BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 22, 2012

Apa Yang Saya Dapat?

   Assalammualaikum w.b.t...Da lama saya tak buat post baru...Kali ni saya nak cerita apa yang saya dapat sepanjang saya belajar di Tingkatan 6 ini atau sekarang di sekolah saya dikenali sebagai Kelas Persediaan Universiti (KPU).
   Saya tak pernah terfikir akan memasuki tingkatan 6 kerana banyak sebab...Terlalu berharap dapat masuk U,cikgu tidak galakkan masuk tingkatan 6 dan sebagainya...Tapi akhirnya saya kena terima hakikat bahawa walau macam mana sekali pun itu adalah pilihan yang saya ada jadi saya kena la terima...
   Banyak orang cakap tingkatan 6 ni susah...Kebanyakan yang cakap 2 yang tak pernah masuk pun tingkatan 6...Mungkin betul la apa mereka cakap...Sebab pelajaran tingkatan 6 meliputi semua yang pernah kita belajar semasa tingkatan 1 hingga 5...
   Semakin lama berada di tingkatan 6 saya rasa memang susah...Mana mahu fikir Pengajian Am lagi,Bahasa Melayu,Geografi,Sejarah,PSV dan MUET...Walaupun masa SPM ada 10 subjek tapi STPM memang susah... Banyak kali saya rasa mahu berhenti sebab subjek nya susah sangat...
   Tapi bila saya belajar subjek seperti Sejarah saya rasa seronok sangat sebab saya dapat belajar apa yang saya tidak belajar di tingkatan 4 dan 5...Memang saya ada belajar tapi di tingkatan 6 pelajarannya lebih mendalam...Begitu juga Geografi...Saya cuma belajar asasnya semasa tingkatan 1 hingga 3 sahaja...Di tingkatan 6 ni saya belajar macam-macam...Contohnya baru-baru ni tentang litupan awan...Cuaca sejak akhir-akhir ni sangat panas...Balik-balik la kita akan menyalahkan projek Petronas di Kimanis kerana mereka banyak meneroka hutan...Logik juga kan?Em...Cikgu cakap kawasan khatulistiwa menerima 100% cahaya matahari tetapi awan kumulonimbus memerangkap 70% bahangan matahari tetapi kita masih merasa panas kan?Cuba perhati kan awan di langit...Awan nya makin kurang jadi jangan la hairan kenapa panas sangat...Kita seharusnya bersyukur kerana kawasan khatulistiwa masih mempunyai awan kumulonimbus yang dapat memerangkap 70% bahangan matahari...Cikgu juga pernah cakap tentang aktiviti penggondolan hutan...Selama ni saya tak pernah perhatikan sekeliling...Pernah tapi tak la perhatikan betul-betul...Betul apa yang cikgu cakap...Banyak kawasan hutan yang digondolkan...Kalau saya tidak masuk tingkatan 6 mungkin saya tidak tahu dan tidak ambil tahu perkara ini...Saya mula sedar tentang kepentingan hutan kepada kita...Cuba fikirkan...Kalau sekarang masih banyak hutan pun da panas apatah lagi kalau tidak ada hutan da?Betul tidak?
 

0 comments: