BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

Perempuan bertudung sekarang betul-betul menutup aurat ke?

 Tudung adalah salah satu aset bagi perempuan muslimah.Bertudung adalah salah satu kewajipan agama Islam.Tujuannya adalah untuk menutup aurat dan menjaga maruah diri seseorang perempuan.Walaubagaimanapun,adakah konsep bertudung sekarang menepati hukum yang telah ditetapkan agama Islam?
 Ramai wanita yang memakai tudung yang indah dan nampak cantik.Pelbagai fesyen telah diperkenalkan dan menjadi ikutan wanita zaman sekarang.Walaupun begitu,saya sering melihat cara pemakaiannya sangat tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar.Saya bukan hendak mengkritik.Saya pun bukan lah jenis wanita yang memakai tudung yang labuh.Tetapi sebagai seorang muslimah,saya tergerak hati untuk mengatakan ini.Wanita bertudung sekarang memakai tudung tetapi memakai baju ketat.Memakai tudung tetapi nampak rambut.Memakai tudung tetapi nampak dada.Memakai tudung tetapi nampak belakang,.Memakai tudung tetapi baju pendek.Kadang-kadang saya rasakan lebih baik tidak payah bertudung kalau macam itu.
 Saya pernah mendengar,orang yang memakai tudung akan dapat terpelihara dirinya dari kemaksiatan.Orang yang bertudung mustahil akan dapat risiko untuk mendapat bahaya kerana tidak ada yang berani mendekati wanita yang bermaruah dan bertudung.Mungkin bagi saya hanya orang yang seksi sahaja sering menjadi mangsa perbuatan jenayah dan sebagainya kerana faktor pakaian mereka yang agak menjolok mata.Tetapi hakikatnya perempuan bertudung sekarang sama sahaja seperti tidak bertudung.Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya tetapi akhirnya saya dapat jawapannya.Semua ini terjadi kerana perempuan bertudung sekarang mengenakan tudung mereka tidak menepati hukum Islam.Bertudung tetapi masih nampak aurat.Bertudung tetapi masih boleh dipegang oleh lelaki.Bertudung tetapi tiada pegangan agama yang kuat.bertudung tetapi baju mengikut badan.Semua itu menjadi punca kepada perkara-perkara yang boleh membawa kemaksiatan.Sedih sekali tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Di harap kita akan sama-sama bermuhasabah diri dan mengikut landasan Islam yang sebenar.Amin.

0 comments: