Assalammualaikum
w.b.t...Pada hari ini saya ingin membuat post yang bertajuk "Adil
kah?"...Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat post ini kerana saya
ingin meluahkan apa yang saya rasa berkenaan tajuk post saya ini iaitu
"Adil kah?"...
Mak saya adalah
seorang ustazah sandaran atau yang dikenali sebagai GSTT yang bermaksud Guru
Sandaran Tidak Terlatih...GSTT ini mengajar berdasarkan kontrak dengan Federal
atau Jabatan Pelajaran Sabah...Mak saya merupakan seorang ustazah yang sangat
tegas di sekolah tetapi disayangi oleh murid-muridnya...Anak murid yang selama
ini kurang pandai mak saya akan cubit sampai la anak murid tersebut dapat
menghafal surah-surah...Jadi niat mak saya hanyalah ingin melihat anak-anak
muridnya pandai menghafal surah-surah...
Kalau ikut kontrak
akan diperbaharui pada bulan Januari setiap tahun dan entah kenapa pada tahun
ini tiada surat penyambungan kontrak seperti tahun-tahun sebelum ni...Akhirnya
pada bulan Mac telah sampai surat pemberhentian 80 GSTT termasuk mak
saya...Kononnya mak saya dan guru GSTT yang lain boleh membuat rayuan di
Federal iaitu Jabatan Pelajaran Sabah untuk penyambungan kontrak
semula..Bagaimanapun hal ini seperti hanya janji kosong semata-mata...Mak saya
telah balik-balik pergi ke Jabatan Pelajaran Sabah tetapi mak saya hanya
dilayan macam acuh tak acuh je...Nasib baik saya dalam kereta kalau tak mungkin
da keluar kata sindiran yang pedas dari mulut saya...Saya geram betul...Kalau
tiada harapan lagi kontrak mak saya disambung cakap je la...Ini sampai orang
yang berjanji mau uruskan rayuan mak saya tu tak datang kerja kenapa?Sengaja
mencari alasan cuti...Kalau takut cakap je bha...Kesian mak saya terpaksa balik-balik pergi sana sebab orang tu suruh datang lagi hari lain..Bila datang orang tu pula cuti...Tak kah bagi geram hati tu???
Lagi satu yang saya
geram ialah PPD iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Papar...Mereka tak buat apa-apa
pun...Sekurang-kurangnya bantu la...Saya tahu la sekolah dari Pekan Bongawan
termasuk sekolah tempat mak saya mengajar iaitu SK Mandahan baru masuk dari
Daerah Membakut ke Daerah Papar...Saya tahu la Daerah Papar cemerlang...Yang
mereka buat untuk GSTT ni hanyalah memberi penghargaan semasa sambutan hari
guru iaitu "Jasamu Dikenang"...Mak saya dijemput tapi mak saya tak
mahu pergi...Saya faham kenapa...Saya tahu hati mak saya sakit dengan semua
ni...Tapi kami ni sapa la?Kami ni hanya seseorang yang tak dipandang pun...Pernah
beberapa kali saya tweet Dato Najib tapi tak dibalas pun...Tapi saya cuba faham
dan sabar..Mungkin banyak lagi aduan yang Dato Najib kena layan...Saya tak
benci Dato Najib...Saya tak la sampai kena bakar bendera negara atau pijak
gambar Perdana Menteri atau ikut perhimpunan...Saya masih boleh berfikir...Saya
masih hormat seorang pemimpin...
Pernah Pegawai PPD
iaitu Abidin Marjan buat ucapan perasmian untuk seminar STPM dan SPM...Maaf
mahu cakap la tapi saya meluat tengok muka Abidin Marjan...Yang paling bagi
saya geram ialah dia hanya dua sekolah je yang dia puji iaitu SMK Majakir dan
SMK Takis...Saya tahu la kami ni baru masuk Daerah Papar...Sampai masa dia
sebut-sebut nama sekolah dia tersalah sebut sekolah kami ni sebagai SMK
Majakir...Yela..Mungkin dia tak sangka kami boleh ada baju korporat...Sekolah
luar bandar la kata kan..
Sebab apa saya
tanya adil kah?Dua orang kawan mak saya yang dulu sama-sama bersekolah di SMA
Toh Puan Hajah Rahmah turut termasuk dalam 80 orang GSTT yang diberhentikan ni...Salah
seorang akan tamat kontraknya tahun ni bulan 11...Tak kah macam alang-alang
tu?Sekurang-kurangnya bagi la habis dulu kontrak tu...Sebab itu la saya rasa
Jabatan Pelajaran Sabah ni tak berhati perut sebab mereka macam suka hati je
tamatkan kontrak tanpa membuat kajian terperinci terlebih dahulu...Salah
seorang lagi kawan mak saya tu ibu tunggal...Tak kesian kah tu?Adil kah
tu?Mungkin Jabatan Pelajaran Sabah buat acuh tak acuh je terhadap perkara ni
tapi ingat...Doa orang yang teraniaya dimakbulkan oleh Allah S.W.T...
Mak saya ada cakap
rasanya yang guru-guru GSTT tu akan diganti dengan guru-guru dari
semenanjung...Saya ni bukan la anti orang semenanjung tapi mak saya dan
guru-guru GSTT yang lain bukan la pelajar diploma atau ijazah tapi mereka berpengalaman
berpuluh tahun...Mereka juga orang tempatan..Ingat orang Sabah tak boleh nak
jadi guru ke???Saya tau banyak orang Semenanjung dekat Sabah...Tapi yang saya
tengok juga negeri dekat Semenanjung tu masih banyak juga yang kekurangan guru
di pedalaman....Kenapa susah payah pergi sini kalau sana masih banyak yang
kosong?Saya bukan tak menghargai guru-guru dari Semenanjung sebab di sekolah
saya pun ada guru Semenanjung...Saya cuma sedih kerana hanya kerana ingin
memberi peluang kepada penganggur lepasan Universiti dari Semenanjung GSTT
dipinggirkan...Yela...Orang yang muda juga yang diguna kan...
Sekarang mak saya
hanya "Tanam Anggur " je di rumah...Sekarang duit di bank pun tinggal
berapa je tu...Da la wang persaraan tiada...Terpaksa la berjimat-cermat...Mungkin
kalau mahu mengharap orang yang dapat membela nasib 80 GSST tu mungkin tidak
ada da...Persatuan GSTT pun sampai sekarang tak berbunyi-bunyi...Dulu mereka la
yang diharap kerana pernah menghantar surat kepada mak dan mungkin bekas
guru-guru GSTT yang lain juga untuk merayu dekat Jabatan Sabah rasanya...
Oh ya...Mak saya
pun pernah memohon bantuan dekat menantu Dato Musa Haji Aman iaitu YB
Arifin...Mak saya cakap dia ni dulu kawan mak saya di SMA Toh Puan Hajah
Rahmah...Kawan la sangat...Macam biasa la kalau ahli politik berjanji je tapi
tak ditepati...YB Arifin ni kunun mahu tolong tapi tiada pun apa-apa berita
sampai sekarang...Kawan tu tapi tak boleh diharap...Apa lagi orang lain...Sebab
itu la saya benci Jabatan Pelajaran Sabah,PPD dan Dato Muhyidin Yasin kerana
mereka hanya pentingkan diri sendiri je...
Saya cuma harap
manusia-manusia yang ada di Jabatan Pelajaran Sabah tu berubah la k...Kamu tu
orang Sabah...Patutnya bela la nasib orang Sabah...Saya tau kita perlu bersikap
tawaduk dan tidak mendoakan yang tidak baik-baik kepada orang lain...Tapi saya doakan
mereka akan rasa apa yang mak saya rasa suatu hari nanti...Terima kasih kerana
buatkan saya yang tak pernah terfikir tentang wang menjadi seseorang yang
berfikir hanya wang la yang boleh buat kita dapat apa yang kita mau...Terima
kasih banyak-banyak ...
0 comments:
Post a Comment