BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 6, 2013

Sekali Lagi Terasa???

   Assalammuaikum w.b.t...Saya menulis post ni sebab saya geram...Geram dengan SISTER yg SISTER la sangat yang komen dekat chat...Ok saya akan jawab satu persatu yang anda cakap tentang saya tu ok...
   Pertama sekali anda cakap penuhkan ilmu politik saya...SISTER yang SISTER la sangat...Saya mahu tanya anda...Anda suruh saya penuhkan ilmu politik ilmu politik anda penuh sangat kah?Hebat sangat sampai penuh mau melimpah keluar ilmu politik anda tu?Yang saya pelik macam mana anda tau ilmu politik saya tak penuh?Memang masih banyak lagi saya belum tahu...Apa?Ingat saya tak tahu kah tentang perbuatan sesetangah pemimpin seperti yang dipaparkan dalam surat khabar yang sama fahaman macam anda?Macam ni lah SISTER yang SISTER la sangat...Saya tak tahu apa masalah anda dengan apa yang saya tulis tapi sebelum mahu menasihati orang tanya dulu diri tu sendiri penuhkah ilmu politik anda?Kalau belum jugak penuh saya pula yang mahu cakap balik dekat anda "SISTER yang SISTER sangat...Tolong penuhkan ilmu politik anda sebelum mahu jadi pengkritik politik orang lain!" Mahu tau tak?Ayat anda hampir sama dengan ayat seorang teman saya yang jugak mempunyai fahaman yang sama dengan anda...Saya tidak la berniat mahu kehilangan kawan hanya sebab politik...Saya cakap baik-baik tapi dibalas dengan teman itu cakap saya kurang ilmu politik...Oh...Ok...Saya mahu jaga perasaannya dengan cakap baik-baik akhirnya dia senang-senang cakap macam tu...Bagus sangat kan...Untuk makluman anda la wahai SISTER yang SISTER la sangat...Sebelum saya post 2 saya tengok dulu internet dan blog orang adakah apa yang saya cakap tu akta sebab saya tak mahu tulis suka hati je...Tapi tengok la...Kena cakap juga oleh SISTER yang SISTER la sangat tu yang saya tulis apa yang saya rasa betul...Cuba anda tanya diri sendiri apa juga jenis fahaman anda sekarang anda cakap dan anda buat apa yan anda rasa betul juga kan?Pernah anda kaji kesahihan yang ditulis di surat khabar fahaman anda tu???Pernah???Jadi jangan mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih...Mesti tertanya-tanya kan kenapa saya baca surat khabar Suara Keadilan dan Watan Sabah kalau saya tidak sokong pembangkang?Kebetulan orang di rumah beli jadi saya baca la...Sebab apa saya baca?Sebab saya saja mahu tahu dan saya tidak mahu dengar dari satu pihak je dan jujur memang saya pening kepala sebab keliru yang mana betul yang mana salah...Akhirmya saya buat kesimpulan mana-mana pemimpin pun kalau duduk di kerusi kuasa akan lupa diri jugak...Saya juga ada teman yang baru berhijrah berapa bulan...Dia berubah drastik...Lebih drastik dari seorang lagi kawan saya yang dia jadikan model untuk gaya tudung...Dia selalu cerita tentang pendapatnya tentang PAS...Betapa kerajaan ni menindas golongan di Kolej entah apa tu...Saya dengar je sebab saya mahu tahu pendapat dia...Saya tak cakap saya sokong kerajaan dan saya tak melawan apa dia cakap cuma saya cakap lapis je sebab saya tengok cara dia bercakap tu penuh kebencian...Saya berfikir la kenapa KEBANYAKAN penyokong pembangkang ni penuh dengan kebencian???Kata ikut agama sangat...Entah la...Mungkin anda yang SISTER yang SISTER la sangat yang patut istighar...Saya cuma terkilan dengan kawan saya tu sebab patutnya bila dia da berhijrah ni dia lebih fokus mendekatkan diri kepada Allah...Ini terlalu taksub dengan parti...Pernah dia post tentang papan tanda wajib menutup aurat di Kelantan...Jadi saya komen la "Di Kelantan pun ada jugak yang nda (tak) menutup aurat." kalau ikut saya mahu cakap lagi Terengganu lagi bagus tapi saya tak tulis...Terasa pula dia...Dia post ayat berlapis tapi saya tahu dia tujukan dekat saya...Itu pun mahu terasa kah kawan?Saya cuma komen yang betul pun...Benda tu cuma seolah-olah macam kempen jangan merokok...Walaupun kena cakap jangan merokok orang tetap jugak merokok kan???Dia post jugak rasanya "itu bukan sahabat kalau macam tu..." Haha...Saya memang sedih la sebab baru benda macam tu pun da cakap macam tu...Ok...Memang saya tak anggap kau sahabat pun...Terima kasih la banyak...Saya da buang kau dari kawan fb...Sebab apa?Saya tak mahu terus sakit hati dengan apa yang kau post nanti berdosa pulak kan?Maaf la kawan tapi aku rasa kau da melampau sangat bha...Bukan aku mau mengungkit...Sebelum kau berhijrah cuba kau ingat kau orang yang macam mana?Jadi fikirlah dulu perasaan orang lain sebelum kau post tentang agama-agama tu sebab bukan semua orang ALIM macam kau...Sebab sebelum post tu ada post sebelumnya yang buat kawan-kawan kau terasa...Alhamdulillah la bukan semua kawan saya macam dia tu...Kawan yang dia jadikan model tu sama fahaman dengan saya...Saya pernah komen post kawan tentang BN yang dia istilahkan B END...Alhamdulillah tak jugak B END B END nya kan?Em...Saya komen "Kepada yang bujang jangan terima bantuan BR1M." saya tujukan kepada yang menentang kerajaan....Rupa2xnya dia cakap yang post tu keluarga dia yang post dan mula2x dia tak faham apa maksud saya tapi bila dia faham mula dia memanas dia cakap BR1M tu hak rakyat...Itu la kebanyakan orang-orang yang menentang kerajaan ni...Menentang kerajaan tapi masih mahu terima BR1M walaupun kena cakap BR1M tu haram...Pelik2x...Saya teragak-agak pula mau balas komen dia tu sebab nanti kakak dia pula yang komen kan jadi saya suruh dia relaks la sebab saya pun malas mahu gaduh dan saya tahu kalau saya teruskan penyokong-penyokong pembangkang lain yang baca post dan komen tu akan menghentam saya...
   Berbalik kepada SISTER yang SISTER la sangat...Kau cakap saya menulis macam saya je yang betul kan?Lepas tu saya cuma tulis apa yang saya rasa benar kan?Penting sangat kah tu?Kenapa?Anda mahu saya tulis yang baik-baik je?Mahu saya cakap sokong la pembangkang!Jangan sokong pemimpin kafir!Kalau pakai baju biru kafir!Kerajaan jahat!Orang yang menyokong kerajaan macai!Lembu!Macam tu???Maaf la ye saya bukan jenis macam tu...Saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan ketaksuban yang melampau terhadap politik sampai menghalalkan penghinaan dan hukum kafir terhadap pemimpin yang sah agama Islam...Pernah orang cakap saya ni berfikiran sempit tapi bila sepupu saya cakap di usrah universitinya orang tu cakap "Kamu mahu kah negara kita mempunyai pemimpin yang kafir???Mahu???" Rasanya la itu yang sepupu saya cakap...Saya rasa itu lagi jauh berfikiran sempit...Mempengaruhi budak-budak universiti yang ikut usrah...Jadi SISTER yang SISTER la sangat sekarang anda fikir sapa yang patut istighfar???Saya atau orang2x ni???Najib tu Islam...Kenapa kamu yang golongan yang ALIM la sangat cakap dia pemimpin kafir?Kenapa?Baru berkopiah dan pakai tudung labuh anda da rasa diri anda bagus sangat mahu menjatuhkan hukum?Sebab apa yang dia buat?Sebab penindasannya terhadap rakyat dan sebagainya???Sebab agama Islam tidak diamalkan sepenuhnya di negara Malaysia???Soal yang dia buat tu urusannya dengan Allah...Napa?Mahu cakap "Mana boleh!Itu hak kami!" ? Mau cakap kita harus berjuang demi agama Islam?Tentulah kita kena berjuang demi Islam...Tapi yang buat saya pelik kalau anda perjuangkan Islam kenapa perbuatan anda menunjukkan anda macam da menyimpang sikit dari niat yang sebenar?Memang banyak kes maksiat dan sebagainya tu disebabkan undang-undang yang longgar dan tidak sepenuhmya mengikut undang-undang Islam..Apa?Ingat saya tak suka kah kalau negara Islam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar?Saya suka sangat-sangat tapi jangan hanya menuding jari dekat satu pihak...Bila saya baca majalah Mastika kadang-kadang masalah berpunca dari orang yang dalam agama itu sendiri...Kalau orang dalam agama pun bermasalah sampai ada yang ikut sedap mulut je mencaci golongan mualaf dan yang terlanjur apa mau jadi dengan yang lain?Seperti dalam cerita cerpen Bahasa Inggeris tingkatan dua "One Is One and All Alone" oleh Nicholas Fisk...Pengajaran cerita tu ialah bagaimana kita selalu  mengadu tentang perangai dan tindakan orang lain tetapi terlepas pandang perangai dan tindakan kita sendiri yang sama....
  Em...Eya...Memang Malaysia ni negara demokrasi negara yang rakyatnya boleh memberikan pendapat tapi berpada-pada la...Saya berfikir juga kenapa ek kalau PAS mahu hukum hudud diamalkan kenapa Kelantan tak amalkan benda tu di peringkat negeri?Tak salahkan?Memang kalau kita lihat semasa zaman Nabi Muhammad di Madinah terdiri dari pelbagai bangsa boleh jugak diamalkan hukum hudud...Tapi tak bermakna kita kena keluarkan kata kesat kalau ye pun Najib tu tak betul...Dalam agama Islam tak ada kah kena ajar menghormati pemimpin???Ada kan???Walau jahat mana pun Najib dia masih pemimpin...Jangan jadi kurang ajar hanya sebab berbeza fahaman politik...Ingat tu...
   Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Memang ulama adalah golongan yang dihormati...Yang tinggi ilmunya dan sentiasa merendah diri...Tapi mulut tu jaga juga sampai cakap saya tinggi diri...Yela...Saya tahu ilmu saya tak tinggi tapi tak bermakna apa yang saya tulis tu saya tinggi diri...Saya cuma tulis pendapat saya...Lagi satu mulut tu jaga sikit sebelum cakap saya jangan ikut perangai syaitan...Saya tahu la saya ni tak ALIM macam anda tapi saya cuba perbaiki diri tapi tidak bermakna bila saya mahu perbaiki diri saya hanya percaya satu pihak dan tidak kaji pihak yang lain...Jadi SISTER yang SISTER la sangat saya pernah terdengar Datuk saya cakap "Jangan mendengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan..." Mendalam tu maknanya jadi  fikir-fikirkanlah...Satu nasihat saya jangan baca blog saya kalau anda rasa saya  tidak cukup ilmu politik, cakap apa yang saya rasa betul je dan tinggi diri...Saya da cakap balik-balik da kalau rasa yang saya tulis tu tak sama dengan fahaman anda jangan baca..Tapi kenapa dibaca juga?Pelik2x...Tak faham Bahasa Melayu ke?
   Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Anda cakap saya tulis macam saya je yang betul kan dan saya cuma tulis apa yang saya rasa benar?Jadi SISTER yang SISTER la sangat mau apa?Sudah tentu la saya tulis apa yang saya rasa benar takkan la saya mahu tulis yang saya rasa salah...Betul tidak?Saya tak rasa macam saya je yang betul...Saya cuma luahkan apa yang saya rasa...Ini kan blog saya jadi suka hati saya la mau post apa pun...Saya bukannya cakap sesuatu yang macam menghina PM dan menghina Sultan macam sesetengah orang buat...Saya hormat PM...Saya hormat Sultan walaupun saya hanya setengah Melayu...Sebab apa?Sebab saya sedar saya adalah rakyat Malaysia yang patut patuh kepada undang-undang dan hormat pemimpin...Tapi bagi malu sebab da la Sultan tak dihormati, dihina macam Sultan ni tidak ada perasaan...Bersyukurlah Sultan sekarang bukan macam dulu yang berkuasa Mutlak yang sesiapa saja yang melanggar perintahnya dihukum mati...Jujur saya lagi suka kalau Sultan masih berkuasa Mutlak sebab biar diam mulut orang yang menghina Sultan tu...Macam apa je...Kalau rasa diri tu hebat sangat pergi luar negara...Kau tak layak hidup di Malaysia ni sebagai rakyat Malaysia...PM iaitu Najib pun menerima nasib yang sama...Tengok saja Twitternya orang yang komen menghina PM macam tak ada otak sedangkan orang yang komen tu ada yang Doktor, Pelajar dan orang dewasa yang sepatutnya da boleh berfikir secara matang tapi mengeluarkan kata-kata hinaan macam tak menunjukkan moral yang baik...Apa la gunanya tu kalau doktor, pelajar dan orang dewasa kalau tidak ada adab?Kenapa?Yang penting syarat otak mesti pandai tapi adab tak payah peduli?Malu la sikit...Percakapan anda menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya...Kalau percakapan pun kotor ertinya hati pun kotor la tu kan?Saya suka dengan dialog P.Ramlee dalam Sumpahan Orang Minyak... "Ya...Ya!Aku la Si Bongkok yang dulu kau hina-hina...Tapi sekarang aku sudah kacak...Kau puja-puja...Tidak kah kau malu hidup sebagai manusia???"
   Wahai SISTER yang SISTER la sangat...Anda cakap apa yang saya tulis di sini akan diperhitungkan oleh Allah S.W.T nanti...Em...SISTER yang SISTER la sangat...Anda siapa?Ustazah?Sudah tentulah saya tahu setiap amal perbuatan kita akan dihitungkan nanti di akhirat...Apa yang anda rasa tak betul sampai anda cakap macam tu?Tentang Nik Aziz?Macam ni la SISTER yan SISTER yang SISTER la sangat...Saya akan terangkan satu persatu supaya anda lebih faham..Yela...Mana tau anda tak berapa nak faham apa yang saya tulis...Mungkin di pandangan mata anda apa yang saya tulis tu macam tak betul kali kan...Berkenaan dengan Nik Aziz tu...Saya cakap kalau boleh jangan membandingkan manusia dengan haiwan kalau ye pun bantuan yang anda maksudkan tu bukan bantuan BR1M...Saya cuma mahu Nik Aziz lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perumpamaan lain kali kalau tidak mahu perkataan anda diputar-belitkan oleh BN...Saya cuma nasihatkan je pun...Adakah itu salah?Bukannya saya menghina Nik Aziz pun...Saya cakap baik-baik...Tapi biasa lah kalau orang yang berfikiran sempit lain la dia fikir kan?Kalau berkenaan BR1M...Memang wajar la bha kan saya cakap kepada yang menentang kerajaan tak payah la terima bantuan BR1M kalau anda rasa benda tu haram...Kalau anda rasa kerajaan jadikan itu sebagai gula-gula pilihanraya...Tapi ini tidak...Bila tak terpilih untuk terima mula bising cakap kerajaan tak adil...Jadi apa yang anda mahu sebenarnya?Kenapa saya cakap anda hipokrit?Yela...Memang hipokrit pun kan...Tanya la diri sendiri kenapa anda hipokrit...Saya malas da la mahu jelaskan...Nanti kena jawab lagi "Kerajaan yang hipokrit!Itu hak rakyat jadi tentulah kami kena terima BR1M...Banyak lagi hak rakyat yang kerajaan ambil!Kerajaan sekarang menindas rakyat!Bla bla bla..."  Kalau berkenaan TV1,TV3 dan BERNAMA dan beberapa surat khabar yang dikatakan pro kerajaan sebab menyiarkan tentang kerajaan je...Cuba fikir bha...Macam mana juga tak pro kerajaan kalau surat khabar seperti BH dan Utusan Melayu sudah wujud sebelum merdeka lagi?Kenapa benda-benda begini ni tak dibangkitkan sejak dulu lagi?Kenapa?Orang ok je pun dari dulu tengok TV1, tengok TV3 siarkan tentang kerajaan...Tak ada pun orang cakap "Eh...Kenapa la TV1 dan TV3 ni?Siarkan kebaikan kerajaan je...Tak adil la!" Haha...Sengaja bha ni isu ni kena bangkitkan kan?Tak ada isu lain ke?Kena jawab lagi nanti "Banyak..." Kalau berkenaan Abby Abadi bagus la dia berhijrah tapi cara dia tu keterlaluan sangat...Saya cuma nasihatkan supaya lebih fokus mendekatkan diri kepada agama kalau betul-betul ikhlas berhijrah...Jangan berhijrah je nama tapi otak tu terus terarah ke haluan kiri...Tak pernah fikir dulu berlakon cerita apa...Ini lagi satu perkara yang saya rasa agak tak betul...Saya suka kalau orang berhijrah...Bagus la tu kan...Tapi kebanyakan yang berhijrah ni (Bukan semua)  
terus-terus percaya satu fakta ni hanya sebab diri tu da agama sikit...Tolong la ok...Sedangkan orang yang da lama bertudung sejak baligh pun banyak lagi yang perlu dibaiki...Ini kan pula yang baru berhijrah...Saya tahu anda berhijrah dan tengah mendalami agama tapi tak bermaksud anda percaya je sesuatu tu bulat-bulat tanpa kaji terlebih dahulu kesahihannya...Dalam dunia ni banyak benda yang boleh mengelirukan...Sebagai contoh adalah satu golongan ni (tapi golongan ni bukan golongan yang berhijrah tapi yang da lama bertudung)
pernah cakap kapel tu haram...Sms 3 kali zina...Sampai salah seorang kawan disuruh memutuskan hubungan dengan teman lelakinya...Yang saya pelik golongan yang cakap kapel tu haram tu saya dengar kapel juga akhirnya...Cakap tak serupa bikin kan?Bila da kapel tu sms pun tentulah lebih tiga kali kan?Jadi tepuk dada tanya selera...Ingat je la setiap manusia mempunyai perasaan...Perasaan untuk disayangi dan menyayangi...Saya suka tengok orang yang bercinta lepas kawin tapi kalau da terlanjur cinta sebelum kawin macam mana juga?Yang penting pandai jaga diri la...Saya tengok banyak juga perempuan bertudung sekarang bercinta...
    Mahu tahu kah sebab apa saya sokong kerajaan dan kenapa saya cakap yang saya fikir benar je wahai SISTER yang SISTER la sangat???Memang kalau kita cakap ingat bha jasa kerajaan pasti akan dibalas dengan pelbagai fakta dan hujah...Saya sayangkan Malaysia...Saya tidak mahu negara Malaysia tergadai hanya sebab politik..Kalau setakat PKR atau PAS saya boleh terima..Tapi DAP???Maaf saya bukan bersifat perkauman...Mahu tahu kah sebab kenapa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke Malaysia???Sebab bilangan orang Cina lebih banyak dari orang melayu...Sebab tu saya bimbang bila DAP banyak menang masa pilihanraya...Ingat la wahai orang melayu sedangkan sekaran orang Cna tak banyak pun mereka hampir menguasai apa lagi kalau bilangan mereka lebih banyak???Fikir-fikirkan lah...Lagi satu saya pernah menonton Hati Malaya dan saya rasa sangat terharu dengan pengorbanan Tun Abdul Rahman mengadaikan emas kalau saya tak silap hanya semata-mata mahu ke London membuat rundingan Kemerdekaan...Eya...UMNO dulu lain...UMNO sekarang lain...Tapi bila kita memandang ke hadapan kadang-kadang kita perlu jugak memandang ke belakang untuk menjadi lebih baik...Sekian terima kasih...

0 comments: