BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 15, 2013

PRU13...

Assalammualaikum w.b.t...Hari ini saya membuat post baru tentang PRU13...Saya harap kalau ada yang membaca ni tidak sama fahaman dengan saya jangan la baca ok...Nanti tidak pasal-pasal memanas lagi...Macam yang saya cakap blog ni adalah untuk saya luahkan apa yang saya pendam selama ni...Jadi harap faham...Kalau mahu baca, baca...Kalau tidak mahu baca jangan baca.
   Pelbagai isu dan pendapat yang saya baca di fb,internet dan surat khabar...Ada yang sokong pembangkang...Ada yang sokong Barisan Nasional...Nampak macam banyak betul penyokong pembangkang kan tapi banyak-banyak penyokong pembangkang banyak lagi penyokong Barisan Nasional...Betul tidak?Kenapa saya cakap macam tu?Yela...Memang banyak penyokong pembangkang...Tengok saja page Pakatan Rakyat dan fb Nurul Izzah...Banyak orang sokong dia dan memaki hamun dekat sana terhadap Barisan Nasional dan paling buat saya agak tak suka bila ada lah orang ni nama Melayu tapi macam yang saya cakap speaking je dan mengistilahkan orang Barisan Nasional ni Monkey...Astaghfirullahalazim...Islam je nama tapi suka betul kan menyamakan manusia dengan binatang...Hebat sangat kah anda?Walau macam mana banyak orang suka Nurul Izzah ni saya tetap tidak suka dia...Entah kenapa...Dia cakap dia tidak suka politik kotor jadi dia tu politik bersih sangat ke?
   Apa-apa pun saya bukan la penyokong kuat Barisan Nasional tetapi saya lebih rela Barisan Nasional terus memerintah...Tengok pun kita boleh tahu bha kebanyakan orang yang menyokong pembangkang adalah orang yang kecewa dengan kerajaan...Saya pun kecewa juga tapi tidak pula saya terfikir mahu menentang kerajaan...Saya masa sekolah rendah selalu dengar orang cakap YB Bongawan kalau dia kena jemput datang dia hanya hantar wakil je dan kalau datang pun lambat...Tapi saya tetap setia yang YB tu akan datang  tapi sampai saya sekolah menengah dia hanya hantar wakil je...Ada juga dia datang tapi jarang...Sebab itulah saya kecewa...Memang betul la apa yang orang pernah cakap tu yang dia memang hantar wakil je...Baru-baru ni la baru dia ada datang...Baru saya tahu dia bukan orang Bongawan mungkin sebab itu kali dia tidak berapa ambil berat tentang Bongawan ni...Kalau pilihanraya sebelum ni pun tidak ada dia datang mahu kempen kah apa kah...Kalau ada pun Dato Hanifah...Tapi tidak tahu la kalau dia ada datang tapi saya tidak tahu...
   Selain itu juga saya kecewa sebab laptop...Yela...Orang lain senang-senang je dapat laptop...Saya pernah ada laptop besar tapi laptop tu rosak...Jadi saya berharap sangat dapat laptop...Ada suatu hari tu makcik saya yang mengajar di SK Mandahan dapat jadi mungkin mak saya dapat juga sebab mak saya ada juga mengisi borang kah apa...Saya tidak la berharap sangat tapi saya memang berharap tapi saya kecewa bila mak saya tidak dapat...Dari situ saya tidak mahu lagi berharap...Masa saya masih tingkatan 6 saya ada tidak hadir dan sekalinya kawan-kawan yang lain da isi borang laptop...Saya dan ada seorang lagi kawan yang belum isi...Jadi terpaksa la menunggu yang seterusnya...Tapi sampai saya habis sekolah tidak ada yang seterusnya tu...Yang paling buat saya kecewa ialah Dato Hanifah pernah berjanji akan memberikan 3000 laptop kepada tingkatan 6 rasanya atau sekolah kami kali dan tingkatan 6 diutamakan...Tapi janji tinggal janji...Sampai kami habis tingkatan 6 masih tidak ada laptop yang dijanjikan...Yang peliknya tingkatan 4 pula dapat...
   Lagi satu yang saya kecewakan ialah apabila YB Arifin yang merupakan kawan sekelas mak saya di SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang mak saya dan kawannya minta tolong sampai sekarang tidak ada sebarang berita...Entah dia lupa atau buat-buat lupa...Kemarin kawan mak saya cakap dia ada mahu jumpa YB Rosnah tapi dia tidak ada jadi dia tinggalkan nama dan lain-lain rasanya tapi sampai sekarang tidak ada mahu kena jumpa..Kawan mak saya tu cakap mungkin kena buang kali kertas tu ke tong sampah...Itulah masalahnya orang bawah BN ni kan...Tapi kecewa-kecewa saya ni pun saya tidak ada pula niat mahu tukar kerajaan...Memang...Kadang-kadang saya marah juga dekat Jabatan pelajaran Sabah dan lain-lain tapi kalau difikirkan saya tidak mahu la pembangkang yang memerintah Sabah...
   Bila tengok berita mesti tentang Selangor kan atau Pulau Pinang atau Kelantan...Paling terkenal Selangor la...Pada pendapat saya la kan tidak perlu la mahu buat demonstrasi kah apa kah...Kalau betul-betul kerajaan Selangor tidak tepati janji tunggu Pilihan Raya...Undi Barisan Nasional...Macam itu juga bekas penyokong pembangkang yang keluar parti...Kenapa baru sekarang keluar parti?Kenapa tidak dari dulu?Tidak pasal-pasal Barisan Nasional dituduh membeli...Kalau kamu betul-betul mahu keluar parti keluar lah dari dulu...Kita tengok nanti Pilihan Raya...Kalau pembangkang masih menang pelik la tu...Jangan je nanti tiba-tiba Pilihan Raya yang akan datang keluar Barisan Nasional dan masuk pembangkang balik...
   Ada la kan surat khabar tempatan "Watan Sabah"...Surat khabar Watan Sabah ni macam radikal sikit..Maksud saya macam lebih berpihak kepada pembangkang...Ada saya pernah baca tentang persoalan penulis Watan Sabah tu tentang Ultras Malaya...Dia terangkan la apa maksud Ultras dan Malaya...Pada pendapat saya pula tidak ada isu la mahu cakap Pasukan Bola Sepak Malaysia kena panggil Harimau Malaya yang seolah-olah hanya merangkumi semenanjung sahaja sebab semenanjung dulu kan kena panggil Tanah Melayu atau Malaya...Harimau Malaya tu sejenis harimau...Da nama harimau tu Harimau Malaya tak kan la tiba-tiba ubah namanya jadi Harimau Malaysia...Tidak kah pelik tu...Pernah ada orang muda sabah tanya kenapa Harimau Malaya...Jangan bagi malu orang Sabah bha...Kita sendiri pun da boleh berfikir...Jangan menampakkan seolah-olah kita tidak faham dengan nama Harimau Malaya tu...Cuma satu sahaja la saya minta...Tolong ketengahkan pemain Sabah sebab yang saya tengok main bola sepak tu tidak ada orang Sabah kalau ada pun Rozaimi tapi masa perlawanan penting tidak ada pula dia...Berbalik kepada surat khabar Watan Sabah...Saya rasa surat khabar tersebut patut diubah kepada Suara Keadilan Edisi Sabah...Kan lebih baik...Sebab terang-terang anda menyokong pembangkang...Kadang-kadang kandungan isi dalam surat khabar tersebut macam boleh meracun fikiran orang Sabah...Ada juga mereka mengutuk Datuk Rosnah Shirlin sebab dia nama je Menteri Kesihatan nasihat sana sini tapi keadaan fizikalnya tidak sesuai untuk jadi contoh pada orang lain...Da dia kena lantik jadi Menteri Kesihatan...Macam mana juga?Kadang-kadang dalam percakapan ni kita kena jaga..Setiap orang ada perasaan...Cuba kalau kamu kena cakap macam tu...Apa kamu rasa?Macam tu juga surat khabar keadilan...Saya mahu tanya lah...Apa yang kamu tulis di surat khabar tu memang sahih kah?Memang betul-betul?Sebab ingat saja kalau benda itu tidak betul akan jadi fitnah...Saya macam susah mahu percaya...Tidak tahu la kenapa...Kadang-kadang saya keliru la sebab tu saya tidak suka baca surat khabar yg menyokong pembangkang sebab hanya buat saya keliru je...Lagi satu bila saya tengok je dalam surat khabar Suara Keadilan kebanyakannya mengutuk je..Termasuk kartun-kartun dalam tu...Memang penyokong pembangkang ni tidak ada budi bahasa ke?Sebab tidak kira la saya baca di fb atau surat khabar yang mereka sering tulis ialah mengutuk BN atau pengikutnya lembu kah atau apa-apa sahaja yang agak kurang ajar...Tidak salah kalau mahu ada  fahaman masing-masing tapi jaga bha bahasa tu sedikit.Isi yang mereka tulis dalam surat khabar hanya menimbulkan sentimen kebencian kepada yang membaca surat khabar yang menyokong pembangkang...Tahukah anda dalam hadis pun ada menyatakan supaya kita jangan benci-membenci?Sini pun kita boleh lihat dan nilai inikah pemimpin yang kita mahu jadikan contoh?Sebagai contoh Nik Aziz...Dia cakap orang yang menerima BR1M tu sebagai haiwan...Sudah tentulah penyokongnya menafikannya kan?Tidak salah seorang ulama mahu bagi perumpamaan kah apa kah...Tapi boleh tak jangan guna apa-apa yang berkaitan dengan haiwan?Memang dia tidak sebut BR1M...Tapi jelas la dia cakap tentang penerima bantuan...Jadi sudah tentulah dia cakap tentang orang yang menerima bantuan kerajaan...Betul tidak?Anda seorang ulama dan anda sudah tentu tahu manusia adalah sebaik-baik umat...Jadi untuk tidak buat orang salah faham dan BN kononnya menggunakan kesempatan atas percakapan anda lain kali berfikir la dulu sebelum bercakap ok...Sepatutnya bila anda sudah tahu BN ni jenis yang apa saja yang anda cakap diputar-belitkan anda sepatutnya sudah  faham...Saya tahu orang yang taksub dengan anda pasti percaya dengan anda dan menyokong anda 100%...Mereka akan menggunakan apa saja cara dan fakta untuk membuatkan anda memang berada di pihak yang betul...Yang saya pelik ada juga penyokong pembangkang ni yang memohon BR1M tu...Patutnya tak payah bha ambil bantuan kerajan tu...Jangan jadi hipokrit...Lebih baik bagi dekat orang yang susah atau bagi dekat orang yang menyokong kerajaan...Satu lagi perkara yang saya pelik ialah surat khabar Suara Keadilan tu cakap TV3 media kerajaan...Bukan TV1 ke media kerajaan?Pelik...Lagi satu tentang Abby Abadi...Dia tu hari tu baru berhijrah kan?Lepas berhijrah tu dia banyak la bagi ceramah kan rasanya...Yang tidak patut dia buat ialah kritik PDRM dan cakap kerajaan tidak bagi peluang artis bertudung di negara ni...Ya Allah...Cuba ingat balik dulu cerita apa yang buat kau popular?Gerak Khas kan?Gerak Khas tu cerita tentang apa?Polis kan?Jadi tak kan la kau tak ingat atau memang kau hanya anggap itu lakonan semata-mata ?Sekurang-kurangnya Dato AC Mizal masih kenang jasa PDRM...Bukan macam kau!Macam kacang lupakan kulit!Minda kau betul-betul da diracun la dengan politik!Saya tak rasa ini berhijrah sebab kalau berhijrah bukan setakat bertudung je tapi percakapan pun kena baik...Kau cakap juga kerajaan tak bagi peluang artis bertudung...Pelik jugak kau ni...Da terang-terang banyak sangat artis bertudung yang berlakon,mengacara dan menyanyi...Cuma lebih jaga batas la kan...Kalau kau mahu sangat berlakon pergi saluran TV Al-Hijrah...Sana banyak drama yang dilakonkan oleh pelakon yang da bertudung...Jadi tak ada sebab kau mahu cakap artis bertudung tak kena bagi peluang di Malaysia ni...Tentang kau tweet di Lahad Datu tu pula itulah kalau percakapan pun tak baik hati pun jadi kotor...Asyik fikir yang negatif je...Semua nak disalahkan kerajaan...Yela...Kan parti yang kau aktif sekarang ni kan semuanya betul...Jadi apa-apa je yang dibuat kerajaan semuanya salah....Eh Abby Abadi...Saya baru umur 19 tahun mau masuk 20 tahun...Saya pun boleh fikir juga kenapa kerajaan cakap macam tu...Saya pun pelik juga kenapa media asyik cakap keadaan terkawal sedangkan orang Sabah bimbang...Tapi polis ada terangkan di tv apa maksudnya "Terkawal" tu di tv jadi barulah saya faham...Jadi wahai cik Abby Abadi lain kali tengok lah tv k jangan asyik baca surat khabar Harakah je atau surat khabar Suara Keadilan..Mereka bukannya tahu apa-apa...Main