BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 25, 2010

Berbangga la Dengan Bahasa Kebangsaan Kita Bahasa Melayu...

  Bahasa menunjukkan bangsa..Itu ungkapan yang sering saya dengar di tv...Memang betul la 2...Tpi saya perhatikan kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara..Saya bukan la 100% Melayu tetapi saya amat terkilan dengan sikap sesetangah orang yang mengabaikan kepentingan bahasa melayu terutamanya semasa berkomunikasi..Saya pernah ternampak wanita yang saya rasa boleh bercakap Melayu berkomunikasi dengan anaknya yang kecil bahasa Inggeris..Saya tahu bahasa Inggeris juga sangat penting dan saya juga sangat meminati bahasa Inggeris tetapi bukankah sangat rugi kerana pastinya anak tersebut akan mengalami kesukaran untuk bercakap bahasa Melayu dengan kawan2 nya bila membesar nanti...Tidak salah wanita tersebut untuk membiasakan anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi wanita tersebut juga patut seimbangkan penguasaan anaknya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
 Selain itu saya selalu perhatikan orang-orang lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama rakyat Malaysia..Tidakkah itu menyedihkan kerana seolah-olah bahasa Melayu sudah terhapus dari kamus pemikiran mereka...Memang la selain bahasa Melayu bahasa lain boleh digunakan tetapi kenapa sekarang saya perhatikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar bercakap bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu...Saya bukan mahu menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah hakikat yang terjadi sekarang..Kadang2 saya marah sangat kerana orang Malaysia sendiri terlalu taksub dengan bahasa luar negara..Yang peliknya bangsa luar negara berlumba-lumba mempelajari bahasa Melayu dan ajaibnya mereka lebih fasih berbahasa Melayu jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia sendiri...
  Adakah ini berlaku kerana kita merasa bahawa bahasa seperti bahasa inggeris standard kerana merupakan bahasa komunikasi dunia?Kita perlu ingat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca" dan digunakan dengan meluas sebagai bahasa perantaraan dikalangan pedagang yang datang ke selat Melaka.Walaupun itu beratus tahun yang lalu,tetapi kita perlu ingat dan berbangga dengan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa perantara dunia dan menjadi asas kepada bahasa jawi.
   Sedarlah bahawa bahasa Melayu adalah identiti bangsa Malaysia dan sentiasa la berusaha memelihara bahasa Melayu daripada pupus ditelan zaman.Renung-renungkan la dan fikirkanlah...

0 comments: