BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, February 7, 2011

P.Ramlee





   Assalammualaikum w.b.t....Hari ni sy nak cerita ttg lagenda yang mmg saya minat sgt iaitu P.Ramlee...P Ramlee adalah insan yg berbakat dalam pelbagai bidang..Dalam bidang lakonan,arahan,penerbitan,nyanyian dan mcm2 lg...Dari kecil lg sy sgt minat menonton karya2 lakonan arahan beliau yg sgt lucu dan kreatif...
  Antaranya Bujang Lapok,Pendekar Bujang Lapok,Seniman Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok,Tiga Abdul,Ibu Mertuaku,Keluarga 69,Anak Bapak dan mcm2 lg...Saya tak pernah jemu balik2 menonton cerita2 tersebut dari saya kecil hingga la sekarang...Cerita P.Ramlee unik dan memang sesuai la Allahyarham P.Ramleee d gelar Seniman Agung P.Ramlee..
   Melalui ceritanya yg lucu,sy menyangka P.Ramlee mempunyai kehidupan yg sgt indah dan gembira..Sy pernah juga terfikir bila membaca Mastika dan majalah yg lain ttg P.Ramlee..Tapi mgkn sy tidak berapa faham kisah kehidupan P.Ramlee yg sebenarnya...Sehingga la pada tahun lalu saya menonton History Channel 555 yg bertajuk "P.Ramlee"...Sy sgt teruja utk melihat dokumentari tersebut kerana sy mmg sgt minat P.Ramlee dan mmg sudah lama saya ingin menonton dokumentari mengenai P.Ramlee...


                                                            Pendekar Bujang Lapok


   Dokumentari tersebut d siarkan selama 1 jam...Mula2 sy tgk dgn rasa gembira kerana pencapaian yg membanggakan yangg P.Ramlee telah raih d dalam dan luar negara...Tapi rupa-rupanya kehidupan P.Ramlee tak la seindah yg saya bayangkan...Pada permulaan kehidupannya,P.Ramlee hnya la pemuda yg berlakon dalam crita "Penarek Becha"...Bakatnya kemudian telah d sokong oleh Shaw Brothers dan perkara ini menyebabkan rasa tidak puas hati d kalangan pelakon lain...Walau bagaimana pun,P.Ramlee terus menjadi anak kesayangan Shaw Brothers dan P.Ramlee semakin berjaya dalam menghasilkan pelbagai filem yg berjaya...Pada masa yg sama P.Ramlee d kutuk oleh pihak wartawan dan pelakon yg tidak berpuas hati dgn kejayaan P.Ramlee...
   Pada masa itu P.Ramlee mempunyai seorang isteri iaitu Junaidah..Pada masa tersebut,isterinya meninggalkannya dengan anaknya Nasir...P.Ramlee terpaksa menjaga Nasir seorang diri d awal permulaan zaman kegemilangan P.Ramlee dalam layar perak...
  Kemudiannya,P.Ramlee telah bercinta dengan pelakon yg nama nya mula meningkat naik pada masa itu iaitu,Mariani,kakak kepada Saloma...Pada masa tersebut P.Ramlee telah memberi nasihat kepada Mariani supaya jangan melibatkan diri dalam bidang lakonan...
  Pada masa tersebut,Saloma,adik Mariani minat kepada P.Ramlee...Pernah suatu hari,P.Ramlee makan malam bersama Mariani..Mariani perasan Saloma melihat mereka dari jauh dan dari situ Mariani ingin melakukan satu pengorbanan demi utk melihat Saloma bersama P.Ramlee...
   Mariani teringat ttg nasihat P.Ramlee supaya Mariani tidak melibatkan diri dalam bidang lakonan...Mariani telah menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem..Mariani tidak tahu siapa pengarah filem tersebut...Pada malam nya,Mariani telah berterus terang kepada P.Ramlee..Dan reaksi P.Ramlee tidak seperti yg Mariani bayangkan...P.Ramlee hanya diam...
   Esoknya,Mariani dtg ke pengambaran dan dapat tahu pengarah filem tersebut adalah P.Ramlee...Patut la P.Ramlee diam sahaja..P.Ramlee ada berkata "Saya tak nak tgk pelakon baru bernama yam(Nama gelaran P.Ramlee kpd Mariani)masuk ke  set ini"..Oleh sebab itu,Mariani terpaksa menukar namanya kepada Mariani baru la dia dpt berlakon d bawah arahan P.Ramlee...Sejak itu,P.Ramlee tidak bertegur sapa dgn Mariani selama 7 tahun...
    Hajat Mariani itu tidak kesampaian kerana P.Ramlee berkahwin dgn Noorizan,seorang kerabat d Raja Perak yg sanggup meninggalkan Istana demi P.Ramlee...Saloma merajuk dgn membawa diri ke luar negara...
Pada awal perkahwinan P.Ramlee byk filem dan lagu P.Ramlee berjaya...Kebanyakan lagu ciptaan P.Ramlee adalah berdasarkan  inspirasi kebahagiaan rumahtangga P.Ramlee bersama Noorizan...Bagaimana pun,Noorizan tidak merasa yg demikian..Dia merasa P.Ramlee terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan dirinya...Syak wasangka Noorizan menyebabkan rummahtangga dengan P.Ramlee tidak aman dan mereka sering bergaduh...Anak P.Ramlee,Nasir ada bercerita bahawa ada suatu ketika,P.Ramlee dan Noorizan bergaduh sehingga Noorizan pengsan dan P.Ramlee membawa Noorizan ke hospital...
   Pada masa tersebut,P.Ramlee mendapat pelbagai anugerah d luar negara..Kepulangan P.Ramlee disambut meriah pelakon dan rakan2 P.Ramlee dari Shaw Brothers...Pada masa yg sama masih terdapat pihak yg tidak berpuas hati dgn kejayaan P.Ramlee...Walaupun filem2 P.Ramlee berjaya dan mendapat pujian,d rumah lain pula hal nya..Ada suatu hari,P.Ramlee merakam lagu bersama2 bekas kekasihnya Mariani..Noorizan msuk ke studio tersebut dan nmpak P.Ramlee dan Mariani berdua d studio tersebut...
  Pada suatu hari,Noorizan dtg ke rumah Mariani dan mrah2..Rsa2nya mereka tarik2 rmbut..Sy tak ingat...Kemudian Mariani berkata.."Pergi dari rumah saya..Kamu menceroboh..."Mariani saman Noorizan,tetapi Noorizan telah meminta maaf dan Mariani menarik semula saman tersebut...Saloma yg baru balik dari luar negara mendapat tahu bahawa kakak kesayangannya telah disakiti dan dia tidak berpuas hati..Dia berjumpa Noorizan dan berkata bahawa dia akan merampas P.Ramlee dari Noorizan...
  Saloma kemudiannya menyanyi bersama2 P.Ramlee dan dia berlakon dalam filem arahan P.Ramlee...Noorizan selalu cemburu dgn P.Ramlee kerana dia sering berganding dgn pelakon2 wanita...Pernah suatu hari,Noorizan dtg ke lokasi shooting P.Ramlee bersama2 anaknya Nasir,tetapi P.Ramlee mendapat tahu lebih awal dan dia mempunyai spy2 yg memberitahu dia bahawa Noorizan dtg dan P.Ramlee akan berpura2 memarahi saloma...
  Walaupun P.Ramlee terus d hentam oleh pihak wartawan,P.Ramlee masih berjaya menghasilkan filem2 yg mendapat sambutan seperti Bujang Lapok,Seniman Bujang Lapok,Penedekar Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok dan Madu 3...
   Walaubagaimanapun,rumahtangga P.Ramlee tidak lg dapat d pertahankan...Beliau akhirnya bercerai dgn Noorizan...
     Beberapa lama kemudian,P.Ramlee telah memberitahu ibu saudaranya yg dia ingin berkahwin dgn Saloma...
    Ibu saudaranya menyangka P.Ramlee hnya bergurau sahaja tetapi P.Ramlee serius hendak berkahwin dgn Saloma...Akhirnya P.Ramlee dan Saloma berkahwin...
    Semasa P.Ramlee hendak berkahwin dgn Saloma...P.Ramlee telah bertanya kepada anaknya Nasir..Nasir berkata dia tidak suka Saloma...Setelah P.Ramlee berkahwin dgn Saloma,Nasir telah mula syg kpd Saloma kerana jika P.Ramlee dan Saloma bergaduh,Nasir akan menjadi perantara dan Saloma akan memberikannya duit utk menjadi wakil jika ada yg ingin Saloma atau P.Ramlee kata kan...Nasir berkata "I love my mummy(Saloma)"...
    Pada awal perkahwinan Saloma dan P.Ramlee,Saloma tidak faham dgn sikap P.Ramlee..P.Ramlee akan berada di bilik mandi utk masa yg lama...Rupa2nya P.Ramlee menyanyi utk mendapatkan ilham mencipta lagu..

Pada suatu hari,P.Ramlee telah balik dari luar negara setelah mendapat anugerah di sana...Tetapi P.Ramlee hanya disambut Saloma dan beberapa rakannya...Rupa2nya Shaw Brothers mempunyai masalah...Mereka tidak mempunyai bajet untuk membayar pelakon dan krew Ibu Mertuaku...Atas rasa cinta P.Ramlee terhadap bidang filem,P.Ramlee menggunakan duitnya utk membayar pelakon2 dan krew...Akhirnya filem Ibu Mertuaku dapat ditayangkan...
Pernah suatu hari,Shaw Brothers berjanji kpd P.Ramlee yg mereka akan memberikan peluang utk P.Ramlee membuat filem yg berwarna diluar negara...P.Ramlee sangat gembira kerana beliau memang teringin membuat sambungan filem bujang lapok dalam bentuk berwarna...Bagaimanapun perasaan itu bertukar kepada rasa kekecewaan kerana tiba2 Shaw Brothers tidak jadi menunaikan janji mereka itu...
Akhirnya pada suatu hari,P.Ramlee berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur...Ramai kwn2 P.Ramlee merasa sedih dgn perpindahan P.Ramlee itu...Walaupun Merdeka Studio tidak mempunyai byk alat kemudahan yg lengkap,P.Ramlee masih cuba menghasilkan filem2...Bagaimanapun filem2 itu tidak berjaya kerana kurang kesan...Shaw Brothers ada melihat tayangan filem P.Ramlee tetapi awal keluar kerana tidak sanggup melihat filem P.Ramlee yg merosot...P.Ramlee cuba utk mengembalikan watak Bujang Lapok dekat filem Do Re Mi tapi kurang mendapat sambutan penonton..Saya terkejut kerana saya suka jgk tgk filem itu kerana cerita tersebut lucu tapi saya tidak sangka cerita itu kurang mendapat sambutan...

Akhirnya P.Ramlee tidak lagi mengarah filem...P.Ramlee hanya kdg2 d jemput utk menjadi juri jemputan...
Pernah suatu hari wartawan ingin menemuramah P.Ramlee semasa P.Ramlee sedang menulis lirik lagu tetapi P.Ramlee menjauhkan diri kerana P.Ramlee masih marah dgn wartawan yg menyebarkan pelbagai cerita tentang P.Ramlee..
Pernah suatu hari,P.Ramlee kerja menjaga kedai tapi lupa kedai apa...Kawan lama P.Ramlee datang ke sana dan ternampak P.Ramlee..P.Ramlee rasa sgt malu dan dia menyuruh kwnnya 2 duduk...
Suatu hari,P.Ramlee telah dijemput utk melakukan konsert dgn 2 org lagi penyanyi...Ada org yg menjadi jurukamera pada hari itu mengenali P.Ramlee...Dia kata,semasa 2 artis itu menyanyi mendapat sambutan tetapi apabila P.Ramlee menyanyi,semua penonton "Boo" P.Ramlee..Mereka cakap muzik P.Ramlee tidak lagi sesuai pada masa tu rasanya...Ya Allah...Sedihnya hati saya bila dapat tahu perkara 2...Saya sangat-sangat marah dgn penonton tersebut..Kalau saya da lahir masa 2 saya tak akan biarkan penonton mengejek P.Ramlee mcm itu...Yg buat saya bertambah marah penonton 2 bkan org lain...Org negara asal P.Ramlee sendiri..Ya Allah...Sanggupnya mereka buat P.Ramlee mcm ni...
Suatu hari P.Ramlee telah dijemput ke Singapura...Utk pertama kalinya P.Ramlee kembali semula ke sana...Di sana ada peserta dari Singapura,Malaysia dan lain2...Tidak ada seorang pun peserta dari Malaysia menjemput P.Ramlee duduk...P.Ramlee ternampak Aziz Sattar..P.Ramlee duduk di belakang Aziz Sattar...P.Ramlee berkata "Aziz,semua org da tak sayang kat aku"..Aziz sattar berkata "Biar org tak sayang kita,yg penting Allah sayang kita..." Aziz Sattar menceritakan pernah suatu hari beliau pergi ke ruamh P.Ramlee...Dia ternampak P.Ramlee hanya makan nasi dan telur je...Ya Allah...Mmg sedih la bila tau hakikat hidup P.Ramlee sebenarnya..
Suatu hari Mariani berjalan dari bank dengan P.Ramlee dan Saloma...Ada seorang lelaki meminta duit dari P.Ramlee...P.Ramlee mengeluarkan duit RM200 yg P.Ramlee baru keluarkan dari bank...Saloma bertanya "Papa,kenapa bg duit 2 dekat lelaki 2?Bank bukannya senang nak buka.." P.Ramlee kata "Tak apa la..Itu rezeki lelaki 2"..Ya Allah...Mulianya hati P.Ramlee...
Pada tahun 1973,P.Ramlee telah meninggal dunia...Saloma dan kwn2nya menyangka tidak akan ramai yg akan dtg tetapi salah..Beribu-ribu peminat yg dtg utk memberi penghormatan terakhir utk P.Ramlee...
Selepas itu,timbul penyesalan dikalangan peminat dan org ramai ttg bagaimana mereka mengabaikan P.Ramlee semasa P.Ramlee hidup...Album2 dan filem2 P.Ramlee byk yg dicetak dan mendapat sambutan...Bg saya itu semua sudah terlambat kerana P.Ramlee telah pun meninggal dunia...Sejak itu juga bila ada wartawan yg memburuk-burukkan P.Ramlee akan ada yg melawan...Mereka saling berbalas2...
Memamg lumrah manusia kan,bila org 2 da tak ada baru dihargai...Bila skrg org menyanyi semula lagu P.Ramlee saya tak hairan kerana saya rasa sakit hati dgn layanan mereka terhadap P.Ramlee dulu...Saya juga akan rasa sedih bila tgk cerita Do Re Mi dan Bujang Lapok kerana saya masih mcm tak percaya hidup P.Ramlee mcm 2...Kepada yang "Boo.." P.Ramlee dan cakap muzik P.Ramlee tidak sesuai masa tu tengok la sekarang...Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa tidak bosan-bosan menonton cerita P.Ramlee dan lagunya sering dinyanyikan generasi muda dan sebagainya...Kamu mahu tahu kah?Itu adalah sumpahan untuk kamu!Tengoklah...Orang yang kamu hina tu Allah S.W.T angkat darjatnya dengan filemnya ditayangkan berulang-ulang kali di TV2 dan Astro Prima...Lagunya dinyanyikan dalam Pertandingan P.Ramlee...Jadi sekarang tanya diri sendiri adakah lagu P.Ramlee tidak sesuai lagi pada masa dahulu???Kalau macam tu kenapa lagu P.Ramlee sesuai sampai sekarang???Kenapa???Mahu tau tak?Kisah hidup P.Ramlee sama dengan filem P.Ramlee "Sumpahan Orang Minyak" kerana P.Ramlee dihina sama seperti dalam cerita tersebut...Jadi saya mahu tanya anda seperti dialog P.Ramlee dalam cerita tersebut..."Tidak malukah anda hidup sebagai manusia???" 
Cuba anda fikir...Kalau P.Ramlee masih hidup sampai sekarang adakah P.Ramlee akan dianugerahkan gelaran Seniman Agung P.Ramlee dan Tan Sri?Saya tidak rasa macam tu...Jadi ubah sikap anda...Jangan jadi manusia yang menghina seseorang bila dia sudah tidak dalam zaman kegemilangannya dan hanya menyesal dan menghargai seseorang yang anda hina bila dia sudah tidak ada...
Cerita di atas adalah berdasarkan apa yg saya ingat jd klu ada fakta yg salah saya minta maaf...Klu ingin tahu cerita yg lebih lengkap tgk la "P.Ramlee" di History Channel...


    
   .
   




    

Wednesday, February 2, 2011

Gemuk...Berisi atau Kurus?

Assalammualaikum w.b.t...Saya trpaksa buat balik blog ni sbb blog hari 2 ada masalah sikit...Saya nak cerita sikit ttg tajuk d atas yg ada kaitan dgn diri saya...
Dulu msa sy form 2,saya adalah seorang yg pendiam...Jd mgkn sbb 2 senang je org mau pijak2...Kira dari form 1 lg sy ni d gelar lurus bendul..Apa je org ckp sy prcaya je..Sy ikut...Tajuk d atas jugak ada kaitan dgn saya msa form 2...Ada kwn saya yg ska klu dlm bahasa Melayu-Brunei "Mengucap2" saya..Contohnya,klu sy mau duduk,kwn sy 2 ckp "Barat(Berat) jue ko ni..." Sy diam je...Sy pendam je perasaan saya...Ada lg sy tnya kwn sy 2..'Badan aku sama kah dgn si !@#$?"..Kwn saya 2 ckp "Lebih kurang tapi dia kurus lagi  tapi muka ko 2 je.."...Sy tnya kenapa dgn muka saya?Dorang ckp muka saya bulat..Oh..Jd klu muka saya bulat saya ni gemuk la?
Semua kata2 mereka itu membuat kan sy tertekan..Sy menjadi seorang yg merendah diri...Sy jarang pergi ke kantin..Mereka baik sebenarnya cuma kata2 mereka 2 yg membuat saya sedih...Saya pun tak tau saya ni Gemuk,berisi atau kurus...Sebab klu sy tgk sy ni ramping..Mna ada gemuk..Sy tau muka sy ni bulat tapi nda semestinya sy gemuk...
Sekarang kwn yg ckp saya berat 2 tak lg "Ucap2" saya..Alhamdulillah..Trdiam dia terus sbb bila berat sy d timbang,berat sy ialah 37..Dia plak 40 lebih...Akhirnya dpt jugak sy buktikan sy ni nda berat...Tapi sy agak terkilan sbb msih ada jgk kwn sy yg tak dpt terima hakikat yg sy ni tak berat..Mereka ckp "Mgkn tulang ko bha 2 ringan..Sebab 2 berat ko ringan.."..Sy tak tau la mau ckp apa lg..Peduli la dorang...
Sy adalah peminat "The Biggest Loser" dan "Losing It With Jillian" ...Pernah jurulatihnya Jillian Michael berkata kpd seorang remaja yg berumur 14 tahun yg tidak mempunyai keyakinan terhadap dirinya sendiri..Jillian berkata "Dulu saya juga adalah seorang budak yg gemuk..Semasa saya berumur 14 tahun,saya juga mempunyai masa yg sukar kerana saya gemuk...Saya bernasib baik kerana mak saya menghantar saya ke kelas mempertahankan diri supaya saya mempunyai keyakinan terhadap diri saya"...Semasa dia berkata yg dia pernah gemuk saya sgt terkejut kerana siapa sangka...Sekarang badan nya kurus..Patut la dia berusaha mendorong peserta gemuk dalam rancangan tersebut...Kata2nya itu dan rancangan tersebut memberi saya inspirasi kerana saya juga mempunyai masa yg sukar semasa berumur 14 tahun...Saya memang masih terasa dgn kata2 mereka tetapi saya anggap itu sbg dorongan utk sy...
Saya cuma harap mereka ni berubah dan sedar bahawa penghinaan tanpa mereka sedari ini boleh menyebabkan seseorang merendah diri dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri...Terima la kawan anda seadanya dan jangan la berkata sesuatu yg boleh menyinggung perasaan org walaupun org itu rapat dgn anda dan menganggap itu sbg gurauan kerana kata2 tersebut akan membuat kan kwn anda itu terasa walaupun mereka mcm ok sahaja dgn kata2 anda...

Friday, January 21, 2011

Kartun..



  Assalammualaikum w.b.t...Lama da tak update blog ni..Selalu teringat tapi kurang rajin..Hehehe...Tentang tajuk d atas,memang lama da mau cerita ttg kartun ni...
  Saya adalah peminat kartun...Salah satunya gambar kartun d atas Detective Conan...Walaupun saya da umur 18 tahun tapi saya memang lebih banyak tgk kartun klu tgk tv...Sebenarnya saya memang minat tgk kartun dari kecil lagi..Contohnya Dragon Ball,Doraemon,Sin Chan dan byk lagi...
   Memang la kan patutnya bila da remaja ni kurang sikit la minat mau tgk kartun ni..Saya pernah juga 2..Tapi ada la suatu hari,adik2 saudara saya tgk kartun dekat rumah saya..Saya tgk je la kan..Bila lama2 tgk crita kartun 2 mcm lucu jgk...Dari situ saya macam berminat la mau tgk kartun yg adik2 saudara saya ni tgk..Memang macam pelik la da besar mcm ni tgk kartun yg budak2 sekolah rendah tgk tapi melalui kartun itulah saya sedar satu perkara...


   Saya sedar bahawa kartun bukan sahaja sekadar hiburan malah ia membawa mesej yg lain...Saya tidak hairan la kenapa budak2 sekarang pintar sgt...Sebab bila saya tgk kartun,d sebalik aksi2 lucu kartun tersebut sebenarnya terselit pendidikan..Sebagai contoh dalam kartun The Fairly Odd Parent,ada d tnjukkan tentang Eureka..Mula2 saya tidak la faham apa 2 tapi lepas beberapa lama kemudian Sir saya ada menerangkan ttg Physics dan Sir ada menerangkan tentang Eureka!Wah..Dari situ la saya tau bahawa saya telah mendapat makluamat tentang pelajaran pelajar Form 5 melalui kartun utk budak sekolah rendah..Sungguh mengagumkan!
  Bukan itu sahaja,d kartun2 yg lain juga saya boleh belajar byk perkara yg org dewasa tak kan menyangka boleh membantu perkembangan otak anak mereka...Melalui kartun juga saya belajar bahasa Inggeris dulu..Memang byk yg tertanya2 mcm mna mau belajar bahasa Inggeris?Kan audio nya d tukar kepada bahasa Melayu..Memang..Tapi dalam kartun itu kadang2 masih ada ayat Inggeris yg kekal dan kita jangan leka kerana kdg2 ayat Inggeris itu boleh kita ketahui  maknanya melalui ayat bahasa Melayu yg telah d tukar pada kartun tersebut...

Selain tu,kartun bukan la membuang masa sebenarnya..Macam yg saya ckp tadi,kartun membawa mesej lain yg penting yg bukan sahaja hiburan malah pendidikan...Ibu bapa seharusnya tidak menghalang anak2 menonton kartun dgn berckp "kartun,kartun je" kerana tanpa anda sedar anak2 anda sebenarnya jauh lebih bijak dari yg anda sangka..Tapi kita harusla pandai seimbangkan antara tgk kartun dan belajar...Lebihkan belajar dari tgk kartun..Bila cuti baru la puas2 tgk kartun..Tapi kena pndai2 la mengatur masa dengan bijak...

Tuesday, December 28, 2010

Perempuan bertudung sekarang betul-betul menutup aurat ke?

 Tudung adalah salah satu aset bagi perempuan muslimah.Bertudung adalah salah satu kewajipan agama Islam.Tujuannya adalah untuk menutup aurat dan menjaga maruah diri seseorang perempuan.Walaubagaimanapun,adakah konsep bertudung sekarang menepati hukum yang telah ditetapkan agama Islam?
 Ramai wanita yang memakai tudung yang indah dan nampak cantik.Pelbagai fesyen telah diperkenalkan dan menjadi ikutan wanita zaman sekarang.Walaupun begitu,saya sering melihat cara pemakaiannya sangat tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar.Saya bukan hendak mengkritik.Saya pun bukan lah jenis wanita yang memakai tudung yang labuh.Tetapi sebagai seorang muslimah,saya tergerak hati untuk mengatakan ini.Wanita bertudung sekarang memakai tudung tetapi memakai baju ketat.Memakai tudung tetapi nampak rambut.Memakai tudung tetapi nampak dada.Memakai tudung tetapi nampak belakang,.Memakai tudung tetapi baju pendek.Kadang-kadang saya rasakan lebih baik tidak payah bertudung kalau macam itu.
 Saya pernah mendengar,orang yang memakai tudung akan dapat terpelihara dirinya dari kemaksiatan.Orang yang bertudung mustahil akan dapat risiko untuk mendapat bahaya kerana tidak ada yang berani mendekati wanita yang bermaruah dan bertudung.Mungkin bagi saya hanya orang yang seksi sahaja sering menjadi mangsa perbuatan jenayah dan sebagainya kerana faktor pakaian mereka yang agak menjolok mata.Tetapi hakikatnya perempuan bertudung sekarang sama sahaja seperti tidak bertudung.Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya tetapi akhirnya saya dapat jawapannya.Semua ini terjadi kerana perempuan bertudung sekarang mengenakan tudung mereka tidak menepati hukum Islam.Bertudung tetapi masih nampak aurat.Bertudung tetapi masih boleh dipegang oleh lelaki.Bertudung tetapi tiada pegangan agama yang kuat.bertudung tetapi baju mengikut badan.Semua itu menjadi punca kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan.Sedih sekali tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Di harap kita akan sama-sama bermuhasabah diri dan mengikut landasan Islam yang sebenar.Amin.

Saturday, December 25, 2010

Berbangga la Dengan Bahasa Kebangsaan Kita Bahasa Melayu...

  Bahasa menunjukkan bangsa..Itu ungkapan yang sering saya dengar di tv...Memang betul la 2...Tpi saya perhatikan kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara..Saya bukan la 100% Melayu tetapi saya amat terkilan dengan sikap sesetangah orang yang mengabaikan kepentingan bahasa melayu terutamanya semasa berkomunikasi..Saya pernah ternampak wanita yang saya rasa boleh bercakap Melayu berkomunikasi dengan anaknya yang kecil bahasa Inggeris..Saya tahu bahasa Inggeris juga sangat penting dan saya juga sangat meminati bahasa Inggeris tetapi bukankah sangat rugi kerana pastinya anak tersebut akan mengalami kesukaran untuk bercakap bahasa Melayu dengan kawan2 nya bila membesar nanti...Tidak salah wanita tersebut untuk membiasakan anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi wanita tersebut juga patut seimbangkan penguasaan anaknya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
 Selain itu saya selalu perhatikan orang-orang lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama rakyat Malaysia..Tidakkah itu menyedihkan kerana seolah-olah bahasa Melayu sudah terhapus dari kamus pemikiran mereka...Memang la selain bahasa Melayu bahasa lain boleh digunakan tetapi kenapa sekarang saya perhatikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar bercakap bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu...Saya bukan mahu menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah hakikat yang terjadi sekarang..Kadang2 saya marah sangat kerana orang Malaysia sendiri terlalu taksub dengan bahasa luar negara..Yang peliknya bangsa luar negara berlumba-lumba mempelajari bahasa Melayu dan ajaibnya mereka lebih fasih berbahasa Melayu jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia sendiri...
  Adakah ini berlaku kerana kita merasa bahawa bahasa seperti bahasa inggeris standard kerana merupakan bahasa komunikasi dunia?Kita perlu ingat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca" dan digunakan dengan meluas sebagai bahasa perantaraan dikalangan pedagang yang datang ke selat Melaka.Walaupun itu beratus tahun yang lalu,tetapi kita perlu ingat dan berbangga dengan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa perantara dunia dan menjadi asas kepada bahasa jawi.
   Sedarlah bahawa bahasa Melayu adalah identiti bangsa Malaysia dan sentiasa la berusaha memelihara bahasa Melayu daripada pupus ditelan zaman.Renung-renungkan la dan fikirkanlah...

Saturday, December 11, 2010

Jangan Lupakan Sejarah Negara Kita!!!

Sejarah adalah asas kepada sesebuah negara....Sejarah sangat penting dan perlu dihargai...Walaubagaimanapun,pada masa kini sejarah makin dilupakan terutama oleh generasi muda....Betul lah ungkapan sejarawan "Those who forget history will repeat it"...Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya...Ternyata fenomena itu kini telah pun terjadi...Banyak sejarah-sejarah dahulu seperti diulangi semula pada zaman ini...Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana ianya bukan seperti dahulu..Penjajahan oleh kuasa asing..."Penjajahan" pada masa sekarang tidak disedari kerana ia seperti "lutsinar"...Sebagai contoh,budaya barat diagung-agungkan...Ramai remaja hanyut dalam kemaksiatan dan melupakan agama...Perpaduan masih utuh tetapi masih ramai yang punya sikap mementingkan diri...Jika dilihat sejarah pada masa dahulu,antara punca keruntuhan sesuatu bangsa dan negara adalah disebabkan sikap mengkhianati bangsa sendiri,mementingkan diri dan kurang peralatan moden...Seharusnya kita di zaman globalisasi dan serba moden ini menghapuskan sikap seperti itu dan bersama-sama membentuk negara dan bangsa yang bukan sahaja seimbang dari segi politik dan ekonomi tetapi juga sosial...Sebagai negara yang merdeka 53 tahun,masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan negara kita...Sebagai seorang yang sangat meminati subjek sejarah di sekolah,saya sangat-sangat kagum dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu berjuang membebaskan diri dari penjajahan kuasa asing...Seharusnya kita bersyukur dan berjuang pula untuk terus mengekalkan keamanan...Sayangnya,banyak remaja yang tidak berminat dengan sejarah...Oleh itu,mereka susah untuk menghargai sejarah..Oleh itu,banyak di kalangan kita yang telah melupakan sejarah...Akibatnya,banyak sejarah-sejarah dahulu diulang semula pada masa kini...Oleh itu kita harus sedar bahawa sejarah sangat penting dan kita tidak seharusnya melupakannya...Sama-sama lah kita berjuang untuk mengekalkan keamanan negara kita...