BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2012

Orang Sabah Tinggal Atas Pokok???


Assalammualaikum w.b.t…Hari ini saya ingin membuat post yang juga sudah lama saya ingin tulis di blog saya ini tetapi saya mahu tulis satu-satu dahulu post yang saya ingin luahkan….Tajuk post saya ialah “Orang Sabah Tinggal Atas Pokok???”…Em…Saya adalah seorang yang dilahirkan di Sabah dan isu ini telah lama kedengaran sejak dahulu lagi…Namun,isu ini dibangkitkan lagi pada baru-baru ini di Facebook yang membangkitkan kemarahan orang-orang Sabah…Sepupu saya cakap yang bercakap tentang orang Sabah tinggal di pokok tu adalah pelajar yang menuntut di Sabah…Dia cakap Sabah tidak ada LRT la dan macam-macam lagi…Memang boleh nampak la yang sepupu saya tu geram…
  Inilah sebenarnya yang boleh didefinisikan sebagai “Berfikiran Sempit”…Saya yang mendengar pun turut geram dengan kenyataan orang seperti itu yang saya boleh sifat kan sebagai berlagak…Saya yang da 19 tahun hidup di Sabah ni tak pernah nampak orang Sabah tinggal atas pokok…Rumah di Sabah terdiri dari rumah kayu dan rumah konkrit…Kalau yang orang tu maksudkan macam rumah panjang kaum di Sabah memang tak logik la…Rumah panjang pun didirikan di tanah bukan pokok…Entah fakta jenis apa yang orang tu cakap…Kalau baru setahun jagung berada di Sabah jangan mahu pandai-pandai sana…Saya yang dari lahir tinggal di Sabah ni pun tak pernah lihat orang Sabah tinggal di pokok jadi yang kau tiba-tiba boleh cakap orang Sabah tinggal di pokok macam mana?Di mana kau nampak?Pelik-pelik…Kalau kau rasa la orang Sabah ni tinggal di pokok,baik kau belajar je la di tempat tinggal kau sendiri…Mungkin di sana orang tinggal atas udara kali kan…Macam manusia masa depan tu…Baru lah canggih dan siok (Seronok)…Tak  juga berdosa mulut kau menghina…
   Lepas tu orang tu cakap Sabah ni tidak ada LRT…Cakap dia ni ada kena balas oleh orang Sabah…Orang Sabah cakap “Sabah tidak ada LRT sebab kami kaya banyak kereta…” rasanya la itu yang orang Sabah tu cakap…Tapi betul juga tu kan apa yang orang Sabah tu cakap…Puas hati saya…Haha…Em…Saya pernah ke Semenanjung semasa umur saya 15 tahun lepas habis peperiksaan PMR ke rumah pakcik saya di Semenyih selama sebulan bersama mak,makcik dan sepupu…Saya berpeluang menaiki LRT sampai ke SOGO…Memang saya akui kehidupan di sana memang jauh berbeza dengan Sabah…Banyak yang saya fikir dulu macam ni rupanya macam ni…Contohnya,saya fikir Sunway Lagoon dekat Menara KLCC rupanya tidak…Tempat lain…Lepas tu baru saya tahu rupa-rupanya bandaraya KL ni banyak pokok-pokok…Apa-apa pun berbalik kepada tajuk post saya,saya tahu memang Semenanjung lebih maju daripada Sabah tapi tolonglah berhenti menghina…Begini kah sikap orang Melayu yang kononnya berbudi bahasa???Saya bukannya mahu mengungkit kah apa tapi kamu kena ingat segala kemajuan yang kamu terima datangnya dari hasil kekayaan negeri Sabah yang selama ini dicakap ketinggalan 10 tahun…Kalau kami mahu kami boleh mengambil hak kami balik…Biar kamu jadi negeri miskin tapi kami ni sapa la???Banyak orang-orang Sabah yang mahu negeri Sabah keluar dari Malaysia…Kalau positifnya negeri Sabah akan jadi negara yang kaya macam Brunei kalau negeri Sabah keluar dari Malaysia…Kalau negatifnya pula negara Filipina akan menuntut balik hak terhadap Sabah…Itu masalahnya…Kalau lah kita sebagai manusia menggunakan otak yang dikurniakan Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya pasti kita akan dapat berfikir bahawa ada hikmah kenapa Allah S.W.T. takdirkan negeri Sabah dan negeri Sarawak masuk Malaysia…Tengok la sekarang…Negara Malaysia unik dan dapat berbangga kerana mempunyai berbilang bangsa dan agama…Tapi sayang…Semangat 1 Malaysia tu belum ada…Saya bagi contoh la…Pernah semasa kami menaiki kenderaan yang dibayar untuk mengelilingi ZOO Melaka…Di satu tempat di ZOO Melaka itu kenderaan itu berehat sebentar dan penumpangnya boleh berjalan-jalan sebentar…Jadi kami pun masing-masing jalan la…Tiba-tiba semasa kami balik ke tempat kenderaan,tempat duduk kami diambil oleh orang yang pada mulanya duduk sekeluarga di depan…Makcik saya pun cakap lah itu tempat duduk kami tapi sekeluarga tu tak mahu mengalah dan saya tengok makcik dalam keluarga tu bercakap-cakap dengan keluarganya sambil memasamkan muka…Terpaksa kami berdiri..Yang dapat duduk pun sepupu saya rasanya…Itu pun terpaksa berkongsi…Mungkin alasan keluarga tu duduk tempat kami mungkin sebab tempat duduk mereka kena ambil oleh orang lain…Saya pun tak ingat sangat apa yang keluarga saya dan keluarga mereka cakap kan…Tapi tak boleh kah mereka cakap baik-baik dekat orang yang duduk tempat mereka tu bahawa itu tempat duduk mereka…Yang pelik tiba-tiba tempat duduk dalam kenderaan tu penuh padahal hanya orang yang da bayar boleh menaiki kenderaan tersebut…Mak cik saya pun segera mencari pemandu atau kakitangan ZOO kali rasanya dan menceritakan bahawa tempat duduk kami diambil…Jadi pemandu tersebut menggunakan pembesar suara menyuruh supaya sesiapa yang tidak membayar kenderaan tersebut turun…Sekalinya banyak yang turun…Keluarga tersebut terus pindah ke tempat duduk mereka di hadapan…Kan senang kalau awal-awal macam tu…Kesimpulannya kita boleh lihat di sini bahawa sikap ramah-tamah,sopan-santun dan lain-lain yang ada dalam diri orang Melayu ni makin terhakis…Baik lagi kalau di Sabah…Mungkin kalau di Sabah orang Sabah akan cakap baik-baik kali…Mungkin orang Sabah akan cakap “Oh eya kah…Maaf lah…Habis tempat kami diambil pula…Tiada kami tempat duduk…” sambil tersenyum…Saya bukan mahu memuji orang Sabah tapi saya rasa itu lah yang akan berlaku kalau di Sabah…Tapi tak juga semua…Tengok orang la…Kalau orang muda mungkin tak la tu kali…Bagaimanapun bukan semua la orang di Semenanjung  macam tu…Contohnya masa kami pergi surau rasanya dekat Nilai 3 Negeri Sembilan,ada seorang perempuan ni menegur dengan baik…
   Macam lari dari tajuk pula kan…Hehe…Tapi kalau kamu baca betul-betul kamu akan faham apa kaitan tajuk saya tu dengan apa yang saya tulis…Orang tu juga rasanya cakap Sabah ni selekeh…Ish3…Selekeh ke?Cuba datang sini…Apa yang selekeh?Setahu saya la kan orang Sabah la yang putih-putih, dan kiut (Cute) …Saya bukannya mahu memuji negeri sendiri tapi salah satu blog yang pelajar Semenanjung belajar di UMS pun cakap orang Sabah ni cantik-cantik dan lelakinya kiut-kiut…Apa-apa pun,untuk pengetahuan anda semua semangat 1 Malaysia tu da lama ada di Sabah…Tengok la di kedai,orang Cina makan dengan bangsa lain…Di sekolah orang Dusun berkawan dengan bangsa lain…Tak kira la Melayu-Brunei,Jawa,Bugis…Di Semenanjung???Orang Semenanjung yang belajar di UMS tu pun cakap kalau di negerinya orang Melayu orang Melayu la…Orang Cina orang Cina la…Tapi di Sabah ni tak kira apa bangsa je boleh kawan…Jadi kepada Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak,saya cadangkan Dato mengMalaysiakan la bangsa-bangsa lain di Malaysia ni terutama di Semenanjung macam di Indonesia mereka mengindonesiakan orang Cina,di Thailand mereka mensiamkan orang Cina…Kepada orang Cina jangan pula salah faham sebab memang di Indonesia dan di Thailand memang banyak orang Cina…Itupun kalau ada orang Cina