Assalammualaikum w.b.t...Saya ingin menceritakan kisah aku dan Indonesia..Sejak saya kecil saya telah dibesarkan dgn lagu kanak-kanak Indonesia..Mak saya yg selalu membelikan saya lagu kanak-kanak Indonesia..Mak saya mmg seorang yg memang minat lagu Indonesia..Mak juga mempunyai banyak vcd lagu Indonesia..Mak juga suka baca novel-novel Indonesia..Jd minat 2 telah saya warisi..
Thursday, March 31, 2011
Aku dan Indonesia...
Posted by Lah93 at 10:42 PM 0 comments
Tuesday, March 29, 2011
Cita-cita ku...
Assalammualaikum w.b.t...Saya mau cerita tentang cita-cita saya...Sebenarnya saya pun tak tau apa cita-cita saya sebenarnya...Kawan-kawan saya ada yg mau jadi nurse,guru dan sebagainya..
Semasa saya kecil saya suka bermain doktor..Tapi saya juga suka main berjual barang dan gunakan daun atau kertas sebagai duit..Adakah itu bermaksud saya mau jadi doktor atau cashier atau peniaga?Saya pun tak pasti..
Dulu masa saya sekolah rendah,cikgu saya tanya apa cita-cita saya..Saya tak tau tapi saya cuma cakap saya mau jadi doktor,guru..Cikgu nak saya bagi satu lg..Saya terus fikir dan saya cakap peguam...Saya pun tak tahu la..Saya tak la nak jadi peguam..Saya tak tahu mau cakap apa lagi cita-cita saya jadi sebab 2 mgkin saya terpaksa cakap peguam..Jadi 3 cita-cita itulah yg saya tulis bila diminta tulis apa cita-cita saya..Saya pun tak tahu adakah itu cita-cita sebenar saya...
Semasa saya Form 1..Saya pernah ternampak bilik makmal Biology dan dari situ saya berfikir saya mau masuk kelas yg ada Biology nanti..Mgkn jgk saya ada cita-cita mau jadi doktor..Sebenarnya saya kagum dgn seorang doktor..Saya ingin jadi seperti dia..Ubatnya yg dia bg alhamdulillah bagus dan baik...Saya ingin jadi seperti Dr.Mariana..Dia mempunyai klinik nya sendiri d Papar..Klinik Mariana..Tapi rasanya itu tak akan jadi kenyataan..Memang saya dapat masuk kelas yg ada Biology tapi masalahnya saya agak lemah dalam subjek Sains sejak saya sk dan form 1...Saya juga suka main2 kalau belajar..Jadi mmg tak dapat la saya jadi doktor..Saya juga lemah math dan addmath jadi memang saya tak dapat capai cita-cita jadi doktor..Saya suka menonton rancangan-rancangan yang berkaitan dengan perubatan tapi saya ni cepat mengilu jadi rasanya memang saya tak sesuai jadi doktor..
Posted by Lah93 at 8:37 PM 0 comments
Sunday, March 27, 2011
Seronoknya masa kanak-kanak...
Assalammualaikum w.b.t...Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya buat lg blog baru...Post baru...Balik-balik da on9 ni cuma mcm belum lg rasa mau buat blog baru..Sekarang ni saya mau cerita seronoknya masa saya kanak2..Dulu masa kanak2 saya ni manja..Hehe...Entah la napa..Menangis je..Kena buli oleh abang saudara kan..Tapi abang saudara saya 2 tak buli saya lagi..Da kawin da dia...Saya yg buli org sekarang..Hehe..Gurau je...Apa-apa pun yg saya nak cerita sekarang ialah tentang keseronokan masa saya kanak2 dulu..Dulu saya masih ingat lg...Saya seperti kanak2 yg lain bermain bersama2 dgn kazen dan jiran...Kdg2 kami bermain..Kdg2 bergaduh..Yg jiran 2 kdg2 je ada skrg..Saya pun tak berapa biasa da dgn dorang..Ada yg tggl di Sipitang..Ada yg tggl di Kinarut..
Masa saya kanak2 dulu,saya mmg tak tidur petang..Saya,kazen dan juga jiran yg juga merupakan saudara saya bermain di bawah rumah mereka..Main "tapuk2",main "Polis dan Pencuri",main "Nenek Si Bongkok Tiga" dan mcm2 lg...Yg popular juga masa 2 main getah..Hehe..
