Tuesday, December 28, 2010
Perempuan bertudung sekarang betul-betul menutup aurat ke?
Ramai wanita yang memakai tudung yang indah dan nampak cantik.Pelbagai fesyen telah diperkenalkan dan menjadi ikutan wanita zaman sekarang.Walaupun begitu,saya sering melihat cara pemakaiannya sangat tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar.Saya bukan hendak mengkritik.Saya pun bukan lah jenis wanita yang memakai tudung yang labuh.Tetapi sebagai seorang muslimah,saya tergerak hati untuk mengatakan ini.Wanita bertudung sekarang memakai tudung tetapi memakai baju ketat.Memakai tudung tetapi nampak rambut.Memakai tudung tetapi nampak dada.Memakai tudung tetapi nampak belakang,.Memakai tudung tetapi baju pendek.Kadang-kadang saya rasakan lebih baik tidak payah bertudung kalau macam itu.
Saya pernah mendengar,orang yang memakai tudung akan dapat terpelihara dirinya dari kemaksiatan.Orang yang bertudung mustahil akan dapat risiko untuk mendapat bahaya kerana tidak ada yang berani mendekati wanita yang bermaruah dan bertudung.Mungkin bagi saya hanya orang yang seksi sahaja sering menjadi mangsa perbuatan jenayah dan sebagainya kerana faktor pakaian mereka yang agak menjolok mata.Tetapi hakikatnya perempuan bertudung sekarang sama sahaja seperti tidak bertudung.Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya tetapi akhirnya saya dapat jawapannya.Semua ini terjadi kerana perempuan bertudung sekarang mengenakan tudung mereka tidak menepati hukum Islam.Bertudung tetapi masih nampak aurat.Bertudung tetapi masih boleh dipegang oleh lelaki.Bertudung tetapi tiada pegangan agama yang kuat.bertudung tetapi baju mengikut badan.Semua itu menjadi punca kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan.Sedih sekali tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Di harap kita akan sama-sama bermuhasabah diri dan mengikut landasan Islam yang sebenar.Amin.
Posted by Lah93 at 7:53 AM 0 comments
Saturday, December 25, 2010
Berbangga la Dengan Bahasa Kebangsaan Kita Bahasa Melayu...
Bahasa menunjukkan bangsa..Itu ungkapan yang sering saya dengar di tv...Memang betul la 2...Tpi saya perhatikan kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara..Saya bukan la 100% Melayu tetapi saya amat terkilan dengan sikap sesetangah orang yang mengabaikan kepentingan bahasa melayu terutamanya semasa berkomunikasi..Saya pernah ternampak wanita yang saya rasa boleh bercakap Melayu berkomunikasi dengan anaknya yang kecil bahasa Inggeris..Saya tahu bahasa Inggeris juga sangat penting dan saya juga sangat meminati bahasa Inggeris tetapi bukankah sangat rugi kerana pastinya anak tersebut akan mengalami kesukaran untuk bercakap bahasa Melayu dengan kawan2 nya bila membesar nanti...Tidak salah wanita tersebut untuk membiasakan anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi wanita tersebut juga patut seimbangkan penguasaan anaknya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
Selain itu saya selalu perhatikan orang-orang lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama rakyat Malaysia..Tidakkah itu menyedihkan kerana seolah-olah bahasa Melayu sudah terhapus dari kamus pemikiran mereka...Memang la selain bahasa Melayu bahasa lain boleh digunakan tetapi kenapa sekarang saya perhatikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar bercakap bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu...Saya bukan mahu menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah hakikat yang terjadi sekarang..Kadang2 saya marah sangat kerana orang Malaysia sendiri terlalu taksub dengan bahasa luar negara..Yang peliknya bangsa luar negara berlumba-lumba mempelajari bahasa Melayu dan ajaibnya mereka lebih fasih berbahasa Melayu jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia sendiri...
Adakah ini berlaku kerana kita merasa bahawa bahasa seperti bahasa inggeris standard kerana merupakan bahasa komunikasi dunia?Kita perlu ingat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca" dan digunakan dengan meluas sebagai bahasa perantaraan dikalangan pedagang yang datang ke selat Melaka.Walaupun itu beratus tahun yang lalu,tetapi kita perlu ingat dan berbangga dengan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa perantara dunia dan menjadi asas kepada bahasa jawi.
Sedarlah bahawa bahasa Melayu adalah identiti bangsa Malaysia dan sentiasa la berusaha memelihara bahasa Melayu daripada pupus ditelan zaman.Renung-renungkan la dan fikirkanlah...
Posted by Lah93 at 5:55 AM 0 comments
Saturday, December 11, 2010
Jangan Lupakan Sejarah Negara Kita!!!
Posted by Lah93 at 4:15 AM 0 comments