yang baca post saya ni dan kalau orang Cina yang baca post ni faham juga bahasa Melayu…Apa-apa pun walaupun da terlambat  tak salah kan kalau kaum-kaum di Malaysia ni di menMalaysiakan…MengMalaysiakan ni tak bermaksud bahasa ibunda atau budaya mereka dihapuskan tapi supaya mereka lebih fasih berbahasa Melayu dan tidak lagi wujud jurang yang banyak dalam kalangan sesama kaum di negara ni…Kaum lain juga akan lebih bersifat kebangsaan yang tinggi…Kalau mereka membantah hantar je ke negara asal mereka…Haha…Main-main je…Nanti tak pasal-pasal saya kena tangkap sebab menghasut…Tujuan saya baik…Saya cuma mahu kaum lain tak asyik menggunakan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sesama rakyat Malaysia…Kalau alasannya tidak biasa bercakap bahasa Melayu…Mustahil…Saya tengok ada juga orang Cina yang fasih bercakap bahasa Melayu mengalahkan orang Melayu sendiri yang suka menggunakan ayat pasar…Melalui cara mengMalaysiakan juga tidak akan timbul lagi isu orang Semenanjung menghina orang Sabah…Satu je la saya mahu cakap…Kalau tak suka Sabah,terus-terang je bha…InsyaAllah satu hari nanti kami akan ambil semula hak kami…Lepas tu jangan pula hairan kalau negeri kamu tak maju lagi…
   Pernah la satu hari saya naik keretapi dari Beauort dengan BF  saya…Tiba-tiba masuk satu keluarga orang Semenanjung iaitu Bapa,Mak,anak,menantu dan cucu…Macam menyesal pula saya pilih duduk di sana…Bukan saya tak suka orang Semenanjung tapi sepanjang perjalanan mereka bercakap je…Yang mereka cakap tu pula menyakitkan hati…Saya rasa keluarga ni pernah pergi Sabah juga kali sebelum ni sebab mereka tahu nama setiap stesen…Saya rasa malu juga sebab Sabah ni apa lah mahu dibandingkan sangat dengan Semenanjung…Kebanyakan kedai di pekan-pekan di setiap stesen merupakan kedai-kedai lama sejak zaman perang…Yang buat saya geram ialah saya orang Bongawan iaitu salah satu perhentian di stesen keretapi tapi masa tu saya tak turun Bongawan sebab saya mahu terus turun di Pekan Papar…Mak dalam keluarga tu tanya “Bongawan tu apa?” Bapa dalam keluarga tu pula jawab “Bongawan tu nama tempat…” Ededeh…Memang la Bongawan tu nama tempat…Macam saya mahu cakap je “Helo…Saya ni orang Bongawan…” Saya duduk di belakang mereka…Selepas tu semasa perjalanan ke Papar,bapa dalam keluarga tu sibuk cakap “Yang ni boleh buat teres ni dan bla bla bla…” Panas hati saya mendengar…Memang la Sabah ni banyak hutan dan tidak banyak pembangunan tapi saya bersyukur sangat-sangat kerana hutan ni la yang menyejukkan bumi Sabah ni…Jadi kamu yang tak tinggal di Sabah ni dan hanya pentingkan pembangunan jangan la pandai-pandai mahu cakap macam tu…Lagipun kalau mahu buat pembangunan pun ingat orang senang-senang kah ah mahu bagi tanah?Sayang tu…Saya yang memanas menyindir mereka di belakang…Tak tahu la mereka dengar atau tak…Semasa keretapi tu lalu di pantai anak dalam keluarga tu cakap “Cantiknya…Tapi ada yang lagi cantik kat Kudat…(Dia cakap bahasa Inggeris…Saya lupa tapi dalam bahasa Melayu bermaksud Simpang Mengayau…) Lelaki dalam keluarga tu yang saya rasa asal dari Utara yang saya rasa mungkin menantu cakap “Ye ke cantik?”…Balik-balik lagi tu dia cakap “Ye ke?” Geram betul hati saya…Anak dalam keluarga tu pula cakap “Ye cantik…” Mak dalam keluarga tu juga rasanya cakap “Ye cantik…” Semasa limpas (lalu) di tempat projek SOGT Petronas di Kimanis saya sengaja cakap “Ini lah yang menyebabkan pemanasan global…” Mereka diam…Tapi betul la…Sejak akhir-akhir ni di Sabah ni panas betul…Salah satu sebabnya projek di Kimanis itulah…Tapi manusia ni hanya pentingkan duit…Yang buat saya panas lagi ialah bila anak dalam keluarga tu cakap “Sabah ni kaya tapi mereka miskin…Mereka ketinggalan 10 tahun…” Ya Allah…Panasnya hati saya…Mahu je saya cakap “Helo???Tak sedar kah yang kamu ni dalam keretapi yang penuh dengan orang Sabah???Kalau mahu cakap tu pun “Cakap siang pandang-pandang…Cakap malam dengar-dengar…” Bersyukur la hanya kami je yang dengar…Kalau orang Sabah yang lain dengar da kena serang kali kamu…Tapi saya rasa kalau ada orang Sabah lain dengar mungkin mereka sabar je kali…Walaupun kamu cakap negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun tapi saya bersyukur kerana bagus lah negeri Sabah ketinggalan 10 tahun jadi dari segi jenayah dan sosial negeri Sabah ketinggalan 10 tahun…Kalau mahu dibandingkan negeri Sabah masih cukup baik…Orang-orangnya pun baik-baik dan peramah…Pernah semasa kami singgah di stesen Petronas di PD (Port Dicson) kami pergi tandas…Tiba-tiba banyak betul orang yang menunggu di tandas tu..Tiba-tiba saya rasa macam asing sangat sebab sekeliling saya bercakap bahasa Melayu pekat…Kalau di TV saya macam faham je apa yang mereka cakap…Mungkin sebab saya orang Bongawan kan…Bongawan yang satu-satunya Melayu-Brunei yang menggunakan bahasa yang akhirnya ada “e”…Tapi untuk makluman anda banyak perbezaan antara bahasa Melayu Semenanjung dengan bahasa Melayu-Brunei di Bongawan...Jadi kepada orang Sabah yang lain tolong jangan cakap kami ni sombong sebab bercakap macam orang Semenanjung…Da dari dulu kami cakap macam n…Macam mana juga?
   Pernah saya tengok cerita kartun bertajuk “The Bully O An Ant…” rasanya…Dalam cerita tu semut tu tanya tentang manusia… “Adakah manusia juga bekerjasama macam semut?” Kanak-kanak yang jadi kecil sebab melimpahkan air ke koloni semut jawab “Ada sesetengah yang bekerjasama…” Semut cakap “Sesetengah je?” Kanak-kanak tu jawab “Manusia kebanyakannya hanya pentingkan diri sendiri sahaja…” Dari situ saya rasa kata-katanya tu mendalam dalam hati saya…Walaupun tu hanya kartun tapi saya rasa cerita tu memberi pengajaran yang manusia selama ni hanya mementingkan diri je…Sama juga kesnya dengan tajuk saya dan isi yang telah saya tulis…Saya cuma ingin katakan bahawa kalau ada sesiapa orang Semenanjung yang masih ber ikir Orang Sabah ni tinggal di pokok,sila lah datang ke Sabah dan tengok sendiri…Oh ya…Kalau jalan-jalan dekat Sabah tu dan rasa negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun jangan lupa jaga mulut…Saya cuma ingatkan “Lain Tempat Lain Adat…” Bersyukur lagi la saya yang dengar…Mana tahu lain kali orang Sabah lain yang dengar kena serang kamu nanti…Haha…Apa-apa pun,ubah la sikap kamu k…Cuba kamu jadi kami…Apa kamu akan rasa kalau negeri kamu dikata orang lain yang baru setahun jagung tinggal di negeri kamu atau baru beberapa hari…Yang lagi teruk kalau mereka langsung tak pernah pergi negeri kamu…Mestilah kamu marah kan?Oleh itu,jangan muka kita je yang baik…Jangan penampilan kita je yang baik…Mulut dan hati pun kena la baik…Kalau kita masih mengamalkan sikap berpuak-puak atau “Kau kau…Aku aku…” semangat 1 Malaysia tu hanya dalam iklan je la nampaknya…Sebab apa saya cakap dalam iklan je?Cuba tengok dalam iklan…Bila ada orang Melayu,mesti ada orang Cina dan orang India…Dalam dunia realiti ada kah tu?Mungkin ada tapi jarang…Jadi bermuhasabah la diri…Jangan menghakimi seseorang atau sesebuah negeri jika kita tidak tahu perkara yang sebenarnya…Jangan mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih…Jika kamu mengenali orang Sabah yang sebenarnya mungkin persepsi kamu tu akan berubah…Amin…

0 comments: