BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 4, 2011

Pasukan Bola Sepak Malaysia

   Assalammualaikum w.b.t...Saya ingin menceritakan tentang pasukan bola sepak Malaysia yg diminati sgt2 sekarang ni...Saya adalah penyokong setia pasukan Malaysia..Sebab apa?Dulu semasa pasukan Malaysia mengalami zaman kejatuhan,saya tetap setia menyokong pasukan Malaysia...Walaupun pasukan Malaysia dikutuk dan tak ada peminat saya tetap menyokong Malaysia..Walaupun Malaysia kalah dengan pasukan lawan 5-1 dan 5-0 saya ada rasa kecewa sikit tapi saya tetap yakin pasukan Malaysia boleh buat juga suatu hari nanti..Pada masa 2 "ngam2" 50 tahun kemerdekaan Malaysia dan Pasukan Malaysia dikalahkan dengan 5-0...
   Walaupun pada masa 2 peminat pasukan Malaysia kurang saya tetap minat dan menyokong  pasukan Malaysia..Bukan setakat bole sepak,apa2 je sukan dari Malaysia saya akan sokong..Apa guna jadi rakyat Malaysia kalau tak sokong negara sendiri kan?


Setiap perlawanan pasukan Malaysia saya tengok..Memang bukan senang mau tgk pasukan Malaysia menang..Tapi bila pasukan Malaysia menang atau dapat masuk peringkat akhir saya sangat2 gembira sebab saya tak rugi tengok..Orang lain rugi sebab hanya tau esoknya dan dengar2 orang cerita je..Saya memang bangga la dengan pasukan Malaysia masa 2..
Pada tahun 2009,pasukan Malaysia telah layak ke perlawanan akhir Piala Sukan SEA dan saya dengan tak sabar2 mau tgk perlawanan 2..Orang lain pula mcm tak kisah..Kalau saya tengok pun dekat tv orang yang menyokong Malaysia sedikit je..Berbanding sekarang banyak sangat..Npa agaknya?
Malaysia telah menang setelah kemarau 20 tahun  dengan mengalahkan pasukan Vietnam 1-0..Bangganya saya masa 2 tapi bila saya cerita dekat sapa2  mereka mcm tak kisah sgt..Tak apa la..Saya bangga sgt dengan pasukan Malaysia..Dari situ la juga sedikit demi sedikit org da mula buka mata terhadap kemampuan pasukan Malaysia..


Pada Piala Suzuki AFF saya tetap masih menyokong Malaysia..Yang saya pelik tiba2 byk pula peminat pasukan Malaysia...Tapi tak apa la..Saya suka bila org Malaysia sendiri da sokong pasukan Malaysia..Saya bersyukur sangat2 bila pasukan Malaysia bangkit semula lepas beberapa tahun jatuh...
Saya suka tgk jaringan Safee Sali..Saya kagum dgn Fahmi..Dia menjaga tempat gol dengan baik sekali..Cara tangkapannya sungguh baik..Dari situ la juga mereka berdua ni banyak peminat terutamanya perempuan..
Manusia memang cepat berubah kan..Bila jatuh tak siapa nak pandang..Bila meningkat,berjaya,terus dipuja,diminati..Disanjung..
Apa2 pun saya ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kejayaan pada bukan sahaja Piala Suzuki AFF tetapi Piala2 yang lain..Semoga akan ada lagi kejayaan yang pasukan Malaysia akan dapat pada masa akan datang...Saya cuma harap sokongan peminat pasukan Malaysia bukan hanya semasa pasukan Malaysia menang dan berjaya tetapi juga semasa mereka jatuh dan memerlukan sokongan peminat pasukan Malaysia..

0 comments: