Assalammualaikum w.b.t...Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca post saya dan kepada sesiapa yang suka dengan post dan blog saya...Saya cuma ingin bagitau bahawa tidak akan ada lagi post yang saya akan tulis...Saya akan post yang terakhir nanti yang bertajuk "Orang Sabah Tinggal Atas Pokok 3???" dan selepas itu saya tidak akan post apa-apa lagi sebab saya geram dan meluat dengan orang yang merasa dirinya betul dan rasa tercabar bila saya cakap sesuatu yang dia fikir saya rasa saya je yang betul dan tulis apa yang saya rasa benar...Ini la hakikatnya negara Malaysia...Bila orang macam tu post yang mereka rasa betul boleh pula...Tapi bila kita tulis yang sekadar luahan hati kita atau pendapat kita terus sibuk mahu menasihati orang...Tak nampak kah di sana yang anda sebenarnya yang rasa diri anda betul???Tepuk dada tanya selera...Harap anda gembira...Salam...
Tuesday, June 11, 2013
Thursday, June 6, 2013
Sekali Lagi Terasa???
Assalammuaikum w.b.t...Saya menulis post ni sebab saya geram...Geram dengan SISTER yg SISTER la sangat yang komen dekat chat...Ok saya akan jawab satu persatu yang anda cakap tentang saya tu ok...
Pertama sekali anda cakap penuhkan ilmu politik saya...SISTER yang SISTER la sangat...Saya mahu tanya anda...Anda suruh saya penuhkan ilmu politik ilmu politik anda penuh sangat kah?Hebat sangat sampai penuh mau melimpah keluar ilmu politik anda tu?Yang saya pelik macam mana anda tau ilmu politik saya tak penuh?Memang masih banyak lagi saya belum tahu...Apa?Ingat saya tak tahu kah tentang perbuatan sesetangah pemimpin seperti yang dipaparkan dalam surat khabar yang sama fahaman macam anda?Macam ni lah SISTER yang SISTER la sangat...Saya tak tahu apa masalah anda dengan apa yang saya tulis tapi sebelum mahu menasihati orang tanya dulu diri tu sendiri penuhkah ilmu politik anda?Kalau belum jugak penuh saya pula yang mahu cakap balik dekat anda "SISTER yang SISTER sangat...Tolong penuhkan ilmu politik anda sebelum mahu jadi pengkritik politik orang lain!" Mahu tau tak?Ayat anda hampir sama dengan ayat seorang teman saya yang jugak mempunyai fahaman yang sama dengan anda...Saya tidak la berniat mahu kehilangan kawan hanya sebab politik...Saya cakap baik-baik tapi dibalas dengan teman itu cakap saya kurang ilmu politik...Oh...Ok...Saya mahu jaga perasaannya dengan cakap baik-baik akhirnya dia senang-senang cakap macam tu...Bagus sangat kan...Untuk makluman anda la wahai SISTER yang SISTER la sangat...Sebelum saya post 2 saya tengok dulu internet dan blog orang adakah apa yang saya cakap tu akta sebab saya tak mahu tulis suka hati je...Tapi tengok la...Kena cakap juga oleh SISTER yang SISTER la sangat tu yang saya tulis apa yang saya rasa betul...Cuba anda tanya diri sendiri apa juga jenis fahaman anda sekarang anda cakap dan anda buat apa yan anda rasa betul juga kan?Pernah anda kaji kesahihan yang ditulis di surat khabar fahaman anda tu???Pernah???Jadi jangan mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih...Mesti tertanya-tanya kan kenapa saya baca surat khabar Suara Keadilan dan Watan Sabah kalau saya tidak sokong pembangkang?Kebetulan orang di rumah beli jadi saya baca la...Sebab apa saya baca?Sebab saya saja mahu tahu dan saya tidak mahu dengar dari satu pihak je dan jujur memang saya pening kepala sebab keliru yang mana betul yang mana salah...Akhirmya saya buat kesimpulan mana-mana pemimpin pun kalau duduk di kerusi kuasa akan lupa diri jugak...Saya juga ada teman yang baru berhijrah berapa bulan...Dia berubah drastik...Lebih drastik dari seorang lagi kawan saya yang dia jadikan model untuk gaya tudung...Dia selalu cerita tentang pendapatnya tentang PAS...Betapa kerajaan ni menindas golongan di Kolej entah apa tu...Saya dengar je sebab saya mahu tahu pendapat dia...Saya tak cakap saya sokong kerajaan dan saya tak melawan apa dia cakap cuma saya cakap lapis je sebab saya tengok cara dia bercakap tu penuh kebencian...Saya berfikir la kenapa KEBANYAKAN penyokong pembangkang ni penuh dengan kebencian???Kata ikut agama sangat...Entah la...Mungkin anda yang SISTER yang SISTER la sangat yang patut istighar...Saya cuma terkilan dengan kawan saya tu sebab patutnya bila dia da berhijrah ni dia lebih fokus mendekatkan diri kepada Allah...Ini terlalu taksub dengan parti...Pernah dia post tentang papan tanda wajib menutup aurat di Kelantan...Jadi saya komen la "Di Kelantan pun ada jugak yang nda (tak) menutup aurat." kalau ikut saya mahu cakap lagi Terengganu lagi bagus tapi saya tak tulis...Terasa pula dia...Dia post ayat berlapis tapi saya tahu dia tujukan dekat saya...Itu pun mahu terasa kah kawan?Saya cuma komen yang betul pun...Benda tu cuma seolah-olah macam kempen jangan merokok...Walaupun kena cakap jangan merokok orang tetap jugak merokok kan???Dia post jugak rasanya "itu bukan sahabat kalau macam tu..." Haha...Saya memang sedih la sebab baru benda macam tu pun da cakap macam tu...Ok...Memang saya tak anggap kau sahabat pun...Terima kasih la banyak...Saya da buang kau dari kawan fb...Sebab apa?Saya tak mahu terus sakit hati dengan apa yang kau post nanti berdosa pulak kan?Maaf la kawan tapi aku rasa kau da melampau sangat bha...Bukan aku mau mengungkit...Sebelum kau berhijrah cuba kau ingat kau orang yang macam mana?Jadi fikirlah dulu perasaan orang lain sebelum kau post tentang agama-agama tu sebab bukan semua orang ALIM macam kau...Sebab sebelum post tu ada post sebelumnya yang buat kawan-kawan kau terasa...Alhamdulillah la bukan semua kawan saya macam dia tu...Kawan yang dia jadikan model tu sama fahaman dengan saya...Saya pernah komen post kawan tentang BN yang dia istilahkan B END...Alhamdulillah tak jugak B END B END nya kan?Em...Saya komen "Kepada yang bujang jangan terima bantuan BR1M." saya tujukan kepada yang menentang kerajaan....Rupa2xnya dia cakap yang post tu keluarga dia yang post dan mula2x dia tak faham apa maksud saya tapi bila dia faham mula dia memanas dia cakap BR1M tu hak rakyat...Itu la kebanyakan orang-orang yang menentang kerajaan ni...Menentang kerajaan tapi masih mahu terima BR1M walaupun kena cakap BR1M tu haram...Pelik2x...Saya teragak-agak pula mau balas komen dia tu sebab nanti kakak dia pula yang komen kan jadi saya suruh dia relaks la sebab saya pun malas mahu gaduh dan saya tahu kalau saya teruskan penyokong-penyokong pembangkang lain yang baca post dan komen tu akan menghentam saya...
Berbalik kepada SISTER yang SISTER la sangat...Kau cakap saya menulis macam saya je yang betul kan?Lepas tu saya cuma tulis apa yang saya rasa benar kan?Penting sangat kah tu?Kenapa?Anda mahu saya tulis yang baik-baik je?Mahu saya cakap sokong la pembangkang!Jangan sokong pemimpin kafir!Kalau pakai baju biru kafir!Kerajaan jahat!Orang yang menyokong kerajaan macai!Lembu!Macam tu???Maaf la ye saya bukan jenis macam tu...Saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan ketaksuban yang melampau terhadap politik sampai menghalalkan penghinaan dan hukum kafir terhadap pemimpin yang sah agama Islam...Pernah orang cakap saya ni berfikiran sempit tapi bila sepupu saya cakap di usrah universitinya orang tu cakap "Kamu mahu kah negara kita mempunyai pemimpin yang kafir???Mahu???" Rasanya la itu yang sepupu saya cakap...Saya rasa itu lagi jauh berfikiran sempit...Mempengaruhi budak-budak universiti yang ikut usrah...Jadi SISTER yang SISTER la sangat sekarang anda fikir sapa yang patut istighfar???Saya atau orang2x ni???Najib tu Islam...Kenapa kamu yang golongan yang ALIM la sangat cakap dia pemimpin kafir?Kenapa?Baru berkopiah dan pakai tudung labuh anda da rasa diri anda bagus sangat mahu menjatuhkan hukum?Sebab apa yang dia buat?Sebab penindasannya terhadap rakyat dan sebagainya???Sebab agama Islam tidak diamalkan sepenuhnya di negara Malaysia???Soal yang dia buat tu urusannya dengan Allah...Napa?Mahu cakap "Mana boleh!Itu hak kami!" ? Mau cakap kita harus berjuang demi agama Islam?Tentulah kita kena berjuang demi Islam...Tapi yang buat saya pelik kalau anda perjuangkan Islam kenapa perbuatan anda menunjukkan anda macam da menyimpang sikit dari niat yang sebenar?Memang banyak kes maksiat dan sebagainya tu disebabkan undang-undang yang longgar dan tidak sepenuhmya mengikut undang-undang Islam..Apa?Ingat saya tak suka kah kalau negara Islam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar?Saya suka sangat-sangat tapi jangan hanya menuding jari dekat satu pihak...Bila saya baca majalah Mastika kadang-kadang masalah berpunca dari orang yang dalam agama itu sendiri...Kalau orang dalam agama pun bermasalah sampai ada yang ikut sedap mulut je mencaci golongan mualaf dan yang terlanjur apa mau jadi dengan yang lain?Seperti dalam cerita cerpen Bahasa Inggeris tingkatan dua "One Is One and All Alone" oleh Nicholas Fisk...Pengajaran cerita tu ialah bagaimana kita selalu mengadu tentang perangai dan tindakan orang lain tetapi terlepas pandang perangai dan tindakan kita sendiri yang sama....
Em...Eya...Memang Malaysia ni negara demokrasi negara yang rakyatnya boleh memberikan pendapat tapi berpada-pada la...Saya berfikir juga kenapa ek kalau PAS mahu hukum hudud diamalkan kenapa Kelantan tak amalkan benda tu di peringkat negeri?Tak salahkan?Memang kalau kita lihat semasa zaman Nabi Muhammad di Madinah terdiri dari pelbagai bangsa boleh jugak diamalkan hukum hudud...Tapi tak bermakna kita kena keluarkan kata kesat kalau ye pun Najib tu tak betul...Dalam agama Islam tak ada kah kena ajar menghormati pemimpin???Ada kan???Walau jahat mana pun Najib dia masih pemimpin...Jangan jadi kurang ajar hanya sebab berbeza fahaman politik...Ingat tu...
Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Memang ulama adalah golongan yang dihormati...Yang tinggi ilmunya dan sentiasa merendah diri...Tapi mulut tu jaga juga sampai cakap saya tinggi diri...Yela...Saya tahu ilmu saya tak tinggi tapi tak bermakna apa yang saya tulis tu saya tinggi diri...Saya cuma tulis pendapat saya...Lagi satu mulut tu jaga sikit sebelum cakap saya jangan ikut perangai syaitan...Saya tahu la saya ni tak ALIM macam anda tapi saya cuba perbaiki diri tapi tidak bermakna bila saya mahu perbaiki diri saya hanya percaya satu pihak dan tidak kaji pihak yang lain...Jadi SISTER yang SISTER la sangat saya pernah terdengar Datuk saya cakap "Jangan mendengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan..." Mendalam tu maknanya jadi fikir-fikirkanlah...Satu nasihat saya jangan baca blog saya kalau anda rasa saya tidak cukup ilmu politik, cakap apa yang saya rasa betul je dan tinggi diri...Saya da cakap balik-balik da kalau rasa yang saya tulis tu tak sama dengan fahaman anda jangan baca..Tapi kenapa dibaca juga?Pelik2x...Tak faham Bahasa Melayu ke?
Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Anda cakap saya tulis macam saya je yang betul kan dan saya cuma tulis apa yang saya rasa benar?Jadi SISTER yang SISTER la sangat mau apa?Sudah tentu la saya tulis apa yang saya rasa benar takkan la saya mahu tulis yang saya rasa salah...Betul tidak?Saya tak rasa macam saya je yang betul...Saya cuma luahkan apa yang saya rasa...Ini kan blog saya jadi suka hati saya la mau post apa pun...Saya bukannya cakap sesuatu yang macam menghina PM dan menghina Sultan macam sesetengah orang buat...Saya hormat PM...Saya hormat Sultan walaupun saya hanya setengah Melayu...Sebab apa?Sebab saya sedar saya adalah rakyat Malaysia yang patut patuh kepada undang-undang dan hormat pemimpin...Tapi bagi malu sebab da la Sultan tak dihormati, dihina macam Sultan ni tidak ada perasaan...Bersyukurlah Sultan sekarang bukan macam dulu yang berkuasa Mutlak yang sesiapa saja yang melanggar perintahnya dihukum mati...Jujur saya lagi suka kalau Sultan masih berkuasa Mutlak sebab biar diam mulut orang yang menghina Sultan tu...Macam apa je...Kalau rasa diri tu hebat sangat pergi luar negara...Kau tak layak hidup di Malaysia ni sebagai rakyat Malaysia...PM iaitu Najib pun menerima nasib yang sama...Tengok saja Twitternya orang yang komen menghina PM macam tak ada otak sedangkan orang yang komen tu ada yang Doktor, Pelajar dan orang dewasa yang sepatutnya da boleh berfikir secara matang tapi mengeluarkan kata-kata hinaan macam tak menunjukkan moral yang baik...Apa la gunanya tu kalau doktor, pelajar dan orang dewasa kalau tidak ada adab?Kenapa?Yang penting syarat otak mesti pandai tapi adab tak payah peduli?Malu la sikit...Percakapan anda menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya...Kalau percakapan pun kotor ertinya hati pun kotor la tu kan?Saya suka dengan dialog P.Ramlee dalam Sumpahan Orang Minyak... "Ya...Ya!Aku la Si Bongkok yang dulu kau hina-hina...Tapi sekarang aku sudah kacak...Kau puja-puja...Tidak kah kau malu hidup sebagai manusia???"
Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Anda cakap apa yang saya tulis di sini akan diperhitungkan oleh Allah S.W.T nanti...Em...SISTER yang SISTER la sangat...Anda siapa?Ustazah?Sudah tentulah saya tahu setiap amal perbuatan kita akan dihitungkan nanti di akhirat...Apa yang anda rasa tak betul sampai anda cakap macam tu?Tentang Nik Aziz?Macam ni la SISTER yan SISTER yang SISTER la sangat...Saya akan terangkan satu persatu supaya anda lebih faham..Yela...Mana tau anda tak berapa nak faham apa yang saya tulis...Mungkin di pandangan mata anda apa yang saya tulis tu macam tak betul kali kan...Berkenaan dengan Nik Aziz tu...Saya cakap kalau boleh jangan membandingkan manusia dengan haiwan kalau ye pun bantuan yang anda maksudkan tu bukan bantuan BR1M...Saya cuma mahu Nik Aziz lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perumpamaan lain kali kalau tidak mahu perkataan anda diputar-belitkan oleh BN...Saya cuma nasihatkan je pun...Adakah itu salah?Bukannya saya menghina Nik Aziz pun...Saya cakap baik-baik...Tapi biasa lah kalau orang yang berfikiran sempit lain la dia fikir kan?Kalau berkenaan BR1M...Memang wajar la bha kan saya cakap kepada yang menentang kerajaan tak payah la terima bantuan BR1M kalau anda rasa benda tu haram...Kalau anda rasa kerajaan jadikan itu sebagai gula-gula pilihanraya...Tapi ini tidak...Bila tak terpilih untuk terima mula bising cakap kerajaan tak adil...Jadi apa yang anda mahu sebenarnya?Kenapa saya cakap anda hipokrit?Yela...Memang hipokrit pun kan...Tanya la diri sendiri kenapa anda hipokrit...Saya malas da la mahu jelaskan...Nanti kena jawab lagi "Kerajaan yang hipokrit!Itu hak rakyat jadi tentulah kami kena terima BR1M...Banyak lagi hak rakyat yang kerajaan ambil!Kerajaan sekarang menindas rakyat!Bla bla bla..." Kalau berkenaan TV1,TV3 dan BERNAMA dan beberapa surat khabar yang dikatakan pro kerajaan sebab menyiarkan tentang kerajaan je...Cuba fikir bha...Macam mana juga tak pro kerajaan kalau surat khabar seperti BH dan Utusan Melayu sudah wujud sebelum merdeka lagi?Kenapa benda-benda begini ni tak dibangkitkan sejak dulu lagi?Kenapa?Orang ok je pun dari dulu tengok TV1, tengok TV3 siarkan tentang kerajaan...Tak ada pun orang cakap "Eh...Kenapa la TV1 dan TV3 ni?Siarkan kebaikan kerajaan je...Tak adil la!" Haha...Sengaja bha ni isu ni kena bangkitkan kan?Tak ada isu lain ke?Kena jawab lagi nanti "Banyak..." Kalau berkenaan Abby Abadi bagus la dia berhijrah tapi cara dia tu keterlaluan sangat...Saya cuma nasihatkan supaya lebih fokus mendekatkan diri kepada agama kalau betul-betul ikhlas berhijrah...Jangan berhijrah je nama tapi otak tu terus terarah ke haluan kiri...Tak pernah fikir dulu berlakon cerita apa...Ini lagi satu perkara yang saya rasa agak tak betul...Saya suka kalau orang berhijrah...Bagus la tu kan...Tapi kebanyakan yang berhijrah ni (Bukan semua)
terus-terus percaya satu fakta ni hanya sebab diri tu da agama sikit...Tolong la ok...Sedangkan orang yang da lama bertudung sejak baligh pun banyak lagi yang perlu dibaiki...Ini kan pula yang baru berhijrah...Saya tahu anda berhijrah dan tengah mendalami agama tapi tak bermaksud anda percaya je sesuatu tu bulat-bulat tanpa kaji terlebih dahulu kesahihannya...Dalam dunia ni banyak benda yang boleh mengelirukan...Sebagai contoh adalah satu golongan ni (tapi golongan ni bukan golongan yang berhijrah tapi yang da lama bertudung)
pernah cakap kapel tu haram...Sms 3 kali zina...Sampai salah seorang kawan disuruh memutuskan hubungan dengan teman lelakinya...Yang saya pelik golongan yang cakap kapel tu haram tu saya dengar kapel juga akhirnya...Cakap tak serupa bikin kan?Bila da kapel tu sms pun tentulah lebih tiga kali kan?Jadi tepuk dada tanya selera...Ingat je la setiap manusia mempunyai perasaan...Perasaan untuk disayangi dan menyayangi...Saya suka tengok orang yang bercinta lepas kawin tapi kalau da terlanjur cinta sebelum kawin macam mana juga?Yang penting pandai jaga diri la...Saya tengok banyak juga perempuan bertudung sekarang bercinta...
Mahu tahu kah sebab apa saya sokong kerajaan dan kenapa saya cakap yang saya fikir benar je wahai SISTER yang SISTER la sangat???Memang kalau kita cakap ingat bha jasa kerajaan pasti akan dibalas dengan pelbagai fakta dan hujah...Saya sayangkan Malaysia...Saya tidak mahu negara Malaysia tergadai hanya sebab politik..Kalau setakat PKR atau PAS saya boleh terima..Tapi DAP???Maaf saya bukan bersifat perkauman...Mahu tahu kah sebab kenapa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke Malaysia???Sebab bilangan orang Cina lebih banyak dari orang melayu...Sebab tu saya bimbang bila DAP banyak menang masa pilihanraya...Ingat la wahai orang melayu sedangkan sekaran orang Cna tak banyak pun mereka hampir menguasai apa lagi kalau bilangan mereka lebih banyak???Fikir-fikirkan lah...Lagi satu saya pernah menonton Hati Malaya dan saya rasa sangat terharu dengan pengorbanan Tun Abdul Rahman mengadaikan emas kalau saya tak silap hanya semata-mata mahu ke London membuat rundingan Kemerdekaan...Eya...UMNO dulu lain...UMNO sekarang lain...Tapi bila kita memandang ke hadapan kadang-kadang kita perlu jugak memandang ke belakang untuk menjadi lebih baik...Sekian terima kasih...
Posted by Lah93 at 8:01 AM 0 comments
Monday, April 15, 2013
PRU13...
Assalammualaikum w.b.t...Hari ini saya membuat post baru tentang PRU13...Saya harap kalau ada yang membaca ni tidak sama fahaman dengan saya jangan la baca ok...Nanti tidak pasal-pasal memanas lagi...Macam yang saya cakap blog ni adalah untuk saya luahkan apa yang saya pendam selama ni...Jadi harap faham...Kalau mahu baca, baca...Kalau tidak mahu baca jangan baca.
Pelbagai isu dan pendapat yang saya baca di fb,internet dan surat khabar...Ada yang sokong pembangkang...Ada yang sokong Barisan Nasional...Nampak macam banyak betul penyokong pembangkang kan tapi banyak-banyak penyokong pembangkang banyak lagi penyokong Barisan Nasional...Betul tidak?Kenapa saya cakap macam tu?Yela...Memang banyak penyokong pembangkang...Tengok saja page Pakatan Rakyat dan fb Nurul Izzah...Banyak orang sokong dia dan memaki hamun dekat sana terhadap Barisan Nasional dan paling buat saya agak tak suka bila ada lah orang ni nama Melayu tapi macam yang saya cakap speaking je dan mengistilahkan orang Barisan Nasional ni Monkey...Astaghfirullahalazim...Islam je nama tapi suka betul kan menyamakan manusia dengan binatang...Hebat sangat kah anda?Walau macam mana banyak orang suka Nurul Izzah ni saya tetap tidak suka dia...Entah kenapa...Dia cakap dia tidak suka politik kotor jadi dia tu politik bersih sangat ke?
Apa-apa pun saya bukan la penyokong kuat Barisan Nasional tetapi saya lebih rela Barisan Nasional terus memerintah...Tengok pun kita boleh tahu bha kebanyakan orang yang menyokong pembangkang adalah orang yang kecewa dengan kerajaan...Saya pun kecewa juga tapi tidak pula saya terfikir mahu menentang kerajaan...Saya masa sekolah rendah selalu dengar orang cakap YB Bongawan kalau dia kena jemput datang dia hanya hantar wakil je dan kalau datang pun lambat...Tapi saya tetap setia yang YB tu akan datang tapi sampai saya sekolah menengah dia hanya hantar wakil je...Ada juga dia datang tapi jarang...Sebab itulah saya kecewa...Memang betul la apa yang orang pernah cakap tu yang dia memang hantar wakil je...Baru-baru ni la baru dia ada datang...Baru saya tahu dia bukan orang Bongawan mungkin sebab itu kali dia tidak berapa ambil berat tentang Bongawan ni...Kalau pilihanraya sebelum ni pun tidak ada dia datang mahu kempen kah apa kah...Kalau ada pun Dato Hanifah...Tapi tidak tahu la kalau dia ada datang tapi saya tidak tahu...
Selain itu juga saya kecewa sebab laptop...Yela...Orang lain senang-senang je dapat laptop...Saya pernah ada laptop besar tapi laptop tu rosak...Jadi saya berharap sangat dapat laptop...Ada suatu hari tu makcik saya yang mengajar di SK Mandahan dapat jadi mungkin mak saya dapat juga sebab mak saya ada juga mengisi borang kah apa...Saya tidak la berharap sangat tapi saya memang berharap tapi saya kecewa bila mak saya tidak dapat...Dari situ saya tidak mahu lagi berharap...Masa saya masih tingkatan 6 saya ada tidak hadir dan sekalinya kawan-kawan yang lain da isi borang laptop...Saya dan ada seorang lagi kawan yang belum isi...Jadi terpaksa la menunggu yang seterusnya...Tapi sampai saya habis sekolah tidak ada yang seterusnya tu...Yang paling buat saya kecewa ialah Dato Hanifah pernah berjanji akan memberikan 3000 laptop kepada tingkatan 6 rasanya atau sekolah kami kali dan tingkatan 6 diutamakan...Tapi janji tinggal janji...Sampai kami habis tingkatan 6 masih tidak ada laptop yang dijanjikan...Yang peliknya tingkatan 4 pula dapat...
Lagi satu yang saya kecewakan ialah apabila YB Arifin yang merupakan kawan sekelas mak saya di SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang mak saya dan kawannya minta tolong sampai sekarang tidak ada sebarang berita...Entah dia lupa atau buat-buat lupa...Kemarin kawan mak saya cakap dia ada mahu jumpa YB Rosnah tapi dia tidak ada jadi dia tinggalkan nama dan lain-lain rasanya tapi sampai sekarang tidak ada mahu kena jumpa..Kawan mak saya tu cakap mungkin kena buang kali kertas tu ke tong sampah...Itulah masalahnya orang bawah BN ni kan...Tapi kecewa-kecewa saya ni pun saya tidak ada pula niat mahu tukar kerajaan...Memang...Kadang-kadang saya marah juga dekat Jabatan pelajaran Sabah dan lain-lain tapi kalau difikirkan saya tidak mahu la pembangkang yang memerintah Sabah...
Bila tengok berita mesti tentang Selangor kan atau Pulau Pinang atau Kelantan...Paling terkenal Selangor la...Pada pendapat saya la kan tidak perlu la mahu buat demonstrasi kah apa kah...Kalau betul-betul kerajaan Selangor tidak tepati janji tunggu Pilihan Raya...Undi Barisan Nasional...Macam itu juga bekas penyokong pembangkang yang keluar parti...Kenapa baru sekarang keluar parti?Kenapa tidak dari dulu?Tidak pasal-pasal Barisan Nasional dituduh membeli...Kalau kamu betul-betul mahu keluar parti keluar lah dari dulu...Kita tengok nanti Pilihan Raya...Kalau pembangkang masih menang pelik la tu...Jangan je nanti tiba-tiba Pilihan Raya yang akan datang keluar Barisan Nasional dan masuk pembangkang balik...
Ada la kan surat khabar tempatan "Watan Sabah"...Surat khabar Watan Sabah ni macam radikal sikit..Maksud saya macam lebih berpihak kepada pembangkang...Ada saya pernah baca tentang persoalan penulis Watan Sabah tu tentang Ultras Malaya...Dia terangkan la apa maksud Ultras dan Malaya...Pada pendapat saya pula tidak ada isu la mahu cakap Pasukan Bola Sepak Malaysia kena panggil Harimau Malaya yang seolah-olah hanya merangkumi semenanjung sahaja sebab semenanjung dulu kan kena panggil Tanah Melayu atau Malaya...Harimau Malaya tu sejenis harimau...Da nama harimau tu Harimau Malaya tak kan la tiba-tiba ubah namanya jadi Harimau Malaysia...Tidak kah pelik tu...Pernah ada orang muda sabah tanya kenapa Harimau Malaya...Jangan bagi malu orang Sabah bha...Kita sendiri pun da boleh berfikir...Jangan menampakkan seolah-olah kita tidak faham dengan nama Harimau Malaya tu...Cuma satu sahaja la saya minta...Tolong ketengahkan pemain Sabah sebab yang saya tengok main bola sepak tu tidak ada orang Sabah kalau ada pun Rozaimi tapi masa perlawanan penting tidak ada pula dia...Berbalik kepada surat khabar Watan Sabah...Saya rasa surat khabar tersebut patut diubah kepada Suara Keadilan Edisi Sabah...Kan lebih baik...Sebab terang-terang anda menyokong pembangkang...Kadang-kadang kandungan isi dalam surat khabar tersebut macam boleh meracun fikiran orang Sabah...Ada juga mereka mengutuk Datuk Rosnah Shirlin sebab dia nama je Menteri Kesihatan nasihat sana sini tapi keadaan fizikalnya tidak sesuai untuk jadi contoh pada orang lain...Da dia kena lantik jadi Menteri Kesihatan...Macam mana juga?Kadang-kadang dalam percakapan ni kita kena jaga..Setiap orang ada perasaan...Cuba kalau kamu kena cakap macam tu...Apa kamu rasa?Macam tu juga surat khabar keadilan...Saya mahu tanya lah...Apa yang kamu tulis di surat khabar tu memang sahih kah?Memang betul-betul?Sebab ingat saja kalau benda itu tidak betul akan jadi fitnah...Saya macam susah mahu percaya...Tidak tahu la kenapa...Kadang-kadang saya keliru la sebab tu saya tidak suka baca surat khabar yg menyokong pembangkang sebab hanya buat saya keliru je...Lagi satu bila saya tengok je dalam surat khabar Suara Keadilan kebanyakannya mengutuk je..Termasuk kartun-kartun dalam tu...Memang penyokong pembangkang ni tidak ada budi bahasa ke?Sebab tidak kira la saya baca di fb atau surat khabar yang mereka sering tulis ialah mengutuk BN atau pengikutnya lembu kah atau apa-apa sahaja yang agak kurang ajar...Tidak salah kalau mahu ada fahaman masing-masing tapi jaga bha bahasa tu sedikit.Isi yang mereka tulis dalam surat khabar hanya menimbulkan sentimen kebencian kepada yang membaca surat khabar yang menyokong pembangkang...Tahukah anda dalam hadis pun ada menyatakan supaya kita jangan benci-membenci?Sini pun kita boleh lihat dan nilai inikah pemimpin yang kita mahu jadikan contoh?Sebagai contoh Nik Aziz...Dia cakap orang yang menerima BR1M tu sebagai haiwan...Sudah tentulah penyokongnya menafikannya kan?Tidak salah seorang ulama mahu bagi perumpamaan kah apa kah...Tapi boleh tak jangan guna apa-apa yang berkaitan dengan haiwan?Memang dia tidak sebut BR1M...Tapi jelas la dia cakap tentang penerima bantuan...Jadi sudah tentulah dia cakap tentang orang yang menerima bantuan kerajaan...Betul tidak?Anda seorang ulama dan anda sudah tentu tahu manusia adalah sebaik-baik umat...Jadi untuk tidak buat orang salah faham dan BN kononnya menggunakan kesempatan atas percakapan anda lain kali berfikir la dulu sebelum bercakap ok...Sepatutnya bila anda sudah tahu BN ni jenis yang apa saja yang anda cakap diputar-belitkan anda sepatutnya sudah faham...Saya tahu orang yang taksub dengan anda pasti percaya dengan anda dan menyokong anda 100%...Mereka akan menggunakan apa saja cara dan fakta untuk membuatkan anda memang berada di pihak yang betul...Yang saya pelik ada juga penyokong pembangkang ni yang memohon BR1M tu...Patutnya tak payah bha ambil bantuan kerajan tu...Jangan jadi hipokrit...Lebih baik bagi dekat orang yang susah atau bagi dekat orang yang menyokong kerajaan...Satu lagi perkara yang saya pelik ialah surat khabar Suara Keadilan tu cakap TV3 media kerajaan...Bukan TV1 ke media kerajaan?Pelik...Lagi satu tentang Abby Abadi...Dia tu hari tu baru berhijrah kan?Lepas berhijrah tu dia banyak la bagi ceramah kan rasanya...Yang tidak patut dia buat ialah kritik PDRM dan cakap kerajaan tidak bagi peluang artis bertudung di negara ni...Ya Allah...Cuba ingat balik dulu cerita apa yang buat kau popular?Gerak Khas kan?Gerak Khas tu cerita tentang apa?Polis kan?Jadi tak kan la kau tak ingat atau memang kau hanya anggap itu lakonan semata-mata ?Sekurang-kurangnya Dato AC Mizal masih kenang jasa PDRM...Bukan macam kau!Macam kacang lupakan kulit!Minda kau betul-betul da diracun la dengan politik!Saya tak rasa ini berhijrah sebab kalau berhijrah bukan setakat bertudung je tapi percakapan pun kena baik...Kau cakap juga kerajaan tak bagi peluang artis bertudung...Pelik jugak kau ni...Da terang-terang banyak sangat artis bertudung yang berlakon,mengacara dan menyanyi...Cuma lebih jaga batas la kan...Kalau kau mahu sangat berlakon pergi saluran TV Al-Hijrah...Sana banyak drama yang dilakonkan oleh pelakon yang da bertudung...Jadi tak ada sebab kau mahu cakap artis bertudung tak kena bagi peluang di Malaysia ni...Tentang kau tweet di Lahad Datu tu pula itulah kalau percakapan pun tak baik hati pun jadi kotor...Asyik fikir yang negatif je...Semua nak disalahkan kerajaan...Yela...Kan parti yang kau aktif sekarang ni kan semuanya betul...Jadi apa-apa je yang dibuat kerajaan semuanya salah....Eh Abby Abadi...Saya baru umur 19 tahun mau masuk 20 tahun...Saya pun boleh fikir juga kenapa kerajaan cakap macam tu...Saya pun pelik juga kenapa media asyik cakap keadaan terkawal sedangkan orang Sabah bimbang...Tapi polis ada terangkan di tv apa maksudnya "Terkawal" tu di tv jadi barulah saya faham...Jadi wahai cik Abby Abadi lain kali tengok lah tv k jangan asyik baca surat khabar Harakah je atau surat khabar Suara Keadilan..Mereka bukannya tahu apa-apa...Main cakap je seolah-olah mereka tahu semuanya...Saya ingin merujuk kepada tulisan Datuk Mohamad Zawawi Yusoh di Harian Metro yang bertajuk "Jaga Lidah Ketika Bicara"...Salah satu isi yang beliau tulis ialah "Rasulullah S.A.W. berpesan kepada umatnya: "Berkatalah yang baik atau diam." Sebagai Muslim beriman,lidah harus terjaga daripada perkataan yang sia-sia.Apapun yang diucapkan harus selalu mengandungi nasihat,menyejukkan hati bagi orang mendengarnya.Jangan biarkan lisan mencari-cari keaiban orang lain.Hindari kata-kata yang hanya boleh mengkritik atau mencari kesalahan orang lain,memfitnah dan menghasut.Sungguh perbuatan itu sangat hina hingga Allah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12,maksudnya: "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati?Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Dan bertakwalah kamu kepada Allah.sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.".Jadi wahai cik Abby daripada kau sibuk berpolitik sana baik kau belajar untuk lebih mendalami agama jika kau betul-betul mahu berhijrah...Dekatkan diri dekat Allah S.W.T...Jangan hanya tahu cari salah kerajaan je...Cuba perbaiki diri kau tu dulu...Tak semestinya bila je berhijrah kena masuk PAS...Berhijrah ni lebih kepada menjadi manusia yang lebih baik...Bukannya hati penuh dengan rasa kebencian...Bersihkan hati tu...Barulah anda akan nampak kebenaran...
Macam isu di Lahad Datu...Saya ada baca di surat khabar Suara Keadilan juga...Kena cakap sandiwara...Macam tu juga Tian Chua tu...Dia cakap sandiwara...Hebat sangat kan...Kalau ye pun bersaing dengan BN boleh jaga tak mulut tu?Maaf saya cakap macam ni tapi tolong lah sedar sikit kau tu pun keturunan pendatang juga!Bersyukur la kau hidup di Malaysia ni...Kalau kau tengok negara asal kau sekarang da la anak boleh seorang je...Cuba bayangkan nenek moyang kau tidak berhijrah ke Tanah Melayu kau rasa kau akan lahir ke dan kalau kau lahir pun kau boleh ada anak lebih dari seorang ke???Tanya diri sendiri ok...Sebenarnya hampir kita semua pendatang...Jadi berpijaklah di bumi yang nyata...Bersyukurlah kita lahir dan hidup di negara Malaysia...Kepada Tian Chua kau layak dilucutkan kewarganegaraan...Da la sombong tidak mahu minta maaf...Datang bha ke Lahad Datu buktikan sama ada yang terjadi di Lahad Datu tu betul-betul sandiwara...Ini tidak...Masa berkempen baru mahu datang ke Sabah...Betul-betul tidak tahu malu kan???Memang banyak orang berfikir tak kan la Maritim tidak mengawasi laluan perairan negeri Sabah???Sabah ni besar...Kadang-kadang mungkin orang dalam yang terlibat tapi saya pun tidak mahu menuduh tanpa bukti...Kepada yang tali barut pula...Apa mahu jadi dengan kamu ni?Kamu senang-senang dapat hidup di sini,dapat kerja sini dan ada isteri dan anak lagi tapi kenapa kamu sanggup membelot???Saya sudah cakap dari dulu lagi...Sesiapa yang melupakan Sejarah pasti akan mengulanginya...Macam juga tali barut ni...Mungkin mereka baru tinggal sini beberapa tahun dan sentimen kebangsaan terhadap negara asal iaitu negara Filipina atau lebih tepat lagi Kesultanan Sulu masih menebal...Apa kaitannya dengan sejarah?Cuba ingat masa zaman komunis atau zaman jepun...Masa tu semangat kebangsaan orang Cina dan orang India masih terarah dengan negara masing-masing...Belum lagi timbul rasa cinta dan sayang terhadap negara Malaysia atau dulu dikenali sebagai Tanah Melayu...Macam sekarang juga...Walaupun mereka tinggal di Malaysia mereka masih setia dekat Kesultanan Sulu...Saya selalu bimbang bila saya tengok di fb orang Sabah mahu keluar Malaysia...Sebab saya tahu Filipina akan menuntut Sabah kalau Sabah keluar dari Malaysia...Tengoklah...Belum keluar pun sudah kena tuntut apa lagi kalau sudah keluar...Saya tidak mahu masuk negara Filipina...Saya mahu tetap menjadi rakyat Malaysia...
Saya ada tengok di fb dan dengar dari BF saya banyak orang-orang muda yang post tentang pembangkang dan ada yang sokong pembangkang...Saya mahu tanya kamu la...Kamu dulu sekolah dekat mana?Sekolah kerajaan kan?Tidak tahu pula saya kalau ada sekolah pembangkang...Haha...Kamu baru setahun jagung bha...Apa sebab kamu menyokong pembangkang?Kecewa juga?Atau mahu perubahan kononnya?Yang saya pelik ada antara orang muda yang menyokong pembangkang tu memohon juga bantuan BR1M untuk orang bujang tu...Patutnya kalau da sokong pembangkang tu tak payah la nak memohon bantuan yang diberikan oleh kerajaan...Betul tidak?Oh ya...B saya ada cakap kononnya dekat surat khabar kena cakap yang datang pergi Dataran Merdeka di Kota Kinabalu Sabah tu 50000 ribu orang tapi ada saksi iaitu pak cik kawan B saya cakap yang datang tak sampai 5000 ribu pun...Tak sangka pula saya kan yang pembangkang ni pun pandai menipu...Yela...Kan mereka pernah cakap Bernama menipu cakap kononnya ramai yang datang masa ada Perdana Menteri Dato Seri Najib datang tapi sebenarnya sedikit je...
Kepada Barisan Nasional pula saya harap bila da buat transformasi ni jangan la buat kesilapan yang sama...Saya sebagai orang Sabah berharap kalau Barisan Nasional menang Barisan Nasional betul-betul akan buat transformasi..Jangan la dipeduli orang yang cakap orang yang menyokong Barisan Nasional tu macai UMNO atau macai BN sebab mereka sebenarnya yang macai sebab terlalu taksub dekat parti sampai tak tahu apa saja perbuatan mereka tu hanya mewujudkan kebencian je...Antara perubahan yang saya harapkan ialah buat pembangunan yang selari kepada negeri Sabah ni supaya sama dengan Semenanjung supaya tidak ada lagi suara-suara sumbang yang mengatakan negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun yang sebenarnya ketinggalan 6 tahun...Saya juga berharap kedai-kedai lama yang masih ada di Sabah ni dikekalkan cuma diberi perubahan seperti kedai lama yang ada di Melaka supaya ramai pelancong yang akan datang dan orang-orang Sabah tidak akan malu lagi bila ada orang Semenanjung naik kereta api dan melihat kedai-kedai lama tersebut seolah-olah negeri Sabah tiada pembangunan dan ketinggalan...Bagi kerajaan Barisan Nasional juga bila ada Perdana Menteri atau YB datang tidak perlu lah membayar sesiapa pun untuk memakai baju gelombang biru sebab jika Barisan Nasional betul-betul ada penyokong pasti akan ramai yang akan datang...Kalau teruskan sikap macam tu Barisan Nasional tidak akan ke mana...Kepada Perdana Menteri saya harap kalau datang ke Sabah terutama macam Beaufort tidak perlulah naik helikopter sebab kesian orang bawah BN susah-payah letak Banner "Selamat Datang Perdana Menteri Dato Seri Najib..." dan supaya Dato Najib boleh rasa sendiri macam mana keadaan jalan raya di Papar tu...Kepada calon pula tak perlu lah bagi duit apabila menjelang Pilihan Raya...Kalau anda betul-betul disokong insyaAllah anda akan menang dan jangan hanya tunjuk muka bila mahu Pilihan Raya je tapi datang selalu dan ambil tahu masalah rakyat...Kan bagus kalau ada pemimpin yang macam Sultan Alauddin Riayat Shah yang menyamar untuk tahu masalah rakyat...Kalau ada pemimpin macam tu memang bagus...Kalau anda mahu orang suka anda dan undi anda juga anda kena la baik,peramah dan tidak sombong...Macam calon BN baru Bongawan...Kena cakap dia sombong..Allahualam...Saya agak kecewa juga sebab sekali lagi wakil BN Bongawan bukan orang Bongawan...Kali ni muka barunya seorang peguam asal dari Kimanis...Kenal pun tidak...Kenapa macam tu?Saya berharap sangat muka barunya orang Bongawan jadi YB baru nanti akan lebih ambil berat tentang Bongawan dan membuat pembaharuan terutama dalam pembangunan di Bongawan ni...Jadi jangan hairan la kalau kalah nanti di Adun Bongawan...Macam tu juga Dato Hanifah...Kenapa la dia tidak ditukar?Da la Kimanis tu satu bangunan kedai je...Sepatutnya buat la pembangunan..Memang la ada projek Petronas di Kimanis tapi orang mahukan pembangunan bha...Dato Hanifah lagi Menteri Luar Negeri sibuk je...Mana ada masa mahu memantau masalah rakyat...Lepas tu kepada kerajaan Barisan Nasional ambil pengajaran apa yang terjadi di negeri-negeri yang anda kalah terutama Selangor...Pasti ada sebab kenapa rakyat memilih pembangkang...Jangan cakap kerajaan Selangor sekarang tidak tepati janji sebab anda dahulu pun tidak tepati janji sebab tu rakyat Selangor pilih pembangkang...Jadi tidak hairan kalau perkara yang sama berlaku di Sabah..Ada seorang lelaki di Jabang Beauort cakap mahu tukar kerajaan sebab tidak ada perubahan rasanya...Tapi dia cakap kalau pembangkang pun sama je dia tukar balik pergi kerajaan Barisan Nasional...Nampak tak di sini?Mereka mahu tukar tu sebab kecewa...Sebenarnya mereka masih mahu kerajaan Barisan Nasional memerintah cuma mereka mahu memberi pengajaran je dekat Barisan Nasional sebab mengabaikan penduduk pedalaman seperti dia...Saya pun faham kenapa dia kecewa...Yela..Da la air kabut(air macam warna air sungai) lepas tu banyak lagi kekurangan yang lain...Sebab tu la kerajaan Barisan Nasional jangan abaikan golongan seperti ini sebab mereka lah antara orang yang boleh mengubah kerajaan...Selama ni tentu Barisan Nasional tak sangka kan akan kalah teruk seperti dalam Pilihan Raya 2008?Orang Malaysia sekarang ni berpendidikan...Mereka da tahu berfikir...Jadi ambil lah pengajaran dan jadilah kerajaan yang baik...Jangan bila duduk di kerusi kuasa lupa segala-galanya...Kepada orang bawah BN jangan pilih bulu bha...Boleh bha kan?Jangan bila bagi bantuan tangki air BN kamu bagi orang yang kamu kenal je...Sebab sikap macam itulah pemimpin BN dan BN yang kena tuduh...Jadilah seorang yang amanah dan adil...
Kepada penyokong-penyokong pembangkang yang kerja kerajaan apa kata anda berhenti kerja?Cari kerja lain macam kerja swasta kah...Yela...Supaya tak macam hipokrit...Makan duit kerajaan tapi menentang kerajaan...Kalau saya jadi Perdana Menteri saya berhentikan orang yang kerja kerajaan tapi menyokong pembangkang...Baru tahu rasa...
Posted by Lah93 at 11:16 PM 0 comments
Friday, March 1, 2013
Orang Sabah Tinggal Atas Pokok 2???
Assalammualaikum w.b.t...Sudah lama juga lah saya tidak membuat post baru...Saya hanya tengok saja tapi tidak ada pula orang yang tengok blog saya tapi tidak apa la...Post kali ini saya akan menyambung post saya sebelum ini yang bertajuk "Orang Sabah Tinggal Atas Pokok???"...Sebenarnya saya tidak lah ada niat mahu menyambung tapi bila saya tengok blog-blog kemarin jadi saya rasa mahu tambah post saya sebelum ni atau buat post baru...
Pertama sekali kemarin apabila melihat blog-blog saya bersyukur sebab masih ada golongan yang walaupun bukan orang Sabah tetapi mereka tidak suka apabila terdapat orang yang menghina Sabah...Dalam satu blog itu ada dipaparkan FB seorang perempuan yang menghina Sabah...Sayang sebab bila dilihat gambarnya perempuan itu bertudung tetapi perkataannya itu tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung...Baik tidak payah bertudung...Lagi bagus...
Perempuan itu cakap Sabah tidak ada LRT..Memang Sabah tidak ada LRT..Yang ada hanya la keretapi...Mungkin perempuan itu sudah terbiasa dengan kemudahan LRT di Semenanjung..Mungkin dia ini tinggal di bandar kali atau mungkin dia pernah naik LRT...Untuk makluman anda wahai "Perempuan"...Saya pernah naik LRT semasa pergi semenanjung bercuti sebulan di rumah pakcik saya di Semenyih..Saya rasa tidak lah istimewa sangat pun LRT itu...Biasa-biasa je...Yela...Mungkin yang istimewanya LRT laju...Ada kad yang imbas itu...Tapi macam yang saya cakap LRT itu macam biasa-biasa saja pun...Saya sebagai Orang Sabah saya tidak kisah pun LRT tu tidak ada sebab kan ada itu kereta api...Saya bersyukur sangat walaupun hanya setakat kereta api...Yela...Mungkin sebab kami orang Sabah ini terbiasa hidup susah atau hidup sederhana kan jadi walaupun setakat kereta api yang berhawa dingin dan kereta api yang tidak berhawa dingin kami terima saja asalkan ada pengangkutan untuk pergi ke tempat yang kami mahu pergi...Mungkin suatu hari nanti akan ada lah itu LRT...Entah bila tapi insyAllah akan ada...
Perempuan itu juga cakap Sabah tidak ada karaoke...Pelik juga perempuan ni kan...Saya sebagai orang Sabah pun tahu banyak bha tempat karaoke di Sabah ni...Kalau mahu di Centre Point ada,Wawasan Plaza ada...Paling banyak di Centre Point lah...Mungkin ko ni tidak ada kawan orang Sabah kali kan sebab itu ko tidak tahu Sabah ini ada tempat karaoke...Mungkin ko tekanan kali kan belajar di negeri yang ko tidak suka...Negeri yang ko cakap sampah...Yang saya pelik kenapa ko mahu juga pergi sini...Setahu saya lah kan kalau orang dapat masuk Universiti mesti lah dia ada memohon...Kalau dia tidak mahu belajar di Sabah kenapa tidak memohon masuk Universiti yang berdekatan dengan tempat asal dia???Kalau tidak suka tidak perlulah menghina...Baik-baik la memohon Universiti lain atau tidak payah belajar sini..Ini bertudung saja tapi mulut macam apa saja...
Perempuan itu juga cakap Sabah ni sampah...Sampah???Apa yang sampahnya???Sebab Sabah tidak bersih???Tolong la ok...Ingat Semenanjung bersih sangat???Seingat saya lah kan tempat yang paling bersih pun Putrajaya...Say pernah lah kan tengok Amazing Race rasanya...Mula-mula mereka pergi Malaysia...Bila sampai di Singapura ada peserta itu cakap rasanya "Akhirnya saya sampai di negara yang paling saya suka sebab negara ini bersih..." Terus saya terfikir Malaysia tidak bersih ke???Memang Sabah tidak lah sebersih Semenanjung...Memang saya sebagai orang Sabah pun akui yang orang Sabah pun suka buang sampah merata-rata tempat tapi mahu melarang pun tidak guna sebab itu mengikut diri masing-masing...Kalau perempuan itu rasa jijik sangat dengan Sabah yang sampah ini tolong lah keluar dari negeri Sabah ini dan pergi ke negeri asal ko...Negeri asal ko yang bersih la sangat...Malu lah ok sebagai perempuan yang bertudung tapi mulut tidak dijaga daripada bercakap perkara yang boleh menyinggung perasaan orang
lain...
Saya tahu banyak orang Semenanjung yang cakap Sabah ini ketinggalan 10 tahun...Pembetulan ok...Sabah memang ketinggalan tapi ketinggalan 6 tahun sebab Semenanjung merdeka 1957...Sabah masuk Malaysia 1963...Jadi kalau ya pun mahu cakap Sabah ini ketinggalan kira bha berapa tahun Sabah ketinggalan..Bukan main cakap saja...Memang Sabah tidak ada bangunan besar...Memang Sabah tidak ada R&R...Memang Sabah tidak ada stesen minyak yang besar macam di Semenanjung...Memang Sabah tidak ada bangunan macam KLCC,Suria KLCC,dan Sunway Piramid sebab kalau Sabah ada semua itu apa la bezanya Sabah dengan Semenanjung kan???Kepada perempuan yang menghina Sabah itu tolong cermin diri sendiri dulu dan muhasabah lah diri...Perbaiki diri itu dan fikir semula apa kelemahan diri...Saya tahu pakai tudung tidak semestinya baik dan tidak pakai tudung tidak semestinya tidak baik..Tapi memalukan je la orang bertudung kalau anda terus bersikap macam ini..Kalau anda tidak suka negeri Sabah tidak perlulah menghina...Doa kan saja agar Sabah akan maju...
Posted by Lah93 at 4:22 AM 0 comments
Monday, December 31, 2012
Orang Sabah Tinggal Atas Pokok???
Posted by Lah93 at 9:34 PM 0 comments
Friday, November 23, 2012
Adil kah?
Assalammualaikum
w.b.t...Pada hari ini saya ingin membuat post yang bertajuk "Adil
kah?"...Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat post ini kerana saya
ingin meluahkan apa yang saya rasa berkenaan tajuk post saya ini iaitu
"Adil kah?"...
Posted by Lah93 at 8:04 PM 0 comments
Friday, September 21, 2012
Terasa ke?
Assalammualaikum w.b.t...Saya da lama mau tulis post ni tapi baru ada kesempatan mahu tulis...Sebelum ni ada juga masa mahu buat tapi entah la...Saya tulis post ni sebab saya ada terima satu komen dari seorang individu bernama "Anonymous" yang tidak berpuas hati dengan post saya sebelum ni yang bertajuk "Bersih 3.0?"
Pertama sekali saya mau cakap memang saya rasa geram la dengan komen individu tersebut kerana kata2nya yang agak kurang ajar dan tidak mempunyai adab...Saya mau cakap la k Anonymous ini blog saya jadi terpulang la dekat saya mahu tulis apa pun yang saya mahu tulis...Sampai cakap fikiran saya sempit kenapa?Fikiran awak luas sangat ke?Pada fikiran saya kerana fikiran saya tak sempit la saya tulis post tersebut...Ini kerana sekurang2nya saya dapat memikirkan benda tu baik atau buruk...Saya tau awak menyokong "Keadilan Tanggungjawab Bersama" tu sebab tu awak memanas sangat kan dengan apa yang saya cakap...Ini Malaysia la Anonymous...Setiap orang mempunyai hak bersuara asal tidak melampaui batas tertentu...Sekurang2nya bersyukur la saya guna ayat yang berlapis dan tidak kasar sangat...Memang saya ada cakap bodoh tapi untuk pengetahuan Anonymous perkataan yang saya selalu cakap kalau saya stress atau geram adalah bodoh dan gila je...Saya tidak suka cakap perkataan yang lain yang lebih teruk...
Seterusnya saya mahu tanya Anonymous la...Terasa ke?Kalau Anonymous terasa jangan la baca post saya kerana kebanyakan orang yang baca post saya suka dengan blog dan post saya...Jadi lebih baik awak baca post yang fahamannya sama dengan awak...Daripada awak komen yang menyakitkan hati kan menambah dosa tu...Niat saya buat blog ni saya mahu luahkan apa yang saya rasa di hati...Kalau Anonymous tidak suka jangan la rajin kan diri baca post saya...Macam yang saya cakap saya tak lah menyebelahi sesiapa pun...Tetapi selagi seseorang itu menjadi pemimpin kita kena lah hormat walaupun kita tak suka...Sebagai contoh la kejadian yang menjadi isu hangat baru2 ni bila ada individu yang menayangkan punggung dekat gambar Perdana Menteri dan model yang memijak gambar Perdana Menteri...Kebanyakan mereka tu masih mudadan seumur dengan saya lagi tu...Ish3...Yang tak logiknya bila individu yang menayangkan punggung dekat gambar Perdana Menteri tu cakap dia tak sedar apa yang dia buat...Logik kah tu?Npa plak tidak sedar?Kalau dia minum atau apa logik la dia tak sedar tapi ini dia sedar bah...Akhirnya ibu bapa juga malu dan meminta maaf bagi pihak individu2 tersebut termasuk model tu...Satu la nasihat saya dekat individu yang terlibat tu...Bertaubat la...Banyak rakyat Malaysia mahu individu2 tersebut dihantar ke negara bergolak...Saya dari dulu memang setuju sangat...Generasi muda sekarang ni tak menghayati erti kemerdekaan dan cara terbaik supaya mereka menghargai kemerdekaan ialah dengan menghantar mereka ke Iraq,Palestin dan Myanmar...Baru la lepas tu mereka menangis2 mahu kembali ke Malaysia...Tapi pemimpin Malaysia yang mereka benci ni "Baik Sangat" sebab mereka dimaafkan...Memang la kita digalakkan memaafkan kesalahan orang tapi kalau saya jadi Perdana Menteri,rakyat yang kurang ajar begitu saya hantar ke negara yang berperang...Baru tau rasa...
Saya mahu terus-terang la k...Dulu masa kanak2 saya memang suka Anwar Ibrahim...Saya tertanya2 kenapa dia kena penjara...Kenapa isteri dia di mahkamah...Saya masa tu memang tak faham...Anwar Ibrahim nampak baik...Tapi bila saya da besar ni secara jujur saya memang tak suka Anwar Ibrahim...Walau beribu orang suka dia,menyambut kedatangan dia saya memang tak suka walaupun baru2 ni dia datang ke Sabah...Mahu mengaut undi la tu...Saya tahu mungkin masa dia ditangkap tu dengan ketidakadilan...Tapi tak percaya ke dengan balasan Allah?Ini tak...Segala apa yang parti dia dan pakatan pembangkang tu buat saya bertambah tak suka dengan dia dan pakatan pembangkang tu...Kalau mereka mahu kan keadilan tunjuk la contoh yang baik...Bersaing secara adil...Ini tidak...Masing-masing berlumba2 memburukkan kerajaan la...Pembangkang la...Saya tak suka pembangkang juga sebab mereka mengistilahkan orang yang menyokong kerajaan sebagai lembu...Bukan ke macam menghina ciptaan Allah juga tu...Yang saya lagi tak suka ialah kebanyakan pemimpin pembangkang tu speaking je...Padahal bangsa Melayu tu...Apa lagi yang bukan bangsa Melayu...Kalau boleh cakap Inggeris je...Tak tahu la apa akan jadi kalau mereka ni memerintah negara ni...Bila lihat situasi ni sedar tak sedar kita da mengulangi sejarah...Memang betul la kalau kita melupakan sejarah kita pasti akan mengulanginya...Rakyat Malaysia kebanyakannya memang tak minat sejarah dan tentulah melupakannya kan?Saya cakap macam ni sebab cuba ingat balik dulu kenapa British tak mahu orang Melayu berpendidikan tinggi?Sebab mereka tahu kalau orang Melayu berpendidikan tinggi mereka akan menentang pemerintahan British...Tapi akhirnya individu yang berpendidikan Barat menentang mereka...Cuba ingat sejarah Thailand...Raja Mongkut mahu megekalkan keamanan dengan menerapkan pendidikan barat dan sebagainya...Tapi tengok apa jadi...Akhirnya rakyatnya sendiri menentang pemerintahan beraja...Sama juga la situasinya macam sekarang...Kebanyakan individu yang menentang kerajaan berpendidikan tinggi kan?Buktinya ada yang menentang tu peguam la,pelajar kolej la dan macam2 lagi...Tapi sayang walaupun berpendidikan tinggi tapi bodoh dan tidak mempunyai akhlak yang baik...Lepas tu mahu menubuhkan kerajaan republik dan memansuhkan institusi beraja lagi tu...Apa mahu jadi oh?Walaupun saya ni Melayu Brunei tapi Raja-raja Melayu adalah tunggak kepada bangsa Melayu...Kalau raja tak de sapa la yang akan jadi ketua kerajaan,ketua agama dan sebagainya?Perdana Menteri?Presiden?Sebab tu saya cakap tak salah kalau ada fahaman sendiri tapi jangan sampai raja pun mahu dihapuskan...
Selain tu Anonymous tu juga cakap shut on...Shut on?Bukan shut up ke?Apa la...Saya rasa lebih baik Anonymous tengok Oh My English! sebab memang Oh My English! la sangat...Suruh orang diam tapi bahasa Inggeris tak betul...Baik la Anonymous perbetulkan dulu bahasa tu sebelum mahu cakap orang lain berfikiran sempit...Gunakan la bahasa Melayu...Jangan nak temberang cakap bahasa Inggeris...Lepas tu dia kaitkan pula dengan blog saya yang berciri Islam tu dengan post saya...Tolong la Anonymous...Saya ni manusia..Setiap manusia pernah melakukan kesilapan kecuali Rasulullah S.A.W...Jangan kaitkan agama dengan ayat yang saya tulis...Setiap orang ada fahaman masing-masing...
Saya cuma mahu cakap kalau ada yang tak suka dengan post saya jangan la baca...Saya hanya la seorang manusia yang memperjuangkan bahasa Melayu,Sejarah dan Alam Sekitar...
Posted by Lah93 at 6:29 AM 0 comments