Masa saya kecil juga saya ada main layang-layang bila da tiba musim nya..Dulu kalau main layang-layang seronok sebab pak cik saya yg buatkan layang2 2 sendiri jadi layang-layang 2 tahan lama...Jika dibandingkan dgn layang2 yg dibeli di kedai,mmg cepat rosak..Saya juga suka memancing dulu..Dulu saya penyabar..Tapi sekarang tak berapa lagi..Mgkn sbb da remaja kan..Cepat marah....Tapi skrg kdg2 ada juga saya pergi memancing tapi tak la mcm dulu..Skrg tgh memancing 2,tgn asyik sms...Hehe..
Dulu juga saya ada kazen...Kazen 2 baik sgt dekat saya..Kami selalu bertukar hadiah..Tapi bukan la hadiah yg mahal atau yg dibeli..Tapi barang milik kami sendiri..Saya bagi dia barang saya..Dia bagi saya barang dia..Pembalut hadiahnya pula ialah kertas..Hehe...Tapi bila saya dan dia da makin rapat,suatu hari dia mau berpindah..Saya sedih sgt...Yg saya ingat saya rasa dia atau saya ada bg hadiah utk kali yg terakhir..Skrg bila dia ada dtg ke sini saya mcm da tak biasa da..Bukan saya tak ingat dia..Saya masih ingat segala kenangan 2..Tapi mgkn sbb terlalu lama tidak berjumpa dan berhubung buat saya tak berapa biasa dgn dia..Mak cik saya ada tnya "Napa ko berkurung je di rumah kalau dorang datang?.."Dulu dia sayang ko 2..Dia kesian tgk ko..Dia mau jadi kakak ko 2 dulu"..Saya diam je..Mmg saya pun syg kan dia tapi entah la...
Masa saya kecil juga saya sempat bergambus dgn kumpulan Allahyarham pak cik saya..Sya dan kazen saya nyanyi lagu..Tapi saya tak ingat apa...Mmg lucu sbb masa 2 saya yg paling damit(Kecil)...Mikrofon pun saya tak sampai..Sy juga ada menyanyi solo..Saya nyanyi lagu kanak-kanak Indonesia..Lagu "Pulanglah Papa" kalau saya tak silap...
Masa saya kecil juga saya selalu menari masa org bergambus..Hehe..Tapi skrg tak la..Besar da kan..Malu pula rasanya..
Dulu masa sekolah rendah,ada minuman susu sekolah..Ada coklat,vanila,strawberi dan honeydew..Seronoknya sbb saya sempat minum semua jenis minuman 2 tapi makin lama tiada da strawberi..Skrg coklat pun mcm tiada da..Kalau ada pun kurang..
Dari dulu saya suka mkn aiskrim..Sampai saya kena gelar raja aiskrim..Balik sekolah agama satu bakul plastik penuh dgn aiskrim 20 sen..Hehe..Tapi skrg saya jarang da jumpa..Ada tapi tiada masa mau beli..Lagipun saya jarang keluar rumah..Ada lg aiskrim kegemaran saya..Aiskrim kacang dan aiskrim buah..Dari dulu sampai skrg 20 sen masih harganya..Tapi baru2 ni saya tgk tiada da aiskrim 2..Sedih saya..Semua yg ada dulu mcm da makin pupus..Termasuk juga Chicken Wing manis yg saya suka makan dari saya kecil yg di jual di kedai..Kdg2 langsung tiada berjual..
Inilah antara keseronokan saya semasa kecil..Sebenarnya byk lagi..Tapi biarla itu menjadi kenangan yg terbaik utk saya..Saya harap anda juga jgn lupa keseronokan anda semasa kecil kerana saya pasti anda juga seronok masa kanak2..Bersyukurla kerana hidup anda lebih baik daripada kanak2 lain yg terpaksa hidup melarat,kebuluran dan sebagainya..Semoga pengalaman dan kenangan dulu mengajar kita menjadi manusia yg lebih baik...
Posted by Lah93 at 9:44 PM 0 comments
Monday, February 7, 2011
P.Ramlee
Assalammualaikum w.b.t....Hari ni sy nak cerita ttg lagenda yang mmg saya minat sgt iaitu P.Ramlee...P Ramlee adalah insan yg berbakat dalam pelbagai bidang..Dalam bidang lakonan,arahan,penerbitan,nyanyian dan mcm2 lg...Dari kecil lg sy sgt minat menonton karya2 lakonan arahan beliau yg sgt lucu dan kreatif...
