BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, January 21, 2011

Kartun..



  Assalammualaikum w.b.t...Lama da tak update blog ni..Selalu teringat tapi kurang rajin..Hehehe...Tentang tajuk d atas,memang lama da mau cerita ttg kartun ni...
  Saya adalah peminat kartun...Salah satunya gambar kartun d atas Detective Conan...Walaupun saya da umur 18 tahun tapi saya memang lebih banyak tgk kartun klu tgk tv...Sebenarnya saya memang minat tgk kartun dari kecil lagi..Contohnya Dragon Ball,Doraemon,Sin Chan dan byk lagi...
   Memang la kan patutnya bila da remaja ni kurang sikit la minat mau tgk kartun ni..Saya pernah juga 2..Tapi ada la suatu hari,adik2 saudara saya tgk kartun dekat rumah saya..Saya tgk je la kan..Bila lama2 tgk crita kartun 2 mcm lucu jgk...Dari situ saya macam berminat la mau tgk kartun yg adik2 saudara saya ni tgk..Memang macam pelik la da besar mcm ni tgk kartun yg budak2 sekolah rendah tgk tapi melalui kartun itulah saya sedar satu perkara...


   Saya sedar bahawa kartun bukan sahaja sekadar hiburan malah ia membawa mesej yg lain...Saya tidak hairan la kenapa budak2 sekarang pintar sgt...Sebab bila saya tgk kartun,d sebalik aksi2 lucu kartun tersebut sebenarnya terselit pendidikan..Sebagai contoh dalam kartun The Fairly Odd Parent,ada d tnjukkan tentang Eureka..Mula2 saya tidak la faham apa 2 tapi lepas beberapa lama kemudian Sir saya ada menerangkan ttg Physics dan Sir ada menerangkan tentang Eureka!Wah..Dari situ la saya tau bahawa saya telah mendapat makluamat tentang pelajaran pelajar Form 5 melalui kartun utk budak sekolah rendah..Sungguh mengagumkan!
  Bukan itu sahaja,d kartun2 yg lain juga saya boleh belajar byk perkara yg org dewasa tak kan menyangka boleh membantu perkembangan otak anak mereka...Melalui kartun juga saya belajar bahasa Inggeris dulu..Memang byk yg tertanya2 mcm mna mau belajar bahasa Inggeris?Kan audio nya d tukar kepada bahasa Melayu..Memang..Tapi dalam kartun itu kadang2 masih ada ayat Inggeris yg kekal dan kita jangan leka kerana kdg2 ayat Inggeris itu boleh kita ketahui  maknanya melalui ayat bahasa Melayu yg telah d tukar pada kartun tersebut...

Selain tu,kartun bukan la membuang masa sebenarnya..Macam yg saya ckp tadi,kartun membawa mesej lain yg penting yg bukan sahaja hiburan malah pendidikan...Ibu bapa seharusnya tidak menghalang anak2 menonton kartun dgn berckp "kartun,kartun je" kerana tanpa anda sedar anak2 anda sebenarnya jauh lebih bijak dari yg anda sangka..Tapi kita harusla pandai seimbangkan antara tgk kartun dan belajar...Lebihkan belajar dari tgk kartun..Bila cuti baru la puas2 tgk kartun..Tapi kena pndai2 la mengatur masa dengan bijak...

Tuesday, December 28, 2010

Perempuan bertudung sekarang betul-betul menutup aurat ke?

 Tudung adalah salah satu aset bagi perempuan muslimah.Bertudung adalah salah satu kewajipan agama Islam.Tujuannya adalah untuk menutup aurat dan menjaga maruah diri seseorang perempuan.Walaubagaimanapun,adakah konsep bertudung sekarang menepati hukum yang telah ditetapkan agama Islam?
 Ramai wanita yang memakai tudung yang indah dan nampak cantik.Pelbagai fesyen telah diperkenalkan dan menjadi ikutan wanita zaman sekarang.Walaupun begitu,saya sering melihat cara pemakaiannya sangat tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar.Saya bukan hendak mengkritik.Saya pun bukan lah jenis wanita yang memakai tudung yang labuh.Tetapi sebagai seorang muslimah,saya tergerak hati untuk mengatakan ini.Wanita bertudung sekarang memakai tudung tetapi memakai baju ketat.Memakai tudung tetapi nampak rambut.Memakai tudung tetapi nampak dada.Memakai tudung tetapi nampak belakang,.Memakai tudung tetapi baju pendek.Kadang-kadang saya rasakan lebih baik tidak payah bertudung kalau macam itu.
 Saya pernah mendengar,orang yang memakai tudung akan dapat terpelihara dirinya dari kemaksiatan.Orang yang bertudung mustahil akan dapat risiko untuk mendapat bahaya kerana tidak ada yang berani mendekati wanita yang bermaruah dan bertudung.Mungkin bagi saya hanya orang yang seksi sahaja sering menjadi mangsa perbuatan jenayah dan sebagainya kerana faktor pakaian mereka yang agak menjolok mata.Tetapi hakikatnya perempuan bertudung sekarang sama sahaja seperti tidak bertudung.Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya tetapi akhirnya saya dapat jawapannya.Semua ini terjadi kerana perempuan bertudung sekarang mengenakan tudung mereka tidak menepati hukum Islam.Bertudung tetapi masih nampak aurat.Bertudung tetapi masih boleh dipegang oleh lelaki.Bertudung tetapi tiada pegangan agama yang kuat.bertudung tetapi baju mengikut badan.Semua itu menjadi punca kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan.Sedih sekali tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Di harap kita akan sama-sama bermuhasabah diri dan mengikut landasan Islam yang sebenar.Amin.

Saturday, December 25, 2010

Berbangga la Dengan Bahasa Kebangsaan Kita Bahasa Melayu...

  Bahasa menunjukkan bangsa..Itu ungkapan yang sering saya dengar di tv...Memang betul la 2...Tpi saya perhatikan kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara..Saya bukan la 100% Melayu tetapi saya amat terkilan dengan sikap sesetangah orang yang mengabaikan kepentingan bahasa melayu terutamanya semasa berkomunikasi..Saya pernah ternampak wanita yang saya rasa boleh bercakap Melayu berkomunikasi dengan anaknya yang kecil bahasa Inggeris..Saya tahu bahasa Inggeris juga sangat penting dan saya juga sangat meminati bahasa Inggeris tetapi bukankah sangat rugi kerana pastinya anak tersebut akan mengalami kesukaran untuk bercakap bahasa Melayu dengan kawan2 nya bila membesar nanti...Tidak salah wanita tersebut untuk membiasakan anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi wanita tersebut juga patut seimbangkan penguasaan anaknya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
 Selain itu saya selalu perhatikan orang-orang lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama rakyat Malaysia..Tidakkah itu menyedihkan kerana seolah-olah bahasa Melayu sudah terhapus dari kamus pemikiran mereka...Memang la selain bahasa Melayu bahasa lain boleh digunakan tetapi kenapa sekarang saya perhatikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar bercakap bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu...Saya bukan mahu menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah hakikat yang terjadi sekarang..Kadang2 saya marah sangat kerana orang Malaysia sendiri terlalu taksub dengan bahasa luar negara..Yang peliknya bangsa luar negara berlumba-lumba mempelajari bahasa Melayu dan ajaibnya mereka lebih fasih berbahasa Melayu jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia sendiri...
  Adakah ini berlaku kerana kita merasa bahawa bahasa seperti bahasa inggeris standard kerana merupakan bahasa komunikasi dunia?Kita perlu ingat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca" dan digunakan dengan meluas sebagai bahasa perantaraan dikalangan pedagang yang datang ke selat Melaka.Walaupun itu beratus tahun yang lalu,tetapi kita perlu ingat dan berbangga dengan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa perantara dunia dan menjadi asas kepada bahasa jawi.
   Sedarlah bahawa bahasa Melayu adalah identiti bangsa Malaysia dan sentiasa la berusaha memelihara bahasa Melayu daripada pupus ditelan zaman.Renung-renungkan la dan fikirkanlah...

Saturday, December 11, 2010

Jangan Lupakan Sejarah Negara Kita!!!

Sejarah adalah asas kepada sesebuah negara....Sejarah sangat penting dan perlu dihargai...Walaubagaimanapun,pada masa kini sejarah makin dilupakan terutama oleh generasi muda....Betul lah ungkapan sejarawan "Those who forget history will repeat it"...Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya...Ternyata fenomena itu kini telah pun terjadi...Banyak sejarah-sejarah dahulu seperti diulangi semula pada zaman ini...Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana ianya bukan seperti dahulu..Penjajahan oleh kuasa asing..."Penjajahan" pada masa sekarang tidak disedari kerana ia seperti "lutsinar"...Sebagai contoh,budaya barat diagung-agungkan...Ramai remaja hanyut dalam kemaksiatan dan melupakan agama...Perpaduan masih utuh tetapi masih ramai yang punya sikap mementingkan diri...Jika dilihat sejarah pada masa dahulu,antara punca keruntuhan sesuatu bangsa dan negara adalah disebabkan sikap mengkhianati bangsa sendiri,mementingkan diri dan kurang peralatan moden...Seharusnya kita di zaman globalisasi dan serba moden ini menghapuskan sikap seperti itu dan bersama-sama membentuk negara dan bangsa yang bukan sahaja seimbang dari segi politik dan ekonomi tetapi juga sosial...Sebagai negara yang merdeka 53 tahun,masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan negara kita...Sebagai seorang yang sangat meminati subjek sejarah di sekolah,saya sangat-sangat kagum dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu berjuang membebaskan diri dari penjajahan kuasa asing...Seharusnya kita bersyukur dan berjuang pula untuk terus mengekalkan keamanan...Sayangnya,banyak remaja yang tidak berminat dengan sejarah...Oleh itu,mereka susah untuk menghargai sejarah..Oleh itu,banyak di kalangan kita yang telah melupakan sejarah...Akibatnya,banyak sejarah-sejarah dahulu diulang semula pada masa kini...Oleh itu kita harus sedar bahawa sejarah sangat penting dan kita tidak seharusnya melupakannya...Sama-sama lah kita berjuang untuk mengekalkan keamanan negara kita...