Assalammualaikum
w.b.t…Hari ini saya ingin membuat post yang juga sudah lama saya ingin tulis di
blog saya ini tetapi saya mahu tulis satu-satu dahulu post yang saya ingin
luahkan….Tajuk post saya ialah “Orang Sabah Tinggal Atas Pokok???”…Em…Saya
adalah seorang yang dilahirkan di Sabah dan isu ini telah lama kedengaran sejak
dahulu lagi…Namun,isu ini dibangkitkan lagi pada baru-baru ini di Facebook yang
membangkitkan kemarahan orang-orang Sabah…Sepupu saya cakap yang bercakap
tentang orang Sabah tinggal di pokok tu adalah pelajar yang menuntut di
Sabah…Dia cakap Sabah tidak ada LRT la dan macam-macam lagi…Memang boleh nampak
la yang sepupu saya tu geram…
Inilah sebenarnya yang boleh didefinisikan
sebagai “Berfikiran Sempit”…Saya yang mendengar pun turut geram dengan
kenyataan orang seperti itu yang saya boleh sifat kan sebagai berlagak…Saya
yang da 19 tahun hidup di Sabah ni tak pernah nampak orang Sabah tinggal atas
pokok…Rumah di Sabah terdiri dari rumah kayu dan rumah konkrit…Kalau yang orang
tu maksudkan macam rumah panjang kaum di Sabah memang tak logik la…Rumah
panjang pun didirikan di tanah bukan pokok…Entah fakta jenis apa yang orang tu
cakap…Kalau baru setahun jagung berada di Sabah jangan mahu pandai-pandai
sana…Saya yang dari lahir tinggal di Sabah ni pun tak pernah lihat orang Sabah
tinggal di pokok jadi yang kau tiba-tiba boleh cakap orang Sabah tinggal di
pokok macam mana?Di mana kau nampak?Pelik-pelik…Kalau kau rasa la orang Sabah
ni tinggal di pokok,baik kau belajar je la di tempat tinggal kau
sendiri…Mungkin di sana orang tinggal atas udara kali kan…Macam manusia masa
depan tu…Baru lah canggih dan siok (Seronok)…Tak juga berdosa mulut kau menghina…
Lepas tu orang tu cakap Sabah ni tidak ada
LRT…Cakap dia ni ada kena balas oleh orang Sabah…Orang Sabah cakap “Sabah tidak
ada LRT sebab kami kaya banyak kereta…” rasanya la itu yang orang Sabah tu
cakap…Tapi betul juga tu kan apa yang orang Sabah tu cakap…Puas hati
saya…Haha…Em…Saya pernah ke Semenanjung semasa umur saya 15 tahun lepas habis
peperiksaan PMR ke rumah pakcik saya di Semenyih selama sebulan bersama
mak,makcik dan sepupu…Saya berpeluang menaiki LRT sampai ke SOGO…Memang saya
akui kehidupan di sana memang jauh berbeza dengan Sabah…Banyak yang saya fikir
dulu macam ni rupanya macam ni…Contohnya,saya fikir Sunway Lagoon dekat Menara
KLCC rupanya tidak…Tempat lain…Lepas tu baru saya tahu rupa-rupanya bandaraya
KL ni banyak pokok-pokok…Apa-apa pun berbalik kepada tajuk post saya,saya tahu
memang Semenanjung lebih maju daripada Sabah tapi tolonglah berhenti
menghina…Begini kah sikap orang Melayu yang kononnya berbudi bahasa???Saya
bukannya mahu mengungkit kah apa tapi kamu kena ingat segala kemajuan yang kamu
terima datangnya dari hasil kekayaan negeri Sabah yang selama ini dicakap
ketinggalan 10 tahun…Kalau kami mahu kami boleh mengambil hak kami balik…Biar
kamu jadi negeri miskin tapi kami ni sapa la???Banyak orang-orang Sabah yang
mahu negeri Sabah keluar dari Malaysia…Kalau positifnya negeri Sabah akan jadi
negara yang kaya macam Brunei kalau negeri Sabah keluar dari Malaysia…Kalau
negatifnya pula negara Filipina akan menuntut balik hak terhadap Sabah…Itu
masalahnya…Kalau lah kita sebagai manusia menggunakan otak yang dikurniakan
Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya pasti kita akan dapat berfikir bahawa ada
hikmah kenapa Allah S.W.T. takdirkan negeri Sabah dan negeri Sarawak masuk
Malaysia…Tengok la sekarang…Negara Malaysia unik dan dapat berbangga kerana
mempunyai berbilang bangsa dan agama…Tapi sayang…Semangat 1 Malaysia tu belum
ada…Saya bagi contoh la…Pernah semasa kami menaiki kenderaan yang dibayar untuk
mengelilingi ZOO Melaka…Di satu tempat di ZOO Melaka itu kenderaan itu berehat
sebentar dan penumpangnya boleh berjalan-jalan sebentar…Jadi kami pun
masing-masing jalan la…Tiba-tiba semasa kami balik ke tempat kenderaan,tempat
duduk kami diambil oleh orang yang pada mulanya duduk sekeluarga di
depan…Makcik saya pun cakap lah itu tempat duduk kami tapi sekeluarga tu tak
mahu mengalah dan saya tengok makcik dalam keluarga tu bercakap-cakap dengan
keluarganya sambil memasamkan muka…Terpaksa kami berdiri..Yang dapat duduk pun
sepupu saya rasanya…Itu pun terpaksa berkongsi…Mungkin alasan keluarga tu duduk
tempat kami mungkin sebab tempat duduk mereka kena ambil oleh orang lain…Saya
pun tak ingat sangat apa yang keluarga saya dan keluarga mereka cakap kan…Tapi
tak boleh kah mereka cakap baik-baik dekat orang yang duduk tempat mereka tu
bahawa itu tempat duduk mereka…Yang pelik tiba-tiba tempat duduk dalam
kenderaan tu penuh padahal hanya orang yang da bayar boleh menaiki kenderaan
tersebut…Mak cik saya pun segera mencari pemandu atau kakitangan ZOO kali
rasanya dan menceritakan bahawa tempat duduk kami diambil…Jadi pemandu tersebut
menggunakan pembesar suara menyuruh supaya sesiapa yang tidak membayar
kenderaan tersebut turun…Sekalinya banyak yang turun…Keluarga tersebut terus
pindah ke tempat duduk mereka di hadapan…Kan senang kalau awal-awal macam
tu…Kesimpulannya kita boleh lihat di sini bahawa sikap ramah-tamah,sopan-santun
dan lain-lain yang ada dalam diri orang Melayu ni makin terhakis…Baik lagi
kalau di Sabah…Mungkin kalau di Sabah orang Sabah akan cakap baik-baik kali…Mungkin
orang Sabah akan cakap “Oh eya kah…Maaf lah…Habis tempat kami diambil
pula…Tiada kami tempat duduk…” sambil tersenyum…Saya bukan mahu memuji orang
Sabah tapi saya rasa itu lah yang akan berlaku kalau di Sabah…Tapi tak juga
semua…Tengok orang la…Kalau orang muda mungkin tak la tu kali…Bagaimanapun
bukan semua la orang di Semenanjung
macam tu…Contohnya masa kami pergi surau rasanya dekat Nilai 3 Negeri
Sembilan,ada seorang perempuan ni menegur dengan baik…
Macam lari dari tajuk pula kan…Hehe…Tapi
kalau kamu baca betul-betul kamu akan faham apa kaitan tajuk saya tu dengan apa
yang saya tulis…Orang tu juga rasanya cakap Sabah ni selekeh…Ish3…Selekeh
ke?Cuba datang sini…Apa yang selekeh?Setahu saya la kan orang Sabah la yang
putih-putih, dan kiut (Cute) …Saya bukannya mahu memuji negeri sendiri tapi
salah satu blog yang pelajar Semenanjung belajar di UMS pun cakap orang Sabah
ni cantik-cantik dan lelakinya kiut-kiut…Apa-apa pun,untuk pengetahuan anda
semua semangat 1 Malaysia tu da lama ada di Sabah…Tengok la di kedai,orang Cina
makan dengan bangsa lain…Di sekolah orang Dusun berkawan dengan bangsa lain…Tak
kira la Melayu-Brunei,Jawa,Bugis…Di Semenanjung???Orang Semenanjung yang
belajar di UMS tu pun cakap kalau di negerinya orang Melayu orang Melayu
la…Orang Cina orang Cina la…Tapi di Sabah ni tak kira apa bangsa je boleh kawan…Jadi
kepada Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak,saya cadangkan Dato mengMalaysiakan
la bangsa-bangsa lain di Malaysia ni terutama di Semenanjung macam di Indonesia
mereka mengindonesiakan orang Cina,di Thailand mereka mensiamkan orang Cina…Kepada
orang Cina jangan pula salah faham sebab memang di Indonesia dan di Thailand
memang banyak orang Cina…Itupun kalau ada orang Cina yang baca post saya ni dan
kalau orang Cina yang baca post ni faham juga bahasa Melayu…Apa-apa pun
walaupun da terlambat tak salah kan
kalau kaum-kaum di Malaysia ni di menMalaysiakan…MengMalaysiakan ni tak
bermaksud bahasa ibunda atau budaya mereka dihapuskan tapi supaya mereka lebih fasih
berbahasa Melayu dan tidak lagi wujud jurang yang banyak dalam kalangan sesama
kaum di negara ni…Kaum lain juga akan lebih bersifat kebangsaan yang tinggi…Kalau
mereka membantah hantar je ke negara asal mereka…Haha…Main-main je…Nanti tak
pasal-pasal saya kena tangkap sebab menghasut…Tujuan saya baik…Saya cuma mahu
kaum lain tak asyik menggunakan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi sesama rakyat Malaysia…Kalau alasannya tidak biasa bercakap
bahasa Melayu…Mustahil…Saya tengok ada juga orang Cina yang fasih bercakap
bahasa Melayu mengalahkan orang Melayu sendiri yang suka menggunakan ayat
pasar…Melalui cara mengMalaysiakan juga tidak akan timbul lagi isu orang
Semenanjung menghina orang Sabah…Satu je la saya mahu cakap…Kalau tak suka
Sabah,terus-terang je bha…InsyaAllah satu hari nanti kami akan ambil semula hak
kami…Lepas tu jangan pula hairan kalau negeri kamu tak maju lagi…
Pernah la satu hari saya naik keretapi dari
Beauort dengan BF saya…Tiba-tiba masuk
satu keluarga orang Semenanjung iaitu Bapa,Mak,anak,menantu dan cucu…Macam
menyesal pula saya pilih duduk di sana…Bukan saya tak suka orang Semenanjung
tapi sepanjang perjalanan mereka bercakap je…Yang mereka cakap tu pula
menyakitkan hati…Saya rasa keluarga ni pernah pergi Sabah juga kali sebelum ni
sebab mereka tahu nama setiap stesen…Saya rasa malu juga sebab Sabah ni apa lah
mahu dibandingkan sangat dengan Semenanjung…Kebanyakan kedai di pekan-pekan di
setiap stesen merupakan kedai-kedai lama sejak zaman perang…Yang buat saya
geram ialah saya orang Bongawan iaitu salah satu perhentian di stesen keretapi
tapi masa tu saya tak turun Bongawan sebab saya mahu terus turun di Pekan
Papar…Mak dalam keluarga tu tanya “Bongawan tu apa?” Bapa dalam keluarga tu
pula jawab “Bongawan tu nama tempat…” Ededeh…Memang la Bongawan tu nama
tempat…Macam saya mahu cakap je “Helo…Saya ni orang Bongawan…” Saya duduk di
belakang mereka…Selepas tu semasa perjalanan ke Papar,bapa dalam keluarga tu
sibuk cakap “Yang ni boleh buat teres ni dan bla bla bla…” Panas hati saya
mendengar…Memang la Sabah ni banyak hutan dan tidak banyak pembangunan tapi
saya bersyukur sangat-sangat kerana hutan ni la yang menyejukkan bumi Sabah
ni…Jadi kamu yang tak tinggal di Sabah ni dan hanya pentingkan pembangunan
jangan la pandai-pandai mahu cakap macam tu…Lagipun kalau mahu buat pembangunan
pun ingat orang senang-senang kah ah mahu bagi tanah?Sayang tu…Saya yang
memanas menyindir mereka di belakang…Tak tahu la mereka dengar atau tak…Semasa
keretapi tu lalu di pantai anak dalam keluarga tu cakap “Cantiknya…Tapi ada
yang lagi cantik kat Kudat…(Dia cakap bahasa Inggeris…Saya lupa tapi dalam
bahasa Melayu bermaksud Simpang Mengayau…) Lelaki dalam keluarga tu yang saya
rasa asal dari Utara yang saya rasa mungkin menantu cakap “Ye ke
cantik?”…Balik-balik lagi tu dia cakap “Ye ke?” Geram betul hati saya…Anak
dalam keluarga tu pula cakap “Ye cantik…” Mak dalam keluarga tu juga rasanya
cakap “Ye cantik…” Semasa limpas (lalu) di tempat projek SOGT Petronas di
Kimanis saya sengaja cakap “Ini lah yang menyebabkan pemanasan global…” Mereka
diam…Tapi betul la…Sejak akhir-akhir ni di Sabah ni panas betul…Salah satu
sebabnya projek di Kimanis itulah…Tapi manusia ni hanya pentingkan duit…Yang
buat saya panas lagi ialah bila anak dalam keluarga tu cakap “Sabah ni kaya
tapi mereka miskin…Mereka ketinggalan 10 tahun…” Ya Allah…Panasnya hati
saya…Mahu je saya cakap “Helo???Tak sedar kah yang kamu ni dalam keretapi yang
penuh dengan orang Sabah???Kalau mahu cakap tu pun “Cakap siang
pandang-pandang…Cakap malam dengar-dengar…” Bersyukur la hanya kami je yang
dengar…Kalau orang Sabah yang lain dengar da kena serang kali kamu…Tapi saya
rasa kalau ada orang Sabah lain dengar mungkin mereka sabar je kali…Walaupun
kamu cakap negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun tapi saya bersyukur kerana
bagus lah negeri Sabah ketinggalan 10 tahun jadi dari segi jenayah dan sosial
negeri Sabah ketinggalan 10 tahun…Kalau mahu dibandingkan negeri Sabah masih
cukup baik…Orang-orangnya pun baik-baik dan peramah…Pernah semasa kami singgah
di stesen Petronas di PD (Port Dicson) kami pergi tandas…Tiba-tiba banyak betul
orang yang menunggu di tandas tu..Tiba-tiba saya rasa macam asing sangat sebab
sekeliling saya bercakap bahasa Melayu pekat…Kalau di TV saya macam faham je
apa yang mereka cakap…Mungkin sebab saya orang Bongawan kan…Bongawan yang
satu-satunya Melayu-Brunei yang menggunakan bahasa yang akhirnya ada “e”…Tapi
untuk makluman anda banyak perbezaan antara bahasa Melayu Semenanjung dengan
bahasa Melayu-Brunei di Bongawan...Jadi kepada orang Sabah yang lain tolong
jangan cakap kami ni sombong sebab bercakap macam orang Semenanjung…Da dari
dulu kami cakap macam n…Macam mana juga?
Pernah saya tengok cerita kartun bertajuk
“The Bully O An Ant…” rasanya…Dalam cerita tu semut tu tanya tentang manusia…
“Adakah manusia juga bekerjasama macam semut?” Kanak-kanak yang jadi kecil
sebab melimpahkan air ke koloni semut jawab “Ada sesetengah yang bekerjasama…”
Semut cakap “Sesetengah je?” Kanak-kanak tu jawab “Manusia kebanyakannya hanya
pentingkan diri sendiri sahaja…” Dari situ saya rasa kata-katanya tu mendalam
dalam hati saya…Walaupun tu hanya kartun tapi saya rasa cerita tu memberi
pengajaran yang manusia selama ni hanya mementingkan diri je…Sama juga kesnya
dengan tajuk saya dan isi yang telah saya tulis…Saya cuma ingin katakan bahawa
kalau ada sesiapa orang Semenanjung yang masih ber ikir Orang Sabah ni tinggal
di pokok,sila lah datang ke Sabah dan tengok sendiri…Oh ya…Kalau jalan-jalan dekat
Sabah tu dan rasa negeri Sabah ni ketinggalan 10 tahun jangan lupa jaga
mulut…Saya cuma ingatkan “Lain Tempat Lain Adat…” Bersyukur lagi la saya yang
dengar…Mana tahu lain kali orang Sabah lain yang dengar kena serang kamu
nanti…Haha…Apa-apa pun,ubah la sikap kamu k…Cuba kamu jadi kami…Apa kamu akan
rasa kalau negeri kamu dikata orang lain yang baru setahun jagung tinggal di
negeri kamu atau baru beberapa hari…Yang lagi teruk kalau mereka langsung tak
pernah pergi negeri kamu…Mestilah kamu marah kan?Oleh itu,jangan muka kita je
yang baik…Jangan penampilan kita je yang baik…Mulut dan hati pun kena la
baik…Kalau kita masih mengamalkan sikap berpuak-puak atau “Kau kau…Aku aku…”
semangat 1 Malaysia tu hanya dalam iklan je la nampaknya…Sebab apa saya cakap dalam
iklan je?Cuba tengok dalam iklan…Bila ada orang Melayu,mesti ada orang Cina dan
orang India…Dalam dunia realiti ada kah tu?Mungkin ada tapi jarang…Jadi
bermuhasabah la diri…Jangan menghakimi seseorang atau sesebuah negeri jika kita
tidak tahu perkara yang sebenarnya…Jangan mengata dulang paku serpih,mengata
orang dia yang lebih…Jika kamu mengenali orang Sabah yang sebenarnya mungkin
persepsi kamu tu akan berubah…Amin…
0 comments:
Post a Comment