cakap je seolah-olah mereka tahu semuanya...Saya ingin merujuk kepada tulisan Datuk Mohamad Zawawi Yusoh di Harian Metro yang bertajuk "Jaga Lidah Ketika Bicara"...Salah satu isi yang beliau tulis ialah "Rasulullah S.A.W. berpesan kepada umatnya: "Berkatalah yang baik atau diam." Sebagai Muslim beriman,lidah harus terjaga daripada perkataan yang sia-sia.Apapun yang diucapkan harus selalu mengandungi nasihat,menyejukkan hati bagi orang mendengarnya.Jangan biarkan lisan mencari-cari keaiban orang lain.Hindari kata-kata yang hanya boleh mengkritik atau mencari kesalahan orang lain,memfitnah dan menghasut.Sungguh perbuatan itu sangat hina hingga Allah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12,maksudnya: "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati?Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Dan bertakwalah kamu kepada Allah.sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.".Jadi wahai cik Abby daripada kau sibuk berpolitik sana baik kau belajar untuk lebih mendalami agama jika kau betul-betul mahu berhijrah...Dekatkan diri dekat Allah S.W.T...Jangan hanya tahu cari salah kerajaan je...Cuba perbaiki diri kau tu dulu...Tak semestinya bila je berhijrah kena masuk PAS...Berhijrah ni lebih kepada menjadi manusia yang lebih baik...Bukannya hati penuh dengan rasa kebencian...Bersihkan hati tu...Barulah anda akan nampak kebenaran...
   Macam isu di Lahad Datu...Saya ada baca di surat khabar Suara Keadilan juga...Kena cakap sandiwara...Macam tu juga Tian Chua tu...Dia cakap sandiwara...Hebat sangat kan...Kalau ye pun bersaing dengan BN boleh jaga tak mulut tu?Maaf saya cakap macam ni tapi tolong lah sedar sikit kau tu pun keturunan pendatang juga!Bersyukur la kau hidup di Malaysia ni...Kalau kau tengok negara asal kau sekarang da la anak boleh seorang je...Cuba bayangkan nenek moyang kau tidak berhijrah ke Tanah Melayu kau rasa kau akan lahir ke dan kalau kau lahir pun kau boleh ada anak lebih dari seorang ke???Tanya diri sendiri ok...Sebenarnya hampir kita semua pendatang...Jadi berpijaklah di bumi yang nyata...Bersyukurlah kita lahir dan hidup di negara Malaysia...Kepada Tian Chua kau layak dilucutkan kewarganegaraan...Da la sombong tidak mahu minta maaf...Datang bha ke Lahad Datu buktikan sama ada yang terjadi di Lahad Datu tu betul-betul sandiwara...Ini tidak...Masa berkempen baru mahu datang ke Sabah...Betul-betul tidak tahu malu kan???Memang banyak orang berfikir tak kan la Maritim tidak mengawasi laluan perairan negeri Sabah???Sabah ni besar...Kadang-kadang mungkin orang dalam yang terlibat tapi saya pun tidak mahu menuduh tanpa bukti...Kepada yang tali barut pula...Apa mahu jadi dengan kamu ni?Kamu senang-senang dapat hidup di sini,dapat kerja sini dan ada isteri dan anak lagi tapi kenapa kamu sanggup membelot???Saya sudah cakap dari dulu lagi...Sesiapa yang melupakan Sejarah pasti akan mengulanginya...Macam juga tali barut ni...Mungkin mereka baru tinggal sini beberapa tahun dan sentimen kebangsaan terhadap negara asal iaitu negara Filipina atau lebih tepat lagi Kesultanan Sulu masih menebal...Apa kaitannya dengan sejarah?Cuba ingat masa zaman komunis atau zaman jepun...Masa tu semangat kebangsaan orang Cina dan orang India masih terarah dengan negara masing-masing...Belum lagi timbul rasa cinta dan sayang terhadap negara Malaysia atau dulu dikenali sebagai Tanah Melayu...Macam sekarang juga...Walaupun mereka tinggal di Malaysia mereka masih setia dekat Kesultanan Sulu...Saya selalu bimbang bila saya tengok di fb orang Sabah mahu keluar Malaysia...Sebab saya tahu Filipina akan menuntut Sabah kalau Sabah keluar dari Malaysia...Tengoklah...Belum keluar pun sudah kena tuntut apa lagi kalau sudah keluar...Saya tidak mahu masuk negara Filipina...Saya mahu tetap menjadi rakyat Malaysia...
   Saya ada tengok di fb dan dengar dari BF saya banyak orang-orang muda yang post tentang pembangkang dan ada yang sokong pembangkang...Saya mahu tanya kamu la...Kamu dulu sekolah dekat mana?Sekolah kerajaan kan?Tidak tahu pula saya kalau ada sekolah pembangkang...Haha...Kamu baru setahun jagung bha...Apa sebab kamu menyokong pembangkang?Kecewa juga?Atau mahu perubahan kononnya?Yang saya pelik ada antara orang muda yang menyokong pembangkang tu memohon juga bantuan BR1M untuk orang bujang tu...Patutnya kalau da sokong pembangkang tu tak payah la nak memohon bantuan yang diberikan oleh kerajaan...Betul tidak?Oh ya...B  saya ada cakap kononnya dekat surat khabar kena cakap yang datang pergi Dataran Merdeka di Kota Kinabalu Sabah tu 50000 ribu orang tapi ada saksi iaitu pak cik kawan B saya cakap yang datang tak sampai 5000 ribu pun...Tak sangka pula saya kan yang pembangkang ni pun pandai menipu...Yela...Kan mereka pernah cakap Bernama menipu cakap kononnya ramai yang datang masa ada Perdana Menteri Dato Seri Najib datang tapi sebenarnya sedikit je...
   Kepada Barisan Nasional pula saya harap bila da buat transformasi ni jangan la buat kesilapan yang sama...Saya sebagai orang Sabah berharap kalau Barisan Nasional menang Barisan Nasional betul-betul akan buat transformasi..Jangan la dipeduli orang yang cakap orang yang menyokong Barisan Nasional tu macai UMNO atau macai BN sebab mereka sebenarnya yang macai sebab terlalu taksub dekat parti sampai tak tahu apa saja perbuatan mereka tu hanya mewujudkan kebencian je...Antara perubahan yang saya harapkan ialah buat pembangunan yang selari kepada negeri Sabah ni supaya sama dengan Semenanjung supaya tidak ada lagi suara-suara sumbang yang mengatakan negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun yang sebenarnya ketinggalan 6 tahun...Saya juga berharap kedai-kedai lama yang masih ada di Sabah ni dikekalkan cuma diberi perubahan seperti kedai lama yang ada di Melaka supaya ramai pelancong yang akan datang dan orang-orang Sabah tidak akan malu lagi bila ada orang Semenanjung naik kereta api dan melihat kedai-kedai lama tersebut seolah-olah negeri Sabah tiada pembangunan dan ketinggalan...Bagi kerajaan Barisan Nasional juga bila ada Perdana Menteri atau YB datang tidak perlu lah membayar sesiapa pun untuk memakai baju gelombang biru sebab jika Barisan Nasional betul-betul ada penyokong pasti akan ramai yang akan datang...Kalau teruskan sikap macam tu Barisan Nasional tidak akan ke mana...Kepada Perdana Menteri saya harap kalau datang ke Sabah terutama macam Beaufort tidak perlulah naik helikopter sebab kesian orang bawah BN susah-payah letak Banner "Selamat Datang Perdana Menteri Dato Seri Najib..." dan supaya Dato Najib boleh rasa sendiri macam mana keadaan jalan raya di Papar tu...Kepada calon pula tak perlu lah bagi duit apabila menjelang Pilihan Raya...Kalau anda betul-betul disokong insyaAllah anda akan menang dan jangan hanya tunjuk muka bila mahu Pilihan Raya je tapi datang selalu dan ambil tahu masalah rakyat...Kan bagus kalau ada pemimpin yang macam Sultan Alauddin Riayat Shah yang menyamar untuk tahu masalah rakyat...Kalau ada pemimpin macam tu memang bagus...Kalau anda mahu orang suka anda dan undi anda juga anda kena la baik,peramah dan tidak sombong...Macam calon BN baru Bongawan...Kena cakap dia sombong..Allahualam...Saya agak kecewa juga sebab sekali lagi wakil BN Bongawan bukan orang Bongawan...Kali ni muka barunya seorang peguam asal dari Kimanis...Kenal pun tidak...Kenapa macam tu?Saya berharap sangat muka barunya orang Bongawan jadi YB baru nanti akan lebih ambil berat tentang Bongawan dan membuat pembaharuan terutama dalam pembangunan di Bongawan ni...Jadi jangan hairan la kalau kalah nanti di Adun Bongawan...Macam tu juga Dato Hanifah...Kenapa la dia tidak ditukar?Da la Kimanis tu satu bangunan kedai je...Sepatutnya buat la pembangunan..Memang la ada projek Petronas di Kimanis tapi orang mahukan pembangunan bha...Dato Hanifah lagi Menteri Luar Negeri sibuk je...Mana ada masa mahu memantau masalah rakyat...Lepas tu kepada kerajaan Barisan Nasional ambil pengajaran apa yang terjadi di negeri-negeri yang anda kalah terutama Selangor...Pasti ada sebab kenapa rakyat memilih pembangkang...Jangan cakap kerajaan Selangor sekarang tidak tepati janji sebab anda dahulu pun tidak tepati janji sebab tu rakyat Selangor pilih pembangkang...Jadi tidak hairan kalau perkara yang sama berlaku di Sabah..Ada seorang lelaki di Jabang Beauort cakap mahu tukar kerajaan sebab tidak ada perubahan rasanya...Tapi dia cakap kalau pembangkang pun sama je dia tukar balik pergi kerajaan Barisan Nasional...Nampak tak di sini?Mereka mahu tukar tu sebab kecewa...Sebenarnya mereka masih mahu kerajaan Barisan Nasional memerintah cuma mereka mahu memberi pengajaran je dekat Barisan Nasional sebab mengabaikan penduduk pedalaman seperti dia...Saya pun faham kenapa dia kecewa...Yela..Da la air kabut(air macam warna air sungai) lepas tu banyak lagi kekurangan yang lain...Sebab tu la kerajaan Barisan Nasional jangan abaikan golongan seperti ini sebab mereka lah antara orang yang boleh mengubah kerajaan...Selama ni tentu Barisan Nasional tak sangka kan akan kalah teruk seperti dalam Pilihan Raya 2008?Orang Malaysia sekarang ni berpendidikan...Mereka da tahu berfikir...Jadi ambil lah pengajaran dan jadilah kerajaan yang baik...Jangan bila duduk di kerusi kuasa lupa segala-galanya...Kepada orang bawah BN jangan pilih bulu bha...Boleh bha kan?Jangan bila bagi bantuan tangki air BN kamu bagi orang yang kamu kenal je...Sebab sikap macam itulah pemimpin BN dan BN yang kena tuduh...Jadilah seorang yang amanah dan adil...
   Kepada penyokong-penyokong pembangkang yang kerja kerajaan apa kata anda berhenti kerja?Cari kerja lain macam kerja swasta kah...Yela...Supaya tak macam hipokrit...Makan duit kerajaan tapi menentang kerajaan...Kalau saya jadi Perdana Menteri saya berhentikan orang yang kerja kerajaan tapi menyokong pembangkang...Baru tahu rasa...
 

0 comments: