BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 11, 2010

Jangan Lupakan Sejarah Negara Kita!!!

Sejarah adalah asas kepada sesebuah negara....Sejarah sangat penting dan perlu dihargai...Walaubagaimanapun,pada masa kini sejarah makin dilupakan terutama oleh generasi muda....Betul lah ungkapan sejarawan "Those who forget history will repeat it"...Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya...Ternyata fenomena itu kini telah pun terjadi...Banyak sejarah-sejarah dahulu seperti diulangi semula pada zaman ini...Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana ianya bukan seperti dahulu..Penjajahan oleh kuasa asing..."Penjajahan" pada masa sekarang tidak disedari kerana ia seperti "lutsinar"...Sebagai contoh,budaya barat diagung-agungkan...Ramai remaja hanyut dalam kemaksiatan dan melupakan agama...Perpaduan masih utuh tetapi masih ramai yang punya sikap mementingkan diri...Jika dilihat sejarah pada masa dahulu,antara punca keruntuhan sesuatu bangsa dan negara adalah disebabkan sikap mengkhianati bangsa sendiri,mementingkan diri dan kurang peralatan moden...Seharusnya kita di zaman globalisasi dan serba moden ini menghapuskan sikap seperti itu dan bersama-sama membentuk negara dan bangsa yang bukan sahaja seimbang dari segi politik dan ekonomi tetapi juga sosial...Sebagai negara yang merdeka 53 tahun,masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan negara kita...Sebagai seorang yang sangat meminati subjek sejarah di sekolah,saya sangat-sangat kagum dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu berjuang membebaskan diri dari penjajahan kuasa asing...Seharusnya kita bersyukur dan berjuang pula untuk terus mengekalkan keamanan...Sayangnya,banyak remaja yang tidak berminat dengan sejarah...Oleh itu,mereka susah untuk menghargai sejarah..Oleh itu,banyak di kalangan kita yang telah melupakan sejarah...Akibatnya,banyak sejarah-sejarah dahulu diulang semula pada masa kini...Oleh itu kita harus sedar bahawa sejarah sangat penting dan kita tidak seharusnya melupakannya...Sama-sama lah kita berjuang untuk mengekalkan keamanan negara kita...

0 comments: