saya hanyalah ingin melihat anak-anak muridnya pandai menghafal surah-surah...
   Kalau ikut kontrak akan diperbaharui pada bulan Januari setiap tahun dan entah kenapa pada tahun ini tiada surat penyambungan kontrak seperti tahun-tahun sebelum ni...Akhirnya pada bulan Mac telah sampai surat pemberhentian 80 GSTT termasuk mak saya...Kononnya mak saya dan guru GSTT yang lain boleh membuat rayuan di Federal iaitu Jabatan Pelajaran Sabah untuk penyambungan kontrak semula..Bagaimanapun hal ini seperti hanya janji kosong semata-mata...Mak saya telah balik-balik pergi ke Jabatan Pelajaran Sabah tetapi mak saya hanya dilayan macam acuh tak acuh je...Nasib baik saya dalam kereta kalau tak mungkin da keluar kata sindiran yang pedas dari mulut saya...Saya geram betul...Kalau tiada harapan lagi kontrak mak saya disambung cakap je la...Ini sampai orang yang berjanji mau uruskan rayuan mak saya tu tak datang kerja kenapa?Sengaja mencari alasan cuti...Kalau takut cakap je bha...Kesian mak saya terpaksa balik-balik pergi sana sebab orang tu suruh datang lagi hari lain..Bila datang orang tu pula cuti...Tak kah bagi geram hati tu???
   Lagi satu yang saya geram ialah PPD iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Papar...Mereka tak buat apa-apa pun...Sekurang-kurangnya bantu la...Saya tahu la sekolah dari Pekan Bongawan termasuk sekolah tempat mak saya mengajar iaitu SK Mandahan baru masuk dari Daerah Membakut ke Daerah Papar...Saya tahu la Daerah Papar cemerlang...Yang mereka buat untuk GSTT ni hanyalah memberi penghargaan semasa sambutan hari guru iaitu "Jasamu Dikenang"...Mak saya dijemput tapi mak saya tak mahu pergi...Saya faham kenapa...Saya tahu hati mak saya sakit dengan semua ni...Tapi kami ni sapa la?Kami ni hanya seseorang yang tak dipandang pun...Pernah beberapa kali saya tweet Dato Najib tapi tak dibalas pun...Tapi saya cuba faham dan sabar..Mungkin banyak lagi aduan yang Dato Najib kena layan...Saya tak benci Dato Najib...Saya tak la sampai kena bakar bendera negara atau pijak gambar Perdana Menteri atau ikut perhimpunan...Saya masih boleh berfikir...Saya masih hormat seorang pemimpin...
   Pernah Pegawai PPD iaitu Abidin Marjan buat ucapan perasmian untuk seminar STPM dan SPM...Maaf mahu cakap la tapi saya meluat tengok muka Abidin Marjan...Yang paling bagi saya geram ialah dia hanya dua sekolah je yang dia puji iaitu SMK Majakir dan SMK Takis...Saya tahu la kami ni baru masuk Daerah Papar...Sampai masa dia sebut-sebut nama sekolah dia tersalah sebut sekolah kami ni sebagai SMK Majakir...Yela..Mungkin dia tak sangka kami boleh ada baju korporat...Sekolah luar bandar la kata kan..
   Sebab apa saya tanya adil kah?Dua orang kawan mak saya yang dulu sama-sama bersekolah di SMA Toh Puan Hajah Rahmah turut termasuk dalam 80 orang GSTT yang diberhentikan ni...Salah seorang akan tamat kontraknya tahun ni bulan 11...Tak kah macam alang-alang tu?Sekurang-kurangnya bagi la habis dulu kontrak tu...Sebab itu la saya rasa Jabatan Pelajaran Sabah ni tak berhati perut sebab mereka macam suka hati je tamatkan kontrak tanpa membuat kajian terperinci terlebih dahulu...Salah seorang lagi kawan mak saya tu ibu tunggal...Tak kesian kah tu?Adil kah tu?Mungkin Jabatan Pelajaran Sabah buat acuh tak acuh je terhadap perkara ni tapi ingat...Doa orang yang teraniaya dimakbulkan oleh Allah S.W.T...
   Mak saya ada cakap rasanya yang guru-guru GSTT tu akan diganti dengan guru-guru dari semenanjung...Saya ni bukan la anti orang semenanjung tapi mak saya dan guru-guru GSTT yang lain bukan la pelajar diploma atau ijazah tapi mereka berpengalaman berpuluh tahun...Mereka juga orang tempatan..Ingat orang Sabah tak boleh nak jadi guru ke???Saya tau banyak orang Semenanjung dekat Sabah...Tapi yang saya tengok juga negeri dekat Semenanjung tu masih banyak juga yang kekurangan guru di pedalaman....Kenapa susah payah pergi sini kalau sana masih banyak yang kosong?Saya bukan tak menghargai guru-guru dari Semenanjung sebab di sekolah saya pun ada guru Semenanjung...Saya cuma sedih kerana hanya kerana ingin memberi peluang kepada penganggur lepasan Universiti dari Semenanjung GSTT dipinggirkan...Yela...Orang yang muda juga yang diguna kan...
   Sekarang mak saya hanya "Tanam Anggur " je di rumah...Sekarang duit di bank pun tinggal berapa je tu...Da la wang persaraan tiada...Terpaksa la berjimat-cermat...Mungkin kalau mahu mengharap orang yang dapat membela nasib 80 GSST tu mungkin tidak ada da...Persatuan GSTT pun sampai sekarang tak berbunyi-bunyi...Dulu mereka la yang diharap kerana pernah menghantar surat kepada mak dan mungkin bekas guru-guru GSTT yang lain juga untuk merayu dekat Jabatan Sabah rasanya...
   Oh ya...Mak saya pun pernah memohon bantuan dekat menantu Dato Musa Haji Aman iaitu YB Arifin...Mak saya cakap dia ni dulu kawan mak saya di SMA Toh Puan Hajah Rahmah...Kawan la sangat...Macam biasa la kalau ahli politik berjanji je tapi tak ditepati...YB Arifin ni kunun mahu tolong tapi tiada pun apa-apa berita sampai sekarang...Kawan tu tapi tak boleh diharap...Apa lagi orang lain...Sebab itu la saya benci Jabatan Pelajaran Sabah,PPD dan Dato Muhyidin Yasin kerana mereka hanya pentingkan diri sendiri je...
   Saya cuma harap manusia-manusia yang ada di Jabatan Pelajaran Sabah tu berubah la k...Kamu tu orang Sabah...Patutnya bela la nasib orang Sabah...Saya tau kita perlu bersikap tawaduk dan tidak mendoakan yang tidak baik-baik kepada orang lain...Tapi saya doakan mereka akan rasa apa yang mak saya rasa suatu hari nanti...Terima kasih kerana buatkan saya yang tak pernah terfikir tentang wang menjadi seseorang yang berfikir hanya wang la yang boleh buat kita dapat apa yang kita mau...Terima kasih banyak-banyak ...