Antaranya Bujang Lapok,Pendekar Bujang Lapok,Seniman Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok,Tiga Abdul,Ibu Mertuaku,Keluarga 69,Anak Bapak dan mcm2 lg...Saya tak pernah jemu balik2 menonton cerita2 tersebut dari saya kecil hingga la sekarang...Cerita P.Ramlee unik dan memang sesuai la Allahyarham P.Ramleee d gelar Seniman Agung P.Ramlee..
Melalui ceritanya yg lucu,sy menyangka P.Ramlee mempunyai kehidupan yg sgt indah dan gembira..Sy pernah juga terfikir bila membaca Mastika dan majalah yg lain ttg P.Ramlee..Tapi mgkn sy tidak berapa faham kisah kehidupan P.Ramlee yg sebenarnya...Sehingga la pada tahun lalu saya menonton History Channel 555 yg bertajuk "P.Ramlee"...Sy sgt teruja utk melihat dokumentari tersebut kerana sy mmg sgt minat P.Ramlee dan mmg sudah lama saya ingin menonton dokumentari mengenai P.Ramlee...
Pendekar Bujang Lapok
Dokumentari tersebut d siarkan selama 1 jam...Mula2 sy tgk dgn rasa gembira kerana pencapaian yg membanggakan yangg P.Ramlee telah raih d dalam dan luar negara...Tapi rupa-rupanya kehidupan P.Ramlee tak la seindah yg saya bayangkan...Pada permulaan kehidupannya,P.Ramlee hnya la pemuda yg berlakon dalam crita "Penarek Becha"...Bakatnya kemudian telah d sokong oleh Shaw Brothers dan perkara ini menyebabkan rasa tidak puas hati d kalangan pelakon lain...Walau bagaimana pun,P.Ramlee terus menjadi anak kesayangan Shaw Brothers dan P.Ramlee semakin berjaya dalam menghasilkan pelbagai filem yg berjaya...Pada masa yg sama P.Ramlee d kutuk oleh pihak wartawan dan pelakon yg tidak berpuas hati dgn kejayaan P.Ramlee...
Pada masa itu P.Ramlee mempunyai seorang isteri iaitu Junaidah..Pada masa tersebut,isterinya meninggalkannya dengan anaknya Nasir...P.Ramlee terpaksa menjaga Nasir seorang diri d awal permulaan zaman kegemilangan P.Ramlee dalam layar perak...
Kemudiannya,P.Ramlee telah bercinta dengan pelakon yg nama nya mula meningkat naik pada masa itu iaitu,Mariani,kakak kepada Saloma...Pada masa tersebut P.Ramlee telah memberi nasihat kepada Mariani supaya jangan melibatkan diri dalam bidang lakonan...
Pada masa tersebut,Saloma,adik Mariani minat kepada P.Ramlee...Pernah suatu hari,P.Ramlee makan malam bersama Mariani..Mariani perasan Saloma melihat mereka dari jauh dan dari situ Mariani ingin melakukan satu pengorbanan demi utk melihat Saloma bersama P.Ramlee...
Mariani teringat ttg nasihat P.Ramlee supaya Mariani tidak melibatkan diri dalam bidang lakonan...Mariani telah menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem..Mariani tidak tahu siapa pengarah filem tersebut...Pada malam nya,Mariani telah berterus terang kepada P.Ramlee..Dan reaksi P.Ramlee tidak seperti yg Mariani bayangkan...P.Ramlee hanya diam...
Esoknya,Mariani dtg ke pengambaran dan dapat tahu pengarah filem tersebut adalah P.Ramlee...Patut la P.Ramlee diam sahaja..P.Ramlee ada berkata "Saya tak nak tgk pelakon baru bernama yam(Nama gelaran P.Ramlee kpd Mariani)masuk ke set ini"..Oleh sebab itu,Mariani terpaksa menukar namanya kepada Mariani baru la dia dpt berlakon d bawah arahan P.Ramlee...Sejak itu,P.Ramlee tidak bertegur sapa dgn Mariani selama 7 tahun...
Hajat Mariani itu tidak kesampaian kerana P.Ramlee berkahwin dgn Noorizan,seorang kerabat d Raja Perak yg sanggup meninggalkan Istana demi P.Ramlee...Saloma merajuk dgn membawa diri ke luar negara...
Pada awal perkahwinan P.Ramlee byk filem dan lagu P.Ramlee berjaya...Kebanyakan lagu ciptaan P.Ramlee adalah berdasarkan inspirasi kebahagiaan rumahtangga P.Ramlee bersama Noorizan...Bagaimana pun,Noorizan tidak merasa yg demikian..Dia merasa P.Ramlee terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan dirinya...Syak wasangka Noorizan menyebabkan rummahtangga dengan P.Ramlee tidak aman dan mereka sering bergaduh...Anak P.Ramlee,Nasir ada bercerita bahawa ada suatu ketika,P.Ramlee dan Noorizan bergaduh sehingga Noorizan pengsan dan P.Ramlee membawa Noorizan ke hospital...
Pada masa tersebut,P.Ramlee mendapat pelbagai anugerah d luar negara..Kepulangan P.Ramlee disambut meriah pelakon dan rakan2 P.Ramlee dari Shaw Brothers...Pada masa yg sama masih terdapat pihak yg tidak berpuas hati dgn kejayaan P.Ramlee...Walaupun filem2 P.Ramlee berjaya dan mendapat pujian,d rumah lain pula hal nya..Ada suatu hari,P.Ramlee merakam lagu bersama2 bekas kekasihnya Mariani..Noorizan msuk ke studio tersebut dan nmpak P.Ramlee dan Mariani berdua d studio tersebut...
Pada suatu hari,Noorizan dtg ke rumah Mariani dan mrah2..Rsa2nya mereka tarik2 rmbut..Sy tak ingat...Kemudian Mariani berkata.."Pergi dari rumah saya..Kamu menceroboh..."Mariani saman Noorizan,tetapi Noorizan telah meminta maaf dan Mariani menarik semula saman tersebut...Saloma yg baru balik dari luar negara mendapat tahu bahawa kakak kesayangannya telah disakiti dan dia tidak berpuas hati..Dia berjumpa Noorizan dan berkata bahawa dia akan merampas P.Ramlee dari Noorizan...
Saloma kemudiannya menyanyi bersama2 P.Ramlee dan dia berlakon dalam filem arahan P.Ramlee...Noorizan selalu cemburu dgn P.Ramlee kerana dia sering berganding dgn pelakon2 wanita...Pernah suatu hari,Noorizan dtg ke lokasi shooting P.Ramlee bersama2 anaknya Nasir,tetapi P.Ramlee mendapat tahu lebih awal dan dia mempunyai spy2 yg memberitahu dia bahawa Noorizan dtg dan P.Ramlee akan berpura2 memarahi saloma...
Walaupun P.Ramlee terus d hentam oleh pihak wartawan,P.Ramlee masih berjaya menghasilkan filem2 yg mendapat sambutan seperti Bujang Lapok,Seniman Bujang Lapok,Penedekar Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok dan Madu 3...
Walaubagaimanapun,rumahtangga P.Ramlee tidak lg dapat d pertahankan...Beliau akhirnya bercerai dgn Noorizan...
Beberapa lama kemudian,P.Ramlee telah memberitahu ibu saudaranya yg dia ingin berkahwin dgn Saloma...
Ibu saudaranya menyangka P.Ramlee hnya bergurau sahaja tetapi P.Ramlee serius hendak berkahwin dgn Saloma...Akhirnya P.Ramlee dan Saloma berkahwin...
Semasa P.Ramlee hendak berkahwin dgn Saloma...P.Ramlee telah bertanya kepada anaknya Nasir..Nasir berkata dia tidak suka Saloma...Setelah P.Ramlee berkahwin dgn Saloma,Nasir telah mula syg kpd Saloma kerana jika P.Ramlee dan Saloma bergaduh,Nasir akan menjadi perantara dan Saloma akan memberikannya duit utk menjadi wakil jika ada yg ingin Saloma atau P.Ramlee kata kan...Nasir berkata "I love my mummy(Saloma)"...
Pada awal perkahwinan Saloma dan P.Ramlee,Saloma tidak faham dgn sikap P.Ramlee..P.Ramlee akan berada di bilik mandi utk masa yg lama...Rupa2nya P.Ramlee menyanyi utk mendapatkan ilham mencipta lagu..
.
Posted by Lah93 at 7:56 PM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
Gemuk...Berisi atau Kurus?
Posted by Lah93 at 8:05 AM 0 comments
Friday, January 21, 2011
Kartun..
Assalammualaikum w.b.t...Lama da tak update blog ni..Selalu teringat tapi kurang rajin..Hehehe...Tentang tajuk d atas,memang lama da mau cerita ttg kartun ni...
Saya adalah peminat kartun...Salah satunya gambar kartun d atas Detective Conan...Walaupun saya da umur 18 tahun tapi saya memang lebih banyak tgk kartun klu tgk tv...Sebenarnya saya memang minat tgk kartun dari kecil lagi..Contohnya Dragon Ball,Doraemon,Sin Chan dan byk lagi...
Memang la kan patutnya bila da remaja ni kurang sikit la minat mau tgk kartun ni..Saya pernah juga 2..Tapi ada la suatu hari,adik2 saudara saya tgk kartun dekat rumah saya..Saya tgk je la kan..Bila lama2 tgk crita kartun 2 mcm lucu jgk...Dari situ saya macam berminat la mau tgk kartun yg adik2 saudara saya ni tgk..Memang macam pelik la da besar mcm ni tgk kartun yg budak2 sekolah rendah tgk tapi melalui kartun itulah saya sedar satu perkara...
Saya sedar bahawa kartun bukan sahaja sekadar hiburan malah ia membawa mesej yg lain...Saya tidak hairan la kenapa budak2 sekarang pintar sgt...Sebab bila saya tgk kartun,d sebalik aksi2 lucu kartun tersebut sebenarnya terselit pendidikan..Sebagai contoh dalam kartun The Fairly Odd Parent,ada d tnjukkan tentang Eureka..Mula2 saya tidak la faham apa 2 tapi lepas beberapa lama kemudian Sir saya ada menerangkan ttg Physics dan Sir ada menerangkan tentang Eureka!Wah..Dari situ la saya tau bahawa saya telah mendapat makluamat tentang pelajaran pelajar Form 5 melalui kartun utk budak sekolah rendah..Sungguh mengagumkan!
Bukan itu sahaja,d kartun2 yg lain juga saya boleh belajar byk perkara yg org dewasa tak kan menyangka boleh membantu perkembangan otak anak mereka...Melalui kartun juga saya belajar bahasa Inggeris dulu..Memang byk yg tertanya2 mcm mna mau belajar bahasa Inggeris?Kan audio nya d tukar kepada bahasa Melayu..Memang..Tapi dalam kartun itu kadang2 masih ada ayat Inggeris yg kekal dan kita jangan leka kerana kdg2 ayat Inggeris itu boleh kita ketahui maknanya melalui ayat bahasa Melayu yg telah d tukar pada kartun tersebut...
Posted by Lah93 at 5:54 AM 0 comments
Tuesday, December 28, 2010
Perempuan bertudung sekarang betul-betul menutup aurat ke?
Ramai wanita yang memakai tudung yang indah dan nampak cantik.Pelbagai fesyen telah diperkenalkan dan menjadi ikutan wanita zaman sekarang.Walaupun begitu,saya sering melihat cara pemakaiannya sangat tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar.Saya bukan hendak mengkritik.Saya pun bukan lah jenis wanita yang memakai tudung yang labuh.Tetapi sebagai seorang muslimah,saya tergerak hati untuk mengatakan ini.Wanita bertudung sekarang memakai tudung tetapi memakai baju ketat.Memakai tudung tetapi nampak rambut.Memakai tudung tetapi nampak dada.Memakai tudung tetapi nampak belakang,.Memakai tudung tetapi baju pendek.Kadang-kadang saya rasakan lebih baik tidak payah bertudung kalau macam itu.
Saya pernah mendengar,orang yang memakai tudung akan dapat terpelihara dirinya dari kemaksiatan.Orang yang bertudung mustahil akan dapat risiko untuk mendapat bahaya kerana tidak ada yang berani mendekati wanita yang bermaruah dan bertudung.Mungkin bagi saya hanya orang yang seksi sahaja sering menjadi mangsa perbuatan jenayah dan sebagainya kerana faktor pakaian mereka yang agak menjolok mata.Tetapi hakikatnya perempuan bertudung sekarang sama sahaja seperti tidak bertudung.Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya tetapi akhirnya saya dapat jawapannya.Semua ini terjadi kerana perempuan bertudung sekarang mengenakan tudung mereka tidak menepati hukum Islam.Bertudung tetapi masih nampak aurat.Bertudung tetapi masih boleh dipegang oleh lelaki.Bertudung tetapi tiada pegangan agama yang kuat.bertudung tetapi baju mengikut badan.Semua itu menjadi punca kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan.Sedih sekali tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Di harap kita akan sama-sama bermuhasabah diri dan mengikut landasan Islam yang sebenar.Amin.
Posted by Lah93 at 7:53 AM 0 comments






















